HERO's


Assalamualaikum,

Dekat sini saya hendak berkongsi serba sedikit berkenaan salah seorang anak kesayangan saya. Anak bongsu saya (buat masa inilah...hihihi).Saya ada dua anak lelaki, tetapi anak kedua saya ini terlalu complicated untuk di jaga.Saya panggil dia adik.Kadang-kadang panggil ayez, kadang-kadang panggil nain,bulat...banyak nama panggilan adik, belum nama yang ayahnya bagi lagi hihihi..)


Kenapa saya berkata begitu, pada awal tahun yang lepas, adik di sahkan oleh doktor bahawa dia  mengalami "gegendang telinga pecah". Pada mulanya kami tidak menyangka ia terjadi. Mula-mula keluar nanah di telinga adik, tapi tidak banyak. Bila saya bertanya sakit atau tidak, adik hanya mengelengkan kepala sahaja, tanda tidak sakit.Tetapi bila makin kerap nanah keluar, saya suami isteri makin susah hati. Semasa tue adik di kampung saya (di negeri sembilan), saya terus ambil dan bawa ke klinik panel TNB yang biasa saya refer adik.

Doktor Tan dari People Dispensary,Johor Bahru beritahu gegendang telinga pecah. Nasib telinga sebelah kiri sahaja, terus doktor refer KPJ Abdul Samad, Johor Bahru. Mula-mula refer doktor lain, tapi oleh kerana doktor tersebut tiada, kami terus tukar Doktor Ravi. Pakai bahagian telinga.

Semasa pemeriksaan doktor, beliau beritahu kena sedut nanah, nasib anak kecil lagi, kalau dah besar kena operation. Tapi adik memang tidak suka orang pegang dia, lagilah pegang kepala sebab nak sedut time tue juga, mengamuklah dia. Bayangkan sampai 4 orang yang pegang (saya, husband, nurse 2 orang) still tidak oleh melawan kekuatan adik. Oleh kerana tidak dapat sedut, doktor suruh masuk wad..aduhai, sebagai ibu terus luruh hati saya. Masuk wad, kena masuk bilik operation, kena bius oleh pakar bius,Doktor Lutfi.

Operation makan masa 2 jam setengah. Saya dengan suami menunggu, susah hati jangan cakaplah. Masa nak masuk Operation Room, saya tunggu dan pujuk adik. Bila doktor datang check adik, adik bagi pegang badan dia,termasuk doktor pakar bius..tapi bila nurse ambil adik nak bawa masuk bilik operation, adik punya meronta Tuhan saja tahu, time tue hati saya sayu sangat.

Nasib suami pujuk saya supaya bersabar. Dari pagi saya tak makan apa-apa pun, saya terlalu susah hati. Walaupun minor operation, tapi saya terlalu susah hati sebab adik tidak pernah mengalami kejadian seperti ini, ini kerana adik seorang anak yang aktif dan mulut yang bising. Yang terlalu saya sedih, adik kena bius, biarlah saya yang kena bius, bukan adik..saya sanggup gantikan tempat adik jika boleh..

Bila sudah keluar, habis pecah bilik menunggu dengan suara adik. Menangis sekuat hati, puaslah kami pujuk, nurse suruh naik bilik. Bagi adik berehat, tidurkan. Nak pujuk adik memang makan masa, adik takut saya bagi dia dekat nurse atau doktor, sampai adik asyik pegang tangan saya semasa tidur. Yang sedihnya, kerap kali adik asyik terganggu tidur, macam terkejut dan meracau-racau..tidak pernah adik alami seperti nie, saya susah hati. Hendak bagi adik ok, saya baring sebelah adik (walaupun katil baby kecil), saya peluk adik. Semasa peluk tue, saya nampak kapas dekat telinga, kesan darah..sedihnya..kenapa adik alami semua nie, kenapa adik di uji. Nasib suami banyak bagi moral support dekat saya, sikit saja nie, nie dugaan kita, sabar...

Orang akan cakap sikit, dah sedut nanah adik akan ok, tapi MALANG bagi adik sekali lagi, selepas 2 minggu,adik kena masuk wad balik. Telinga sebelah kanan pula berjangkit. Ya Allah, adik akan alami sekali lagi pengalaman di bilik  operation tanpa ibu ayah. Semasa pemeriksaan dengan Dr. Ravi, terus beliau suruh masuk wad, tak boleh tunggu. Takut jangitan kuman. Saya dah tak boleh fikir apa lagi, terlampau susah hati.

Semasa di dalam wad, sebelum masuk bilik operation, suami banyak bagi adik kata-kata semangat.."adik kuatkan?"adik akan jawab, "yea, kita kuat"sambil tunjuk tangan dia. "nanti adik kena jumpa doktor, adik jangan nagis tau"lepas jer ayahnya cakap macam tue, terus adik nangis sambil jerit "kita tak nak! doktor cucuk,sakit"puas ayahnya pujuk, last sekali ayahnya berjanji "kalau adik jumpa doktor, ayah beli adik mainan""kita nak keretapi Thomas tau ayah, yang besar sangat""ok, ayah beli""along?""ayah beli along punya sekali""yeaaaaa" Walaupun sakit, tetap fikir abanglongnya (time tue abanglongnya sekolah).Alhamdulillah walaupun adik kerap sakit, tapi dia petah bercakap, kadangkala kita tak terfikir apa yang akan adik katakan.(adik bahasakan dirinya kita.)

Nak bagi pujuk, ayahnya dukung keliling wad, bagi adik reda rasa takut. Bila masuk bilik menunggu, saya dukung, saya bagi adik tidur. Saya bacakan selawat,peluk adik. Kebetulan adik memang tak cukup tidur, so semasa doktor periksa adik, adik tak sedar, begitu juga semasa nurse dukung masuk bilik operation, adik dalam keadaan mamai.Saya menunggu seperti sebelum ini, bila keluar adik macam biasa menangis jer..Puas nurse pujuk, saya terus masuk dan tenangkan. Adik macam terkejut, meronta-ronta. Ayahnya ambil, terus di peluk.Asyik cakap "takut,sakit.."Sampai dekat wad, kami tidurkan adik sebab kesan ubat bius masih ada, adik pula macam tidak bermaya jer. Lama adik tidur, saya pula yang susah hati. Ok ker tak anak nie..

Saya sertakan gambar adik semasa di dalam wad, sebelum dan selepas operation.








Saya ingat dugaan kami setakat ini sahaja, tapi kami di uji lagi...saya akan cerita next post, saya juga akan attachkan segala maklumat yang saya ambil dari internet berkenaan sakit nie dan the next sakit. Sebab mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa dan bagai mana ia berlaku...tunggu yea..

Wassalam 

*************************************************

 Info dari : http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/gegendang-telinga-pecah

Gegendang Telinga Pecah

Pengenalan

Ia adalah keadaan di mana gegendang telinga bocor atau koyak. Gegendang telinga memisahkan telinga luar dari telinga tengah (yang mempunyai struktur penting). Fungsi gegendang juga melindungi telinga tengah daripada cuaca sejuk, angin, tahi telinga dan pelbagai lagi.
Gegendang telinga menyerap bunyi dan memindahkan bunyi tersebut kepada tulang-tulang kecil di telinga tengah . Kebocoran gegendang akan mendedahkan telinga tengah serta telinga dalam kepada risiko kerosakan atau trauma. Kebocoran gegendang juga boleh menyebabkan risiko kurang pendengaran.

Punca-punca Gegendang Telinga Bocor

Punca utama kebocoran gegendang ialah jangkitan telinga tengah (otitis media), trauma dan perubahan tekanan yang mengejut adalah antara punca-punca lain yang dikenalpasti ialah:
  • Menggunakan alat tajam untuk mencuci telinga
  • Tekanan tinggi
  • Perubahan mengejut tekanan udara semasa penerbangan, berenang, menyelam atau duduk berhampiran dengan bunyi letupan.
Tanda dan Gejala
  • Dalam kebanyakan kes , tiada gejala-gejala yang ketara
  • Sekiranya ia disebabkan oleh jangkitan telinga tengah, pesakit selalu mengadu tentang sakit yang tajam secara tiba-tiba ( ini disebabkan oleh pengumpulan nanah di telinga tengah ).
  • Sakit akan hilang apabila nanah keluar daripada telinga tengah
  • Kebocoran disebabkan oleh trauma selalunya menyebabkan rasa tidak selesa serta sedikit pendarahan mungkin berlaku
  • Bunyi berdesing di dalam telinga (tinnitus)
  • Kurang pendengaran
  • Telinga berair/bernanah

Gambar menunjukkan gegendang telinga yang pecah

Pemeriksaan otoskopi oleh doktor selalunya menunjukkan:
  • Gegendang telinga yang bocor
  • Tulang-tulang telinga tengah dapat dilihat
  • Nanah di dalam telinga
Kompikasi
  • Risiko hilang pendengaran yang kekal
  • Jangkitan telinga tengah
Rawatan
  • Gegendang telinga yang bocor selalunya akan sembuh sendiri dalam masa 2 bulan. Rawatan biasanya untuk mengurangkan sakit dan mencegah jangkitan. Antibiotik boleh digunakan sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan.
  • Pembedahan mungkin diperlukan sekiranya gegendang tidak sembuh secara semulajadi.
Pencegahan
  • Pastikan telinga sentiasa kering dan bersih
  • Tutup lubang telinga dengan kapas atau vaselin semasa mandi untuk mengelakkan telinga daripada dimasuki air
  • Gunakan penutup telinga silikon semasa pergi berenang (elakkan dari berenang)
  • Jangan masukkan objek ke dalam telinga
  • Jangkitan telinga harus diberi rawatan segera
  • Masalah hidung perlu diberi perhatian dan rawatan yang sewajarnya bersama sama dengan rawatan telinga
Semakan Akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Dipak a/lBanarsi Dass
Penyemak : Dato' Dr. Narizan Ariffin


**************************************************

Punca adik kena sakit nie adalah di sebabkan tekanan tinggi. Sebab apa saya kata begitu, adik tidak boleh berada di dalam cuaca yang terlampau panas dan terlampau sejuk.Semasa adik mula-mula kena, cuaca pada masa tue memang panas sangat, adik pula memang jenis anak yang aktif. So, bermain sahaja sampai berpeluh. Mungkin silap kami tidak pantau adik, ia pengajaran bagi kami.

Saya tidak pernah membersihkan telinga adik atau abanglong guna besi atau segala benda yang bahaya, saya hanya guna "baby kapas" sahaja, sebab saya tahu budak-budak bahaya guna benda yang bukan-bukan untuk membersihkan telinga.Tetapi saya tahu, ini mungkin sebahagian dari ujian buat saya sekeluarga.

Oklah, kita stop sampai sini, kerana selepas 2 kali minor operation gegendang telinga pecah, adik semakin pulih dengan ubatan yang pihak hospital bekalkan serta apabila berjumpa doktor pun, doktor sahkan adik sihat.Tiada tanda-tanda yang buruk berlaku.Alhamdulillah...Amin..

Tetapi...saya sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari..Adik dapat sakit lain...  Ya Allah berat sungguh ujian kami sekeluarga. Saya menangis hampir setiap malam, kenapa adik di uji lagi..kenapa? Adik seorang kanak-kanak yang aktif berbanding abangnya, tetapi adik terpaksa lalui satu benda yang cukup menyeksakan..Hospital adalah rumah kedua bagi adik pada masa tue...

Setiap kali saya bercerita sakit adik, saya akan menangis. Saya tidak boleh terima kenyataan pada mulanya..Berkat solat dan doa semua orang, akhirnya saya redho dengan semua ujian Allah SAW ke atas kami sekeluarga. Dia nak saya sekeluarga ambil berat dan jaga orang sekeliling. Itu yang saya lakukan kini dan saya harap biarlah ia berterusan.Amin.

**************************************************

Penghujung tahun lepas adik di sahkan mengidap Nefrotik Syndrom.Tuhan jer tahu apa yang saya rasa time di khabarkan berita tersebut.Saya mula mendapat tahu adik kena sakit nie bila adik cepat letih dan tercungap-cungap bila kami bawa adik dan abanglong ke legoland.Saya suruh suami perhatikan, bila adik tidak mampu berjalan,dia minta ayahnya dukung.

Saya ingatkan adik sakit mata. Kami bawa adik ke klinik.Kami pergi tiga klinik, semua kata adik sakit mata.Bila sudah 3 kali pergi klinik,masih tidak baik lagi, kami bising dengan doktor, akhirnya doktor keluarkan surat refer KPJ Abdul Samad,Johor Bahru.Doktor suruh refer pakar sakit mata,Dr Asri. Bila kami bawa berjumpa Dr.Asri, beliau beritahu ini bukan sakit mata, tapi buah pinggang. Terus adik di hantar berjumpa Dr. Khaidir.

Bila doktor sahkan memang buah pinggang dan terangkan pada kami berkenaan kebocoran buah pinggang, saya dan suami hanya mampu terdiam.Kami pelik, bagaimana adik boleh kena sakit ini sedangkan antara kami tiada yang sakit buah pinggang.

Doktor Khaidir bertanya,adakah adik pernah alami apa-apa operation sebelum ini, saya akui.Adik baru beberapa bulan operation gegendang telinga pecah sebanyak 2 kali, mungkin ini di sebabkan oleh jangkitan kuman selepas operation.Ini kerana, bagi kanak-kanak sehingga kini kita tidak dapat tahu punca ia berlaku, doktor hanya suspect sahaja. Sekali lagi saya redho atas apa yang berlaku ke atas adik.

Sejak di beritahu sakit buah pinggang, adik kerap kali keluar masuk hospital sehinggalah sekarang.Hospital adalah second home bagi adik selepas tue.Adik kena makan ubat yang di beri nama PREDNISOLONE.Ubat nie sangat pahit.Kesian adik..

Di bawah ini saya sertakan gambar adik ketika adik mengalami penyakit ini.






Terukkan muka adik..nanti saya sambung lagi cerita pasal penyakit adik dan sertakan sekali attachment berkenaan sakit nie.Cerita adik terlampau panjang kerana adik mengalami komplikasi dan bertukar doktor dan bertukar hospital.Saya sebagai ibu,akan cuba buat yang terbaik untuk adik.   Insya Allah..

**************************************************

Salam,

Saya continue cerita berkenaan anak kesayangan saya,adik. Sejak adik di sahkan mengidap Nefrotik Syndrom, setiap hari adik kena buat urine test. Jika terdapat protein yang berlebihan, adik kena makan ubat lebih. Pernah satu ketika, urine test adik ok,negatif..tetapi bila adik demam atau tidak sihat saja,mesti protein dekat urine test meningkat.Saya dengan suami cuba kawal segala makan minum adik, tetapi tetap sama.

Oleh kerana adik makin serius, saya dan suami sepakat minta tukar doktor..kami minta doktor yang lebih baik untuk adik di KPJ Abdul Samad,Jb.Dari Dr. Khaidir kami minta tukar Dr.Low. Melalui  Dr. Low, segala maklumat penyakit nie kami dapat.Dr. Low pernah mention pada saya dan suami "he is a active boy, don't worry..nanti dia akan jadi the same people Prof Amir, my friend.Dia sakit yang sama, still continue ubat yang sama anak you makan, tapi dia berjaya, saya pasti anak you akan berjaya"Seorang doktor cina, yang berlainan agama berkata begitu, saya dengan suami tersenyum sahaja,ini kerana beliau tengok adik seorang anak yang aktif, pandai berkata-kata, bila masuk bilik doktor, semua dia nak explore..

Sejak sakit nie, di bawah pemantauan Dr Low adik kerap kali masuk hospital. Kesian adik kena cucuk dekat tangan nak masuk antibiotik,obimin (pengganti protein) dan masukkan ubat  prednisolone. Adik susah nak makan ubat, macam-macam cara di buat, tetap juga di buang. Bila dengan Dr Low, kami berbincang bagaimana cara untuk atasi masalah ini. Dr Low berhubung dengan Dr Susan dari Hospital Sultan Ismail (HSI), pakar bahagian buah pinggang, kami mencari alternatif cara nak bagi adik makan ubat. Akhirnya melalui ice cream. Adik suka makan ice cream cokelat, so bila makan ubat ayahnya mesti belikan untuk dia.

Tapi, tak lama adik boleh makan ubat melalui cara ice cream. Kebetulan satu hari ayahnya belikan yogurt.. kami cuba bagi adik makan yogurt, nampak adik suka.Mulai hari tue, kami bagi adik makan ubat dengan yogurt. Mula-mula adik tak tahu ada ubat, lama-lama adik dah terbiasa dan tahu dalam yogurt ada ubat dia. Nasiblah adik boleh terima.Alhamdulillah, lepas satu masalah...

Yang masalah lain, urine test adik sangkut. Protein still ada dalam urine adik walaupun pelbagai cara di buat. Saya mulai risau bila tengok adik kerap tidak sihat, demam,batuk dan selesema.Adik kena masuk wad lagi sekali, di atas pemantauan Dr Low. Keadaan adik makin teruk, muka jangan cakaplah..bengkak sangat..Boleh refer gambar di bawah nie...




Terukkan muka adik..tapi itulah anak saya,anak kesayangan ibu ayah, adik kesayangan abanglong.Jika adik sakit, abanglong akan sentiasa nak datang teman. Tengok keadaan adik, kenapa masih tidak ok. Abanglong sentiasa akan melawat adik.Setiap hari di hospital abanglong akan tanya adik sambil tunjuk tangan adik yang di cucuk,"sakit tak dik?Sian adik". Saya yang mendengar kadangkala rasa nak menangis. Sepanjang adik di masukkan ke wad, saya akan jaga, apabila malam suami akan sama datang, tidur sama di hospital. Abanglong akan duduk di rumah TokPah aka       mak mertua. Nasib ramai yang membantu..Kadangkala abanglong duduk di Taska, balik lambat,ikut time ayah ambil.Kesian kadangkala bila tengok abanglong terabai, tapi abanglong tak pernah merungut. Dia faham, dia tahu adik sakit.Cuma kena pastikan setiap hari mesti bawa dia jumpa adik bila adik kena tahan wad.


Bila adik semakin tidak baik, urine asyik sangkut sahaja, Dr Low buat surat suruh refer Dr Susan bahagian Pakar Buah Pinggang di HSI, bila buat test ambil urine test, blood test sangkut juga. Seperti Dr Low, Dr Susan juga tidak mahu tahan adik di wad, ini kerana adik seorang kanak-kanak aktif, cuma masalah urine sahaja yang sangkut. Pelbagai usaha di buat. Cara bagi ubat di ubah. Kami suami isteri ikuti. Tapi selang 2 hari, muka adik naik bengkak dan urine bertambah +++ (three plus). Bila bawa adik pergi HSI, adik kena tahan wad. Bermalam adik lagi sekali di sana.

Selepas beberapa hari, saya sendiri minta balik sebab adik bukan di cucuk atau di buat apa-apa, hanya makan ubat sahaja seperti biasa. Yang selebihnya adik main.Bila adik dapat keluar,saya dengan suami uruskan segalanya kelengkapan adik.

Kami bagi makan ubat, pantau pemakanan adik.Saya dan suami didik adik bagitahu tak boleh makan sebarangan adik tak boleh makan makanan yang masin dan minum air yang banyak.Saya bagitahu adik, adik tak boleh makan kicap, saya masakkan makanan adik, hantar ke taska setiap hari.Itulah adik makan, kadangkala abanglong juga makan. Tawar, bila saya masakkan, saya menangis. Kena makan tawar, kena makan banyak telur.Oleh kerana adik minat makan sup, saya buat setiap hari sup telur..kadang-kadang letak carrot, letak kentang...kadangkala saya buatkan sup ayam.Tak sampai hati tengok adik makan, tapi saya terpaksa.

Suami juga ajar, adik tidak boleh makan McD,Kfc,Pizza Hut dan segala jenis makanan fast food. Tapi sekarang saya bagi juga, kesian adik. Tapi adik pandai, dia akan cakap "kita tak boleh makan mcd,kfc.. doktor tak kasi kan ayah ibu?"Sayu hati bila adik cakap begitu.Saya bagitahu suami, belikan adik nudget atau bubur sahaja, kesian dia pandang jer..bila saya nak bagi adik makan ayam (saya buang kulitnya), adik tak nak..adik dah tanamkan dalam diri dia yang dia tak boleh makan..Anak sekecil adik pandai jaga makan minumnya..Saya menangis bila tengok adik.

Sekarang adik masih lagi follow up dengan Dr Susan, cuma saya suami isteri tundakan tarikh perjumpaan. Kami cuba kawal segala pemakanan adik,jangan bagi adik aktif sangat..saya tak nak bawa adik pergi check up selalu kerana kesian tengok bila adik kena ambil darah untuk blood test,kena cucuk masukkan obimin (pengganti protein dalam badan) dan urine test.Bila nampak bilik blood test adik akan menangis, meraung tak nak..

Saya bercerita bukan meraih simpati, tetapi berkongsi segala pengalaman saya dalam membesarkan anak yang sakit nefrotik syndrom. Jika adik tidak baik juga, doktor akan ambil tisu buah pinggang untuk tentukan sakit buah pinggang jenis apa. Saya tak kan izinkan semua ini berlaku. Cukuplah di cucuk untuk blood test dah menyakitkan, saya tak nak adik di cucuk lagi.Dari awal tahun lepas sampai sekarang adik asyik kena cucuk sahaja.Saya suami isteri akan cuba terbaik untuk adik.

Ketika saya menaip nie, saya menangis.Menangis kerana risau apa akan terjadi jika buah pinggang adik still tidak boleh berfungsi dengan baik, menangis memikirkan masa depan dia dan menangis memikirkan keadaan diri dia.Sekarang adik di kampung saya, dengan mak saya juga saya minta beliau pantau makan minumnya.

Alhamdulillah adik bukan jenis anak yang cerewet pasal makan, apa yang di beri adik akan makan.Tidak kiralah tawar ker, manis ker apa ker..sedap dekat adik, akan bertambah adik makan. Tidak susah jaga adik dari segi makan, cuma jangan bagi adik makan benda bukan-bukan.Jika saya terbagi makan benda yang masin sikit, suami akan bising,kami sama-sama kena saling ingat mengingati supaya adik sihat.

Tapi, Tuhan itu maha adil..kami di uji sedemikian rupa, tapi kami dapat satu anugerah yang cukup besar sekali.Adik sakit,kerap sakit,macam-macam sakit..tapi adik bijak.Bila saya ajar abanglong, dia akan turut sama. Apa yang saya sebut, adik akan ingat.Adik pandai membaca Al-Fatihah,3 Qul dan pandai selawat.Adik ingat alif,ba,ta..adik ingat abc..adik ingat 123..adik ingat apa yang cikgu ajar di taska, adik akan nyanyikan lagu jika cikgu di taska ajar...semua adik ingat, walaupun kita kadangkala terlupa, adik yang tolong ingatkan. Jika beli buku, mesti wajib beli untuk adik.Adik petah berkata-kata. Adik lebih terang bercakap dari abanglong, bukan membanggakan adik, tapi itulah kelebihan yang Dia anugerahkan dekat adik. Kami bersyukur sangat, mungkin betul cakap Dr Low, satu hari adik akan membanggakan kami, begitu juga abanglong..

Jika di rumah, di taska atau di mana sahaja..adik pasti akan pegang pen dan kertas..walaupun dia masih belum pandai menulis, tapi imaginasi adik tidak membataskan apa yang dia fikirkan.Bayangkan kelebihan adik..Tapi, adik memang aktif..Adik adalah hero dekat taska dan adik juga adalah hero kami sekeluarga.Walaupun adik masih di pantau oleh doktor, tapi adik tetap adik..

Itulah anak kedua saya Muhammad Arriz Zulqarnain yang berusia 3 tahun pada tahun ini.Adik kepada Muhammad Ariff Iskandar, abanglong yang berusia 5 tahun.

Di bawah nie saya sertakan gambar adik semasa rawatan di hospital...





















 




Nie gambar adik bila dah discharge.. suka sangat dapat balik rumah..





Oklah nanti saya sambung bercerita lagi.banyak saya nak bercerita mengenai anak-anak saya yang semakin lasak dan aktif nie..jumpa lagi..

 Wassalam.

*************************************************

http://buahpinggangsihat.com/penyakit-buah-pinggang-2/tahukah-anda-nefrotik-sindrom/

Tahukah Anda nefrotik Sindrom?


Assalamualaikum pembaca sekalian,


Nefrotik sindrom boleh berlaku apabila unit penapisan buah pinggang rosak. Kerosakan ini akan menyebabkan protin yang kebiasaannya disimpan di dalam plasma, akan bocor ke dalam urin dalam jumlah yang besar. Ini akan menyebabkan kandungan protin di dalam darah anda menjadi kurang.

Fungsi protin di dalam darah ialah untuk meyimpan bendalir yang berlebihan di dalam aliran darah. Apabila jumlah protin  berkurangan di dalam darah, bendalir akan masuk ke dalam tisu-tisu badan anda dan akan menyebabkan pembengkakan. Ianya dipanggil edema. Edema akan jelas kelihatan pada kaki terutamanya bila anda berdiri dan juga di dalam tisu di bawah mata terutamanya apabila anda bangun dari tidur.

Akhirnya bengkak di kaki anda akan terus di situ. Edema juga boleh berlaku pada anggota badan anda yang lain. Anda juga mungkin akan melihat urin anda mengandungi banyak buih berbanding dari kebiasaannya. Ini disebabkan oleh kebocoran protin ke dalam urin.
 
Bagaimanakah nefrotik sindrom didiagnosis?

Doktor dapat mengesan kehadiran protin di dalam urin anda dengan melakukan analisis urin secara rutin. Dengan melakukan analisis terhadap air kencing, doktor juga akan mendapat gambaran kasar mengenai jumlah protin yang ada di dalam urin. Diagnosis terhadap nefrotik sindrom dibuat dengan melakukan pengumpulan air kencing selama 24 jam dan mengukur jumlah protin di dalamnya. Nefrotik sindrom juga boleh menyebabkan peningkatan lemak di dalam darah. Dan ini hanya boleh dikenalpasti dengan melakukan ujian darah oleh doktor anda.

Apakah penyebab nefrotik sindrom?

Nefrotik sindrom tidak dispesifikasikan sebagai penyakit buah pinggang tertentu. Ia boleh berlaku pada semua jenis penyakit buah pinggang yang merosakkan unit penapisan dengan cara tertentu yang menyebabkan kebocoran protin ke dalam urin. Sesetengah penyakit yang menyebabkan nefrotik sindrom seperti nefritis, hanya menjejaskan buah pinggang. penyakit-penyakit lain yang menyebabkan nefrotik sindrom seperti diabetis dan juga lupus, akan memberikan kesan kepada bahagian-bahagian tubuh badan yang lain.

Bagaimanakah nefrotik sindrom dirawat?

Sesetengah penyakit buah pinggang yang menyebabkan nefrotik sindrom boleh dirawat dengan ubat-ubatan. Sesetengahnya juga boleh disembuhkan dan sesetengahnya akan bertambah teruk dan boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang. Malangnya, kebanyakan penyakit yang menyebabkan nefrotik sindrom tidak mempunyai sebarang rawatan. Hanya doktor sahaja yang dapat memastikan apakah punca khusus yang menyebabkan anda mempunyai nefrotik sindrom. Diagnosis nefrotik sindrom juga mungkin akan melibatkan prosuder biopsi buah pinggang.

Apakah yang akan berlaku sekiranya tiada rawatan khusus untuk nefrotik sindrom saya?

Jika nefrotik sindrom anda disebabkan oleh penyakit yang tiada rawatan khusus, jangan bimbang, masih ada cara untuk dilakukan. Kurangkan pengambilan garam dalam diet harian. Ianya akan membantu anda untuk mengawal edema. Doktor juga akan memberikan kepada anda ubat deuretik untuk membantu mengurangkan bengkak. Selain itu doktor juga akan menetapkan ubat-ubatan tertentu untuk mengurangkan kebocoran protin dalam air kencing anda. Walaupun nefrotik sindrom menyebabkan kekurangan protin dalam darah, pengambilan diet yang tinggi protin tidaklah membantu, malah ianya akan memburukkan lagi keadaan.  Dan jika kandungan lemak dalam darah terlalu tinggi, doktor mungkin akan merancang satu rawatan untuk mengurangkannya.




3 ulasan:

anysidayu zakaria berkata...

kak, mengalir airmata saya membacanya. Semoga akk tabah dalam membesarkan adik. Insya Allah ada rahmat disebalik ujian ini.

anysidayu zakaria berkata...

kak, mengalir airmata saya baca entri ni. Semoga akk tabah dalam membesarkan adik. Insya Allah ada rahmat di sebalik ujian ini.

Lyly Affazreen Abdul Latiff berkata...

tq...nie dugaan akk sklga dlm besarkan hero nie..skrg nie pun akk berserah dkt Yg Esa sbb urine adik pun asyik sangkut, cuma akk senang hati sikit dia aktif..itu pun da ckp bmakna bg akak sklga