Sabtu, 1 Mac 2014

Adik sakit balik...:-(


Assalamualaikum wbt,

Untuk tempoh beberapa hari ni, saya teramat sibuk.Bukan setakat saya sibuk dengan kerja, bukan juga sibuk sebagai student, tapi sibuk sebagai seorang ibu kerana anak kembali tidak sihat.


Anak bongsu saya, yang saya panggil nain atau adik, kembali tidak sihat semula.Nifrotik Syndrome kembali menyerang adik.Pilu hati saya kerana adik terpaksa makan ubat dan mendapatkan rawatan semula.Bayangkan hati seorang ibu, menyuapkan makan tengahari kepada anaknya,hanya boleh makan sup telur,yang langsung tiada perisa,tawar...tiada langsung rasa garam atau rasa yang lain.


Hampir menitik air mata saya pada hari pertama saya suapkan nasi dan sup telur tersebut. Rasa tak tergamak saya nak bagi adik makan sup tawar seperti itu,tapi saya terpaksa.Hati saya merintih melihat adik makan,tak sampai 10 suap adik dah kata kenyang.Adik langsung tak lalu makan.Menangis saya ketika itu melihat perubahan drastik adik.


Kenapa saya bercakap begitu,satu sahaja....saya dan suami menjaga segala makan minum adik selepas di sahkan mengidap sakit sedemikian.Kami pantau segala pemakanan dan tahap kebersihan dia.Selepas beberapa bulan sakit dia tidak menyerang, kali ini seluruh badan adik terlalu sembap.a..langsung tidak molek badannya.Badan adik naik mendadak.Kanak-kanak pada usia 4 tahun dengan berat 19.2 kg, banyangkan kawan-kawan....


Oleh sebab adik makin teruk,perubahan badan dan urine test yang saya dan suami buat di rumah, kami sepakat membawa adik ke hospital.Adik di rujuk terlebih dahulu ke klinik panel yang biasa kami bawa dia.Selepas segala pemeriksaan di buat oleh Dr.Tan dari The People Dispensary,Johor Bahru, adik di rujuk ke KPJ Abdul Samad,Johor Bahru semula.


Kami bawa adik berjumpa dengan Dr.Woon kembali.Dia juga sedikit terkejut kerana adik sudah lama tidak mendapatkan rawatan dengannya, ini kerana kes adik telah di rujuk di HSI,Johor Bahru under Dr.Susan Pakar Buah Pinggang.

Bukan kami tidak mahu ke HSI kembali, tapi faktor kelewatan dan kena ada temujanji sebelum pertemuan, saya dan suami pakat rujuk adik di KPJ sahaja.Dr.Woon memang sudah tahu kes adik.Pelbagai penerangan di berikan dan dia juga minta saya banyak berdoa agar adik sembuh dan sakit ini tidak menyerang kembali.Ini kerana adik seorang anak yang aktif, dialah selalu memeriahkan suasana kami sekeluarga.


Urine test di buat dan Dr.Woon berjanji akan menghubungi kami apabila result keluar.Ketika suami saya ingin menghantar saya ke pejabat pada petang tersebut,(adik di jaga oleh suami, kerana dia tidak bekerja),kami mendapat panggilan dari Klinik Pakar Dr.Woon.Saya langsung tiada kekuatan untuk menjawab panggilan tersebut, saya serahkan handphone kepada suami untuk mengetahui result urine test adik.Saya takut jika resultnya terlalu tinggi.


Kawan-kawan bayangkan, pagi sebelum ke klinik saya sudah buat urine test adik,result 3-4+.Di Klinik panel result urine test adik 2+,tetapi bila di KPJ, Klinik Dr.Woon result urine test adik naik 4+.Aduhai.......luluh hati saya.


Sekarang saya dan suami kena pantau kesihatan adik, pemakanan adik,ubatan adik..ini kerana selepas seminggu adik akan berjumpa dengan Dr.Woon kembali.Jika result urine adik still meningkat dan tak stabil, adik kena warded.Saya tak nak adik kena injection lagi.Kesian adik...


Cuma selepas 3 hati adik makan ubat, saya dan suami pelik kerana result urine test yang kami buat di rumah turun 1+,tetapi muka adik bertambah-tambah bengkak.Apakah petandanya ini Ya Allah, saya terlalu risau.Kami suami isteri takut bila adik bangun pagi, muka adik bengkak.Amat ketara sangat...


Saya dan suami akan lakukan yang terbaik untuk adik.Doakan kesihatan adik yea.Saya berharap sangat adik sihat, kerana adiklah anak yang aktif,dialah anak yang suka riuhkan suasana rumah dengan keletah dia, walaupun kadangkala dia suka buat abang dan ibu ayahnya marah.Lasak adik untuk membesar.


Saya tidak dapat mencoret lagi, kerana hati saya sedih,saya menangis semasa menaip kisah adik.Berikanlah saya kekuatan untuk menghadapi semua ini,InsyaAllah.


Wassalam.


2 ulasan:

Kuazue Mohd berkata...

allahurabbi.. berat membaca.. berat lagi bahu memikul. Bangun malam puan suami isteri. mengadu dan carilah kekuatan dari zat RABB.. tiada yag dpt membantu selain Dia.
Mohon beri lebih info untuk saya perpanjangkan kisah adik melalui blog saya pula. Semoga bebanan emosi dan kewangan dalam menghadapi ujian ini dapat kita kongsi bersama.
Puan boleh hubungi saya di kuazue@gmail.com utk saya mula sebarkan apa yang mampu

Lyly Affazreen Abdul Latiff berkata...

Terima kasih ats kata2 smgt dan perhatian yg di berikan.Maaf baru berkesemptan membalas. Alhamulillah adik mkin bertambah sihat,makin lasak dn makin petah berbicara.Setiap saat dan waktu saya suami isteri menitipkan doa buat adik.Sokongan semua amat saya hargai,Tqvm.