KENALI SAYA


Hai, Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera...

Nama panjang saya Lyly Affazreen Abdul Latiff, tapi keluarga& kawan-kawan lebih mengenali saya sebagai Lyly.Saya baru melepasi angka 30-an pada tahun ini,2013.Lahir di Negeri 9 dan di besarkan juga di Negeri 9.Mempunyai 3 adik beradik dan saya adalah anak kedua daripadanya.

Saya sudah berkahwin dan mempunyai 2 cahayamata, kedua-duanya hero.Alhamdulillah saya sudah melepasi 5 tahun perkahwinan,saya gembira hidup bersama seorang insan yang benar-benar memahami jiwa saya.Dialah kawan gaduh saya,kawan cinta hati saya,dia yang sudi dengar segala celoteh saya dan dia lah penghibur dan peneman saya di kala saya suka dan duka.Dialah Hero di hati saya selain ayah dan anak-anak saya, Hamsan Mohamed.

Saya berkelulusan di Diploma in Technology Management dan sekarang menyambung pengajian di peringkat Bachelor in Technology Management.Insya Allah jika di izinkan OlehNya, saya akan menamatkan pengajian pada tahun hadapan,2016.Doakan kejayaan saya yea.

Sekarang saya bertugas di Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bahagian Perkhidmatan Pengguna.Alhamdulillah walaupun kerja saya di kategorikan sebagai mencabar, saya seronok dengan kerjaya saya.InsyaAllah,jika di izinkan apabila saya menamatkan pengajian nanti,saya akan cuba untuk berada di suatu tahap yang boleh mencabar diri saya menjadi sebagai seorang ketua dan pemimpin kepada anak buah saya.InsyaAllah,Amin.

Serba sedikit coretan saya, Insya Allah boleh mengenali saya melalui penulisan saya di blog lylyaffazreen@blogspot.com

Wassalam.

 
 
 

Tiada ulasan: