Rabu, 14 Mei 2014

Abanglong Operation Minggu Depan

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..
 
Kesibukan menguruskan masalah kerja,rumahtangga dan pelajaran membataskan saya mencoret.
 
Seminggu lepas, saya membawa abanglong iaitu anak sulung saya Muhammad Ariff Iskandar Hamsan yang berusia 6 tahun ke klinik bagi mendapat rawatan.Abanglong memang ada sejarah demam panas yang kerap dan mengakibatkan tonsil bengkak.Tetapi kali ini bukan di sebabkan sakit tersebut,sakit yang lain abanglong di duga.
 
'Bird' abanglong ada masalah,Dr. di klinik panel TNB maklumkan ada masalah, surat refer KPJ di keluarkan.Hati dan perasaan saya rasa 'drop' sangat apabila mendapat tahu.Kami tidak menunggu lama, keesokkannya saya dan suami membawa abanglong ke KPJ Abdul Samad.
 
Pada mulanya kami ingin berjumpa dengan Dr. Woon yang merawat adiknya, tetapi oleh kerana Dr. Woon tiada, kami sepakat berjumpa Dr.Alex.Hanya saya dan abanglong sahaja yang berjumpa Dr.Alex, sebab suami on the way dari Nusajaya ke hospital.
 
Dr.Alex maklumkan abanglong nak kena 'angin pasang dan lendir di dalm birdnya'.Selepas di terangkan serba sedikit, Dr. Alex meminta saya refer direct kes abanglong dengan Dr. Lim di Puteri Specialist kerana beliau seorang pakar kanak-kanak.
 
Saya dan suami terus membawa abanglong berjumpa Dr.Lim pada hari yang sama.Hampir 3 jam menunggu kerana ramai pesakit,akhirnya apa yang saya dan suami takutkan berlaku, abanglong akan di bedah.
 
Mungkin bagi orang lain akan menganggap ini perkara biasa, minor operation saja..tetapi bagi saya seorang ibu yang sebelum ini menguruskan anak yang sakit Nifrotic Syndrome dan hospital adalah rumah kedua bagi anak kedua saya, saya merasakan terlalu besar dugaan yang saya sekeluarga alami.Abanglong jarang sakit, kalau sakit dia hanya kerap demam panas sahaja sebab tonsil bengkak, tetapi bila sakit yang di luar jangkaan ini membuatkan saya dan suami sedikit terasa hebat dengan dugaan OlehNya.
 
Abanglong seorang anak yang aktif.Dia jika demam, hanya baring sahaja.Tetapi jika tengok adiknya bermain, dia akan buang segala kesakitan dia, dia akan bersama adiknya bermain.Dia sukar untuk menyatakan kesakitan, jika sakit dia hanya suka mendiamkan diri sahaja.Abanglong seorang anak yang pendiam, susah untuk berkata-kata.
 
Saya dan suami mungkin kurang memberikan perhatian kepada abanglong, kerana lebih menumpukan kepada adiknya yang sakit, tetapi selepas kami berbincang kerana kekhilafan kami suami isteri, kami merasakan abanglong punya hak kerana dia anak kami juga, ia menyedarkan saya serta suami.
 
Kekhilafan kami menyedarkan kami untuk menghargai sesuatu yang berharga, dan amat berharga. InsyaAllah, abanglong akan operation 21hb ni, saya dan suami sudah bersedia.Minor atau major operation tetap membuatkan kami risau.Doakan yang terbaik untuk abanglong.
 
Mungkin kami di uji sedemikian sekarang ni, tetapi kami sentiasa berdoa agar anak-anak kami akan menyenangkan kami kemudian hari.Setiap dugaan kami, ia mematangkan kami di dalam menempuh kehidupan bekeluarga,InsyaAllah..Amin.
 
Wassalam.

Tiada ulasan: