Ahad, 11 Mei 2014

SELAMAT HARI IBU


Nukilan buat mak,
 
Hampir 31 tahun dahulu,lebih kurang jam 3.30petang aku di lahirkan oleh seorang insan istimewa, yang ku gelar "emak".Mengikut kata emak, aku amat senang di lahirkan dan aku juga satu-satunya anak yang di lahirkan di kampung ayah di Negeri Sembilan.Ini kerana abang dan adikku di lahirkan di Selangor,abang di Klang dan adik di Sabak Bernam.
 
Sepanjang usiaku sehingga aku nak berkahwin, bukan tidak pernah aku melawan kata-kata emak, maklumlah masih muda orang kata, tetapi aku cepat sedar yang emak adalah segala-galanya. Kemaafan cepat ku pinta andai salah telah di lakukan.Aku seorang yang senang di jaga menurut emak, ini kerana mungkin sejak kecil aku sudah di asuh dengan ketegasan oleh ayah sehingga kawan-kawan baik lelaki mahupun perempuan susah untuk berkawan denganku.
 
Tengok muka ayah, semua orang takut sebab ayah seorang yang susah senyum,tetapi mereka tak tahu ayahlah seorang yang terbaik buat diriku,dialah yang menjaga dan membesarkan aku serta keluarga dengan titik peluhnya dan aku tak malu mengatakan ayah seorang hero dalam keluargaku.
 
Emak seorang suri rumah sepenuh masa.Emak yang mengasuh kami adik beradik tanpa jemu. Aku di didik oleh emak untuk patuh pada arahan, tegas di dalam membuat keputusan dan tidak membelakangkan keluarga dalam apa jua keadaan.
 
Mungkin kerana itu,aku mewarisi hampir ke semua sifat mak.Emak seorang yang tegas walaupun kadangkala mak suka menjaga hati orang kelilingnya.Emak tak nak orang sedih, emak akan simpan kesedihan yang ada supaya orang gembira.Emak seorang yang peramah, mulut mak memang macam bertih jagung, tapi hati mak baik.Sebab itu aku suka mengadu apa jua masalah dengan mak, mak sudi berkongsi dan mak juga banyak bagi nasihat kepadaku.
 
Kini aku tahu, hampir 6 tahun melayari bahtera rumahtangga bersama suami tersayang, apa yang emak katakan,nasihatkan dan ungkapkan adalah benar berlaka.Tiada yang dusta keluar dari mulut emak, sesungguhnya itulah yang di sebut,
 SYURGA TERLETAK DI BAWAH TAPAK KAKI IBU,
TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN MAMPU MENGGONGCANG DUNIA.
 
Khas buat emak tersayang, Puan Rogayah Hj Zainudin, terima kasih mak. Apa yang di beri, apa yang di curahkan dan apa yang di perkatakan adalah indah belaka.Halalkan makan minum, susu yang mengalir di dalam tubuh angah, mak dunia akhirat buat angah.
 
Tanpa mak dan ayah angah tidak lahir ke dunia ini.Tanpa asuhan mak dan ayah angah takkan berada di mana angah ada sekarang ni.Didikan dan ilmu agama yang mak ayah beri, angah akan gunakan untuk mendidik anak-anak angah.
 
Terima kasih mak sebab menyayangi anak-anak angah.Mungkin angah tidak dapat memberikan Puteri untuk mak, tetapi Putera-putera angah akan terdidik dengan acuan yang telah mak ayah bentuk pada angah di samping didikan menantu kesayangan mak ayah.
 
Selamat Hari Ibu Mak, Selamat Hari Ibu juga buat emak mertua Puan Saripah. Angah doakan agar mak berdua sihat selalu dan di rahmati OlehNya sentiasa.MIL, terima kasih mak sebab menerima ly dalam sebahagian keluarga mak.Ly tiada apa yang boleh di buktikan, hanya janji untuk membahagiakan anak mak dan cucu-cucu mak.Insya Allah,Amin.
 
Wassalam.
 


Tiada ulasan: