Rabu, 25 Jun 2014

SELAMAT BERPUASA


Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah Syukur Ke AtasNya kerana beberapa hari lagi kita akan menyambut ramadhan, bulan penuh keberkatan dan bulan yang sangat di muliakan OlehNya,Allah SWT.


Insya Allah,pada tahun ini sambutan ramadhan pertama akan di raikan bersama-sama keluarga sebelah suami, ini kerana pada tarikh tersebut adalah sambutan ulang tahun bagi MIL,Pn Sharipah Hassan.


Tahun ini juga merupakan tahun kedua abanglong belajar berpuasa.Jika tahun lepas sampai pukul 1 petang abanglong berpuasa,moga tahun ini abanglong boleh berpuasa penuh,paling awal pun boleh berbuka pada pukul 3 petang,ikut perjanjian ayahnya bersama abanglong.InsyaAllah,tahun ini abanglong sudah di ajar cara-cara bersembahyang,moga abanglong boleh menunaikan solat nanti,InsyaAllah,Amin.


Alhamdulillah pada ramadhan tahun ini juga saya di berikan kesenangan kerana kuliah untuk saya hadiri hanya 2 hari sahaja untuk matapelajaran Effective Oral Communication Skill.Selepas raya baru saya menghadiri kuliah sambungan.Ini memudahkan saya untuk mengerjakan puasa dengan sempurna,Alhamdulillah Syukur Atas NikmatMu YaAllah.


Di kesempatan ini,saya memohon ampun dan maaf jika selama kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang melayari blog saya ini,ada kata-kata saya yang mengguris hati ampun maaf saya pinta dari hujung rambut sampai hujung kaki.Mungkin ini Ramadhan terakhir saya,saya tidak tahu.Tetapi saya pohon biarlah saya dapat merasai nikmat setiap kali ramadhan,kerana tiap kali ramadhan nikmat yang saya rasai sangat banyak,keseronokannya tidak terucap dengan kata-kata.


Persiapan raya juga saya belum buat apa-apa,kerana tahun ini saya sekeluarga tidak merancang apa-apa lagi.Mungkin kami akan memenuhi keinginan hero-hero kami untuk beraya,InsyaAllah.


SELAMAT BERPUASA DAN MOGA RAMADHAN KALI INI MEMBERIKAN KEBERKATAN YANG TIDAK TERHINGGA BUAT KITA SEMUA.INSYAALLAH,AMIN.

Tiada ulasan: