Selasa, 11 Mac 2014

#PrayForMH370

Assalammualaikum wbt...
 
 
Salam buat semua.Hari ini masuk hari keempat kehilangan Pesawat MH 370 dari Malaysia ke Beijing. Saya bukan seorang yang tahu berkenaan pesawat,kerana naik kapal terbang pun belum pernah lagi, tapi sedikit sebanyak saya turut merasai apa yang di rasai oleh ahli keluarga mereka yang terlibat.
 
 
Pelbagai spekulasi yang kita dengar berkenaan kehilangan pesawat ini.Bagi saya seorang insan kerdil di sisiNya merasakan ini adalah salah satu dugaan kita di muka bumi ini.Kita di uji dengan kehilangannya, dan kita juga di uji dengan bagaimana kita mengatasi masalah ini untuk mencari jalan penyelesaiannya.
 
 
Pada Dia,Allah SWT kita kena berserah, perbanyakkan doa buat mereka agar di jumpai.Jika melalui cara fizikal tidak jumpa, tidak salah kita meminta kepadaNya kerana Dia Maha Mengetahui apa yang berlaku di sebaliknya.Telah tertulis segalanya.
 
 
Saya bukan seorang yang taksub kepada media social, tetapi saya ada memiliki akaun Fb,Twitter,Instagram dan Blog, yang saya ralat teramat sangat apabila mereka-mereka di luar sana mengeluarkan pelbagai kenyataan atau status yang menyedihkan dan adakalanya status yang kurang di senangi oleh kita, rakyat Malaysia.
 
 
Tahukah rakan-rakan semua, hampir keseluruhan yang update status kebanyakan adalah orang kita, orang melayu.Inikah bangsa yang kita agungkan?Bukan saya memandang rendah, tetapi saya amat dukacita dengan status-status yang tidak bermoral ini.
 
 
Kita bukan yang terbaik,tetapi kita cuba menjadi yang terbaik.Marilah kita sama-sama doakan agar mereka selamat dan dapat pulang ke pangkuan keluarga.Mereka ada anak-anak,ibu bapa yang sudah tua, yang memerlukan perhatian mereka.
 
Mungkin kita tidak rasai kerana mereka bukan ahli keluarga kita, tetapi bayangkan andai satu hari nanti keluarga kita sendiri terlibat dengan dugaan seperti ini, adakah kita akan menyatakan perkara yang sama seperti yang kita lakukan sekarang?Saya sedikit emosi bila membaca, sedih kerana sempit sangat fikiran kita rakyat Malaysia.
 
 
Moga di saat kita berhadapan dengan krisis air,krisis jerebu ini Allah SWT memberikan petunjuk kepada kita untuk mencari jalan penyelesaian masalah ini.Ketepikan semua yang boleh menggugat keutuhan kita rakyat Malaysia, marilah kita bersatu untuk mencari jalan penyelesaiannya.Jangan tunding jari pada orang lain, tetapi melalui jari kita boleh membantu, dengan cara BERDOA.
 
 
Kita bukan Tuhan, tapi kita di ajar untuk memohon kepadaNya.Setiap kaum ada cara mereka untuk berdoa, tak salah kita sama-sama berdoa, memohon segala petunjuk,Insya Allah doa dari kita yang ikhlas ini akan di makbulkan olehNya.Kita jangan give up dengan semua dugaan ini, anggaplah ia sebagai dugaan kita di dunia, di akhirat kita tidak tahu bagaimana nanti.
 
Wassalam.
 
(p/s:maaf jika ada yang terasa, just luahan hati saya saja. #PrayForMH370)
 
 


Tiada ulasan: