Khamis, 20 Mac 2014

Aktiviti Saya Sepanjang Minggu

Alhamdulillah,Syukur KepadaNya kerana masih di beri kesempatan untuk merasai nikmat di muka bumiNya.
 
 
Agak lama tidak mencoret,kesibukan mengatasi masa untuk mencoret.Yang di schedule pun dah publish, tak sempat nak mencoret lagi.InsyaAllah akan cuba untuk mencuri sedikit masa,untuk blog kesayanganku ini.
 
 
Terima kasih kawan-kawan yang follow apa yang saya coretkan,mungkin ini serba sedikit kisah saya, hobi saya, aktiviti saya seharian.Di sinilah saya bercerita bila berkelapangan.Di sini ruang saya mereka imaginasi saya terhadap My Novel : Affazreen.
 
 
Beberapa minggu saya sibuk dengan dunia kuliah,pekerjaan dan seorang ibu serta isteri kepada keluarga kecil saya.Macam-macam berlaku sepanjang minggu,ia mematangkan saya di dalam menghadapi kehidupan seharian.Alhamdulillah,amin.
 
 
Adik juga bertambah sihat,betul kata Dr yang merawat adik aka Dr Woon, sakit adik tidak mengira masa, saya serta suami mesti bersedia untuk semuanya.Oleh kerana itu, sejak adik di sahkan sakit kebocoran buah pinggang, saya dan suami banyak bersedia.Mungkin secara fizikal saya dan suami Nampak tabah, tapi dari segi mental saya tidak sekuat En suami.Tetapi, oleh kerana saya mempunyai seorang suami yang begitu memahami diri saya, saya boleh menghadapi semua ini.Memang ada kala saya menangis, berfikir kesan penyakit adik apabila dewasa.Tapi, satu saja yang saya tetapkan dalam diri saya sekarang, setiap yang berlaku ada hikmahnya,kita di uji dan tak mustahil satu hari nanti kita akan dapat nikmatnya,InsyaAllah.
 
 
Oleh kerana kesibukan dengan pelbagai aktiviti seharian, saya di bantu oleh pihak Taska yang banyak menolong saya bagi menjaga hero-hero terutama adik.Dalam segi makan minum, selepas saya terangkan pada pengasuhnya, adik dapat disiplinkan diri terutama semasa makan ubat.
Alhamdulillah.Terima Kasih Festive Childcare terutama Untie Ima. Hero-hero saya ni anak angkat beliau dan suaminya.Tak boleh di usik, sayang sangat suaminya pada hero-hero saya ni,
Thank you Uncle Din and Untie Ima.
 
 
Sabtu lepas saya dan suami pergi ke Nuri Education tempat abanglong belajar, pertemuan antara guru dan ibubapa bagi mengetahui tahap anak-anak bersekolah.Komen Teacher Eswari selaku guru kelasnya, 'Arif seorang yang pendiam, mulut berat,dengan kawan-kawan baru dengar suara, bila saya Tanya, dia diam.Jika ke toilet,turun tangga senyap-senyap.Bila di tegur, baru beritahu saya nak ke toilet.Minum air memang susah'.Bila ibu dengan ayah dengar, balik terus slow talk dengan dia.Ibu dari dalam kereta dah pot pet,pot pet...tak tunggu dekat rumah, ayahnya saja yang bercakap dengan dia berdepan.Alhamdulillah selepas 2-3 hari ni nampak perubahan sedikit.Mahu bercakap dengan teacher, boleh buka mulut.
 
 
Kalau home work memang tugas ibu mengajar, ibunya singa+harimau, memang kena kalau main-main,tulis tak lawa.Jika dengan ayahnya mesti main sahaja.Ayahnya lembut, susah nak marah.Ibu tegas, itu sebab hero-hero saya lebih suka ayah,sayang ayah dari ibu.Saya tak kisah,janji mereka tahu saya tegas bersebab.Tapi, bila nak tidur, ada kala saya akan baring dengan mereka di bilik, saya akan slow talk, masa itulah 'kita saying ibu,muah...muah...muah...'.Anak oh anak.Alhamdulillah, hero-hero saya tahu saya tegas kenapa, tapi kadangkala suka juga mereka buat ibunya marah.Sehari tak dengar ibu bising tak sah.
 
 
Saya sibuk menghadiri kuliah setiap minggu.Semester ini saya ambil 4 paper, menguji saya setiap masa.Saya kena lalui juga, sebab saya nak cepat tamat belajar.Saya ada misi lain selepas tamat belajar.Kisah belajar akan saya ceritakan kemudian.
 
 
Oklah, saya rasa sampai sini saya mencoret.Ada kelapangan saya akan update kisah saya seharian, InsyaAllah.
 
Wassalam.
 


Tiada ulasan: