Selasa, 25 Mac 2014

#Takziah MH370

Salam Takziah,

Semalam kita di gemparkan dengan pengumuman oleh Perdana Menteri berkenaan MH370.Pelbagai perasaan bermain di hati saya sehingga sekarang.


Takziah kepada ahli keluarga mereka yang terlibat.Moga mereka tabah menghadapi dugaan ini.Sedekahkan banyak doa agar punca kejadian dapat di kenalpasti dengan kemunculan kotak hitam pesawat,InsyaAllah.


"Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali"


Di harap segala spekulasi dapat di tamatkan.Kita banyakkkan berdoa agar ahli keluarga tabah.Anak kehilangan ayah,anak kehilangan ibu,abang kehilangan adik dan sebagainya.Tetapi kita mungkin alpa dengan sesuatu.


Mungkin sekarang kita di uji dengan dugaan yang seberat ini, tidak mustahil suatu hari nanti kita akan beroleh sesuatu yang berharga kesan dari peristiwa ini.Dia akan memberikan ganjaran kepada mereka yang tabah,InsyaAllah.

#PrayMH370
#Takziah
#Keluargamangsa
#MAS

Wassalam.

Thank You Wak John

Assalamualaikum wbt...


Hari ini hari terakhir Penyelia Teknikal saya bekerja.Beliau adalah Encik Johan Bin Sukandar.Beliau adalah salah seorang The Best Employee bagi kami.


Setelah berkhidmat 37 tahun di TNB,dari sebelum TNB di swastakan lagi (Dahulu LLN), akhirnya tiba masa En Johan yang kami mesra panggil Wak John untuk bersara.Terlalu banyak ilmu yang di curahkan oleh Wak John kepada kami semua.


Wak John banyak berkhidmat di pelbagai bahagian di TNB,terlalu banyak pengalaman beliau.Sejak saya di bahagian sekarang, saya seronok bekerja di bawah beliau.


Moga Wak John berjaya di luar sana, sihat selalu dan yang penting bila kami ada aktiviti di harap agar Wak John dapat join sama,Wak John memang tukang memeriahkan suasana,ibarat bapa kepada anak-anaknya.


Wassalam.

Khamis, 20 Mac 2014

Aktiviti Saya Sepanjang Minggu

Alhamdulillah,Syukur KepadaNya kerana masih di beri kesempatan untuk merasai nikmat di muka bumiNya.
 
 
Agak lama tidak mencoret,kesibukan mengatasi masa untuk mencoret.Yang di schedule pun dah publish, tak sempat nak mencoret lagi.InsyaAllah akan cuba untuk mencuri sedikit masa,untuk blog kesayanganku ini.
 
 
Terima kasih kawan-kawan yang follow apa yang saya coretkan,mungkin ini serba sedikit kisah saya, hobi saya, aktiviti saya seharian.Di sinilah saya bercerita bila berkelapangan.Di sini ruang saya mereka imaginasi saya terhadap My Novel : Affazreen.
 
 
Beberapa minggu saya sibuk dengan dunia kuliah,pekerjaan dan seorang ibu serta isteri kepada keluarga kecil saya.Macam-macam berlaku sepanjang minggu,ia mematangkan saya di dalam menghadapi kehidupan seharian.Alhamdulillah,amin.
 
 
Adik juga bertambah sihat,betul kata Dr yang merawat adik aka Dr Woon, sakit adik tidak mengira masa, saya serta suami mesti bersedia untuk semuanya.Oleh kerana itu, sejak adik di sahkan sakit kebocoran buah pinggang, saya dan suami banyak bersedia.Mungkin secara fizikal saya dan suami Nampak tabah, tapi dari segi mental saya tidak sekuat En suami.Tetapi, oleh kerana saya mempunyai seorang suami yang begitu memahami diri saya, saya boleh menghadapi semua ini.Memang ada kala saya menangis, berfikir kesan penyakit adik apabila dewasa.Tapi, satu saja yang saya tetapkan dalam diri saya sekarang, setiap yang berlaku ada hikmahnya,kita di uji dan tak mustahil satu hari nanti kita akan dapat nikmatnya,InsyaAllah.
 
 
Oleh kerana kesibukan dengan pelbagai aktiviti seharian, saya di bantu oleh pihak Taska yang banyak menolong saya bagi menjaga hero-hero terutama adik.Dalam segi makan minum, selepas saya terangkan pada pengasuhnya, adik dapat disiplinkan diri terutama semasa makan ubat.
Alhamdulillah.Terima Kasih Festive Childcare terutama Untie Ima. Hero-hero saya ni anak angkat beliau dan suaminya.Tak boleh di usik, sayang sangat suaminya pada hero-hero saya ni,
Thank you Uncle Din and Untie Ima.
 
 
Sabtu lepas saya dan suami pergi ke Nuri Education tempat abanglong belajar, pertemuan antara guru dan ibubapa bagi mengetahui tahap anak-anak bersekolah.Komen Teacher Eswari selaku guru kelasnya, 'Arif seorang yang pendiam, mulut berat,dengan kawan-kawan baru dengar suara, bila saya Tanya, dia diam.Jika ke toilet,turun tangga senyap-senyap.Bila di tegur, baru beritahu saya nak ke toilet.Minum air memang susah'.Bila ibu dengan ayah dengar, balik terus slow talk dengan dia.Ibu dari dalam kereta dah pot pet,pot pet...tak tunggu dekat rumah, ayahnya saja yang bercakap dengan dia berdepan.Alhamdulillah selepas 2-3 hari ni nampak perubahan sedikit.Mahu bercakap dengan teacher, boleh buka mulut.
 
 
Kalau home work memang tugas ibu mengajar, ibunya singa+harimau, memang kena kalau main-main,tulis tak lawa.Jika dengan ayahnya mesti main sahaja.Ayahnya lembut, susah nak marah.Ibu tegas, itu sebab hero-hero saya lebih suka ayah,sayang ayah dari ibu.Saya tak kisah,janji mereka tahu saya tegas bersebab.Tapi, bila nak tidur, ada kala saya akan baring dengan mereka di bilik, saya akan slow talk, masa itulah 'kita saying ibu,muah...muah...muah...'.Anak oh anak.Alhamdulillah, hero-hero saya tahu saya tegas kenapa, tapi kadangkala suka juga mereka buat ibunya marah.Sehari tak dengar ibu bising tak sah.
 
 
Saya sibuk menghadiri kuliah setiap minggu.Semester ini saya ambil 4 paper, menguji saya setiap masa.Saya kena lalui juga, sebab saya nak cepat tamat belajar.Saya ada misi lain selepas tamat belajar.Kisah belajar akan saya ceritakan kemudian.
 
 
Oklah, saya rasa sampai sini saya mencoret.Ada kelapangan saya akan update kisah saya seharian, InsyaAllah.
 
Wassalam.
 


Selasa, 11 Mac 2014

#PrayForMH370

Assalammualaikum wbt...
 
 
Salam buat semua.Hari ini masuk hari keempat kehilangan Pesawat MH 370 dari Malaysia ke Beijing. Saya bukan seorang yang tahu berkenaan pesawat,kerana naik kapal terbang pun belum pernah lagi, tapi sedikit sebanyak saya turut merasai apa yang di rasai oleh ahli keluarga mereka yang terlibat.
 
 
Pelbagai spekulasi yang kita dengar berkenaan kehilangan pesawat ini.Bagi saya seorang insan kerdil di sisiNya merasakan ini adalah salah satu dugaan kita di muka bumi ini.Kita di uji dengan kehilangannya, dan kita juga di uji dengan bagaimana kita mengatasi masalah ini untuk mencari jalan penyelesaiannya.
 
 
Pada Dia,Allah SWT kita kena berserah, perbanyakkan doa buat mereka agar di jumpai.Jika melalui cara fizikal tidak jumpa, tidak salah kita meminta kepadaNya kerana Dia Maha Mengetahui apa yang berlaku di sebaliknya.Telah tertulis segalanya.
 
 
Saya bukan seorang yang taksub kepada media social, tetapi saya ada memiliki akaun Fb,Twitter,Instagram dan Blog, yang saya ralat teramat sangat apabila mereka-mereka di luar sana mengeluarkan pelbagai kenyataan atau status yang menyedihkan dan adakalanya status yang kurang di senangi oleh kita, rakyat Malaysia.
 
 
Tahukah rakan-rakan semua, hampir keseluruhan yang update status kebanyakan adalah orang kita, orang melayu.Inikah bangsa yang kita agungkan?Bukan saya memandang rendah, tetapi saya amat dukacita dengan status-status yang tidak bermoral ini.
 
 
Kita bukan yang terbaik,tetapi kita cuba menjadi yang terbaik.Marilah kita sama-sama doakan agar mereka selamat dan dapat pulang ke pangkuan keluarga.Mereka ada anak-anak,ibu bapa yang sudah tua, yang memerlukan perhatian mereka.
 
Mungkin kita tidak rasai kerana mereka bukan ahli keluarga kita, tetapi bayangkan andai satu hari nanti keluarga kita sendiri terlibat dengan dugaan seperti ini, adakah kita akan menyatakan perkara yang sama seperti yang kita lakukan sekarang?Saya sedikit emosi bila membaca, sedih kerana sempit sangat fikiran kita rakyat Malaysia.
 
 
Moga di saat kita berhadapan dengan krisis air,krisis jerebu ini Allah SWT memberikan petunjuk kepada kita untuk mencari jalan penyelesaian masalah ini.Ketepikan semua yang boleh menggugat keutuhan kita rakyat Malaysia, marilah kita bersatu untuk mencari jalan penyelesaiannya.Jangan tunding jari pada orang lain, tetapi melalui jari kita boleh membantu, dengan cara BERDOA.
 
 
Kita bukan Tuhan, tapi kita di ajar untuk memohon kepadaNya.Setiap kaum ada cara mereka untuk berdoa, tak salah kita sama-sama berdoa, memohon segala petunjuk,Insya Allah doa dari kita yang ikhlas ini akan di makbulkan olehNya.Kita jangan give up dengan semua dugaan ini, anggaplah ia sebagai dugaan kita di dunia, di akhirat kita tidak tahu bagaimana nanti.
 
Wassalam.
 
(p/s:maaf jika ada yang terasa, just luahan hati saya saja. #PrayForMH370)
 
 


Khamis, 6 Mac 2014

Puteri Nur Balqis Qaisara

Credit For Me : Bab 10
Teks By : Lyly Affazreen Abdul Latiff


"Maaf,buat Ku Nir tertungu-tunggu, saya ada kerja sedikit tadi""Tak mengapa Balqis, saya pun baru sahaja sampai.Kita gerak sekarang,"Balqis menganggukkan kepalanya."Balqis ada beritahu Hazwan Balqis ikut saya?""Haaaaa...tak ada""Kenapa tak beritahu dia,nanti kalau apa-apa terjadi, dia tahu,""Baiklah"Seperti yang di suruh,Balqis hubungi abang sepupunya.


Apabila Balqis memaklumkan perihal dia ke rumah Ku Nir, abang sepupunya terkejut dan meminta untuk bercakap dengan Ku Nir."Boleh saya bawa adik awak?Maaflah tak beritahu awal""Tak apa,cuma saya terkejut juga.Kenapa ya Balqis ke rumah Ku Nir?""Ni atas undangan my mom Hazwan,my mom nak Balqis rekakan busana untuk dia""Ohhhh Tengku Suraya...baiklah,tapi nanti saya harapkan Ku Nir pastikan adik saya sampai ke rumahnya dengan selamat yea, risau juga.Dia jarang keluar malam kecuali dengan saya dan Nadia""Awak jangan risau Hazwan, saya janji akan jaga adik awak sebaik mungkin,awak kenal saya dan keluargakan?""Baiklah.Ku Nir, inilah masa Ku Nir nak kenal Balqis, jangan lepaskan peluang"Hazwan ketawa,di ikuti oleh Ku Nir."Thanks Hazwan, saya hargai.Saya tak akan lepaskan peluang.Terima kasih juga kerana mempercayai saya"Selepas perbualan tamat, handphone di serahkan kepada Balqis semula.


"Terima kasih Balqis kerana sudi menerima pelawaan my mom""Ini sebahagian dari kerja saya Ku Nir, tak perlu ucapkan terima kasih""Baiklah....Balqis, apa yang saya beritahu dahulu, saya maksudkannya.Saya serius ingin berkawan dengan awak,"Balqis terkejut apabila Ku Nir mula bercerita perihal hati dan perasaan,terasa kejanggalan baginya.


"Balqis...""Ermmm...maafkan saya,saya rasa biarlah kita berkawan seperti sekarang" "Kenapa awak tak nak bagi saya kenal diri awak?Saya ikhlas ingin berkawan dengan awak, ingin lebih mengenali awak,bukan secara luaran sahaja, tetapi secara keseluruhannya," "Saya tidak boleh Ku Nir, saya insan biasa, tidak sesuai dengan Ku Nir""Kenapa Puteri Nur Balqis Qaisara Tengku Megat Radhwan kata begitu?Darah kita tak sama ker?Saya darah hitam ker?"Balqis terkejut bila nama penuhnya di sebut oleh Ku Nir,setahunya dia tidak pernah menggunakan nama gelaran 'Tengku' bagi nama bapanya,kerana dia merasakan sungguh sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku sebelum ini.


"Mana Ku Nir tahu nama penuh saya?"Wajah tenang lelaki tersebut di tenung oleh Balqis."Semua berkenaan awak saya tahu Balqis, itu sebab saya ikhlas ingin berkawan dengan awak, saya tak kisah segala kisah lampau awak, saya ingin kenal orang yang tabah, yang berjaya mencuri hati saya.Walaupun kita baru kenal, tetapi saya ikhlas terhadap awak"Kata-kata yang di luahkan oleh Ku Nir membuatkan Balqis bertambah terkejut.


"Abang Iwan beritahu Ku Nir semuanya ker?""Jangan salahkan dia Balqis, saya yang ingin mengetahui pasal awak, apa yang saya katakan, itulah saya tunaikan,cuma terpulang pada awak untuk menilainya, saya ikhlas""Baiklah,saya rasa lebih baik kita berkawan dahulu Ku Nir, mungkin secara fizikal Ku Nir dapat tahu mengenai saya dari abang, tetapi saya perlukan masa untuk semua ni,ia terlalu drastik bagi saya"Ku Nir menganggukkan kepalanya,"Ambillah seberapa lama Balqis mahu untuk mengenali saya, tapi janganlah terlalu lama sangat,kesian saya nanti,"Balqis tersenyum.


"Untuk pengetahuan Balqis, saya sudah lama tahu cerita Balqis, cuma secara detail baru saya berpeluang apabila saya dapat berbual dengan abang sepupu Balqis""Mesti perkara yang tidak baik Ku Nir dengarkan pasal saya""Balqis, kita tak minta di lahirkan seperti tu, mungkin ada hikmah semua ini berlaku.Balqis kena tahu, kita manusia di uji dengan pelbagai ujian di atas muka bumiNya, kita kena pandai dan tahu mengatasinya.Saya percaya satu hari nanti Balqis akan dapat kebahagiaan yang Balqis cari, kita sama-sama doakan ya,"Balqis menganggukkan kepalanya tanda mengiakan apa yang di perkatakan oleh lelaki di sebelahnya.

Rabu, 5 Mac 2014

Puteri Nur Balqis Qaisara

Credit For Me : Bab 9
Teks By : Lyly Affazreen Abdul Latiff


"Boleh saya tahu nama penuh Balqis?"Balqis terkejut dengan pertanyaan Tan Sri Engku Yahaya."Kenapa pa?""Tak ada apa-apa Ku Nir, cuma muka Balqis macam mirip dengan Tok Engku,itu yang papa tanya,tak ada apa-apa""Ohhhh...."Ku Nir memandang  gadis di depannya,gadis yang berjaya mencuri hatinya.


"Puteri Nur Balqis Qaisara,Tan Sri""Cantik nama kamu, ibu ayah masih ada?"Persoalan kedua Tan Sri makin berat untuk Balqis jawab,dia berada dalam keadaan serba salah."Ibu saya dah meninggal beberapa tahun lepas,"Riak muka Balqis sayu bila mengingati arwah ibunya."Maafkan saya,"Balqis tersenyum dan menganggukkan mukanya.


Bunyi deringan handphone Tan Sri mengganggu perbualan mereka,salam di berikan."Yes honey, kenapa call ni?rindu ya?"Ku Nir terkejut, mesti mom nya yang call, kemesraan mom dan papanya memang tidak dapat di nafikan."Mesti mom saya yang call, sorrylah Balqis, mom dengan papa saya ni memang loving couple..""Ohhh yea ker, alhamdulillah.Moga perhubungan ni berterusan ke jannah"Ku Nir tersenyum.

"Yes honey, I dekat luar dengan Ku Nir,Balqis""Balqis?""Balqis yang reka baju-baju untuk majlis kita nanti""Wahhhh..rekaan dia very nice, please inform the ladies to design honey punya baju boleh darling?""Boleh sangat-sangat,nanti I minta dia ke rumah kita untuk ambik ukuran honey,""Thanks darling,".

Selepas perbualan dengan isteri kesayangannya tamat, Tan Sri segera mendapatkan Balqis dan anaknya."Balqis, malam ni awak free tak?"Ku Nir terkejut dengan pertanyaan papanya,"Jangan salah faham Balqis, hensem boy...bukan papa nak ajak Balqis keluar, cuma papa nak ajak Balqis ke rumah.Your mom nak Balqis rekakan baju khas untuknya bagi majlis kita,your mom berkenan dengan design Balqis""Ohhh,Ku Nir ingatkan apanya tadi, papa ni,buat Ku Nir terkejut jer""So Balqis, awak free?""Insya Allah, saya rasa saya tak ke mana-mana malam ni,""Good, nanti selepas kerja saya minta Ku Nir ambil awak dekat sini""Tak mengapa Tan Sri, saya boleh pergi sendiri""Tak apa Balqis,saya minta awak datang, so saya tak nak susahkan awak mencari rumah saya.Biar my hero ambil awak nanti,ok"Balqis tersenyum dan menganggukan kepalanya.

Selepas mesyuarat tamat pada tengahari tersebut, Balqis kembali sibuk dengan rekaan yang perlu di siapkan.Ketelitian amat di titik beratkan oleh Balqis di dalam menghasilkan rekaannya.Ketukan di pintu mengganggu tumpuan Balqis."Balqis""Bos""I nak tahu, you dengan Tan Sri dan anaknya memang rapat ker?""Tak lah bos, saya kenal anaknya melalui abang saya, mereka kawan dahulu.Tan Sri saya baru kenal tadi, kenapa bos?""Tak ada apa, cuma Tan Sri ada ask me question about you, macam berkenan dengan you,"Mr Albert Yong tersenyum.

"Bos bagi tahu apa-apa pasal saya ke?""I cakap you pekerja yang amat I sayang tahu, you berkebolehan tinggi dalam designer ni, why ada apa-apa yang I perlu beritahu mereka ker?""Nothing, saya biasa saja, bos yang suka lebih-lebihkan saya""You pekerja terbaik Balqis, I suka you berada di dalam akademi ni, walaupun you baru lagi di sini, you adalah the best designer bagi I""Thank you bos,saya amat hargainya""You berbaiklah dengan Tan Sri, dia seorang yang baik, I suka bekerjasama dengan dia.Mana tahu you jadi menantu dia ker, anak dia bujang lagi tau""Bos!!!!"Mr Albert Yong ketawa sebelum keluar dari bilik Balqis.Balqis hanya memandang geram dengan bosnya.

Salam Buat Semua

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk bernafas lagi.Bulan 3 bagi tahun 2014, sekejap sahaja masa berlalu.Bulan ini, bulan yang di tunggu oleh saya.Penghujung bulan nanti genaplah usia perkahwinan saya dan suami 6 tahun.

Sekejap sahaja masa berlalu, tahun hadapan abanglong dah darjah 1.Dulu saya ingat lagi, doktor dekat sebuah klinik swasta di Bangi kata saya mengandung luar rahim, tapi hati saya kuat katakan TIDAK!Akhirnya abanglong lahir, cuma terlebih awal sedikit dari tarikh ditetapkan, tapi kerana berat abanglong ok, abanglong tak perlu masuk wad.Syukur alahamdulillah.

Tahun ni abanglong sekolah dekat Nuri Education, seronok sangat dia.Boleh di katakan setiap hari dia nak pergi sekolah, anak oh anak.Insya Allah tahun hadapan adik pula akan menyusul bersekolah di sana.Di harap adik juga seperti abanglong, suka ke sekolah.

Alhamdulillah juga kerana tahap kesihatan adik juga semakin baik, cuma muka adik sedikit cengkung, kesan ubat agaknya.Sekarang makin aktif, asyik bercakap sahaja.Semua orang dia nak sayang, dia nak comel-comelkan...keletah dia kadang-kadang buat saya dan suami geli hati.Makin nakal...
Cuaca sekarang juga sukar di jangka, panas sahaja.Dah lama tak hujan.Kalau basuh baju memang cepat jer kering, suka saya.Tapi panas sangat pun tak juga boleh, moga cuaca di luar sana kembali seperti biasa,Insya Allah.Mari kita sama-sama doakan yea.

Saya sudah mula sibuk asyik berkampung di UTM sahaja untuk menyiapkan segala tugasan.Subject yang saya ambil juga tinggal tak banyak, tak sabar nak habis cepat.Insya Allah tak lama lagi saya akan sibuk buat Projek Sarjana Muda, moga saya dapat laksanakan tugasan ni dengan sebaik-baiknya.Amin.

Pendaftaran untuk kelas belajar blog masih dan sentiasa di buka.Jika ada kawan-kawan yang ingin join saya untuk belajar membuat blog, amat-amat saya alukan.Pendaftaran boleh di buat melalui saya terus.Tenaga pengajar yang berkemahiran dan berkaliber sentiasa boleh membantu anda semua.Jangan ketinggalan dan lepaskan peluang keemasan ini.

0197676461
Wassalam.

Isnin, 3 Mac 2014

Puteri Nur Balqis Qaisara

Credit For Me : Bab 8
Teks By : Lyly Affazreen Abdul Latiff



"Balqis..."Balqis segera menoleh apabila namanya di panggil.Geram juga hatinya,sudahlah dia terlewat bangun pagi ni, dengan keadaan jalan jem membuatkan dia sampai ke pejabat lewat."Ku Nir,saya ingatkan siapa tadi"Balqis menundukkan sedikit kepalanya sambil memberikan senyuman kepada lelaki di sebelah Ku Nir."Balqis kenalkan ini papa saya,pa...inilah fashion designer kita untuk projek tu nanti""Ohhhh ini orangnya, cantik. Hari tu saya tak dapat jumpa orangnya.Muda-muda lagi dah jadi terkenal,cantik rekaan kamu,saya suka""Terima kasih Tan Sri, terlalu besar pujian tu,saya baru saja menapak dalam dunia ni"Tan Sri Engku Yahaya tersenyum mendengar jawapan Balqis,pandangan peribadinya Balqis seorang yang sopan santun,suka dia melihat perwatakan gadis di depannya.


"Tan Sri Ku Yahaya..Engku Nirwan, how are you?"Sapaan dari belakang membuatkan mereka bertiga menoleh serentak."Mr Albert,so long I tak jumpa you, I ok saja, macam biasa"Balqis berubah wajah, 'Alamak, bos aku ni, time-time macam ni pulak dia muncul, dah ler aku tak masuk office lagi'gumam Balqis."Balqis?""Yes bos, sorry""For what?"Mr Albert Yong pelik tiba-tiba Balqis meminta maaf,"Saya terlewat""Ohhh its ok Qis, you mesti penat buat design untuk majlis tu, I tak kisah janji Tan Sri suka your design"Balqis tersenyum, di dalam hatinya dia bersyukur Mr Albert Yong tidak bising dia terlewat.


Malam tadi dia tidur lambat di sebabkan memikirkan apa yang di beritahu oleh abang sepupunya."Balqis, come here..why you berdiri dekat luar lagi,tak nak naik office ker?" Balqis terkejut di sapa oleh Mr Albert Yong,"Sorry bos""Haiyaaaa you berangan ya...ini mesti ingat boyfriend"  "No lah bos,tak ada siapa nak saya ni""Kalau tak ada siapa Balqis, saya boleh pinangkan awak, saya ni ada 2 anak bujang"Tan Sri Engku Yahaya ketawa,di ikuti oleh Mr Albert Yong,Ku Nir tersenyum lebar.Merah padam muka Balqis.


Ketika Balqis meminta diri untuk ke biliknya,Mr Albert Yong mengingatkan tentang meeting yang akan dia hadiri sebentar lagi.Segala fail yang di perlukan untuk meeting pagi ini di letakkan di satu sudut.Meeting akan berlangsung pada pukul 9,Balqis memeriksa drawing untuk final checking.


Tiba-tiba handphone Balqis berbunyi,salam di beri selepas Balqis mengetahui siapa yang menelefonnya."Qis, hujung minggu ni ikut abang ya""Ke mana bang?""Adalah, kita celebrite birthday Qis sekali ye,abang ambil Qis nanti""Tapi....""Dah jangan byk tapi-tapi lagi...tak kesian abanglah ni, na mengelak jer,dah lah beberapa tahun Balqis kat luar negara abang tak dapat sambut birthday Qis""Yea lah abang sayang,Qis ikut.Kalau merajuk kalah Qis abang ni"Iwan ketawa mendengar usikan adik sepupu kesayangannya.

Sabtu, 1 Mac 2014

Adik sakit balik...:-(


Assalamualaikum wbt,

Untuk tempoh beberapa hari ni, saya teramat sibuk.Bukan setakat saya sibuk dengan kerja, bukan juga sibuk sebagai student, tapi sibuk sebagai seorang ibu kerana anak kembali tidak sihat.


Anak bongsu saya, yang saya panggil nain atau adik, kembali tidak sihat semula.Nifrotik Syndrome kembali menyerang adik.Pilu hati saya kerana adik terpaksa makan ubat dan mendapatkan rawatan semula.Bayangkan hati seorang ibu, menyuapkan makan tengahari kepada anaknya,hanya boleh makan sup telur,yang langsung tiada perisa,tawar...tiada langsung rasa garam atau rasa yang lain.


Hampir menitik air mata saya pada hari pertama saya suapkan nasi dan sup telur tersebut. Rasa tak tergamak saya nak bagi adik makan sup tawar seperti itu,tapi saya terpaksa.Hati saya merintih melihat adik makan,tak sampai 10 suap adik dah kata kenyang.Adik langsung tak lalu makan.Menangis saya ketika itu melihat perubahan drastik adik.


Kenapa saya bercakap begitu,satu sahaja....saya dan suami menjaga segala makan minum adik selepas di sahkan mengidap sakit sedemikian.Kami pantau segala pemakanan dan tahap kebersihan dia.Selepas beberapa bulan sakit dia tidak menyerang, kali ini seluruh badan adik terlalu sembap.a..langsung tidak molek badannya.Badan adik naik mendadak.Kanak-kanak pada usia 4 tahun dengan berat 19.2 kg, banyangkan kawan-kawan....


Oleh sebab adik makin teruk,perubahan badan dan urine test yang saya dan suami buat di rumah, kami sepakat membawa adik ke hospital.Adik di rujuk terlebih dahulu ke klinik panel yang biasa kami bawa dia.Selepas segala pemeriksaan di buat oleh Dr.Tan dari The People Dispensary,Johor Bahru, adik di rujuk ke KPJ Abdul Samad,Johor Bahru semula.


Kami bawa adik berjumpa dengan Dr.Woon kembali.Dia juga sedikit terkejut kerana adik sudah lama tidak mendapatkan rawatan dengannya, ini kerana kes adik telah di rujuk di HSI,Johor Bahru under Dr.Susan Pakar Buah Pinggang.

Bukan kami tidak mahu ke HSI kembali, tapi faktor kelewatan dan kena ada temujanji sebelum pertemuan, saya dan suami pakat rujuk adik di KPJ sahaja.Dr.Woon memang sudah tahu kes adik.Pelbagai penerangan di berikan dan dia juga minta saya banyak berdoa agar adik sembuh dan sakit ini tidak menyerang kembali.Ini kerana adik seorang anak yang aktif, dialah selalu memeriahkan suasana kami sekeluarga.


Urine test di buat dan Dr.Woon berjanji akan menghubungi kami apabila result keluar.Ketika suami saya ingin menghantar saya ke pejabat pada petang tersebut,(adik di jaga oleh suami, kerana dia tidak bekerja),kami mendapat panggilan dari Klinik Pakar Dr.Woon.Saya langsung tiada kekuatan untuk menjawab panggilan tersebut, saya serahkan handphone kepada suami untuk mengetahui result urine test adik.Saya takut jika resultnya terlalu tinggi.


Kawan-kawan bayangkan, pagi sebelum ke klinik saya sudah buat urine test adik,result 3-4+.Di Klinik panel result urine test adik 2+,tetapi bila di KPJ, Klinik Dr.Woon result urine test adik naik 4+.Aduhai.......luluh hati saya.


Sekarang saya dan suami kena pantau kesihatan adik, pemakanan adik,ubatan adik..ini kerana selepas seminggu adik akan berjumpa dengan Dr.Woon kembali.Jika result urine adik still meningkat dan tak stabil, adik kena warded.Saya tak nak adik kena injection lagi.Kesian adik...


Cuma selepas 3 hati adik makan ubat, saya dan suami pelik kerana result urine test yang kami buat di rumah turun 1+,tetapi muka adik bertambah-tambah bengkak.Apakah petandanya ini Ya Allah, saya terlalu risau.Kami suami isteri takut bila adik bangun pagi, muka adik bengkak.Amat ketara sangat...


Saya dan suami akan lakukan yang terbaik untuk adik.Doakan kesihatan adik yea.Saya berharap sangat adik sihat, kerana adiklah anak yang aktif,dialah anak yang suka riuhkan suasana rumah dengan keletah dia, walaupun kadangkala dia suka buat abang dan ibu ayahnya marah.Lasak adik untuk membesar.


Saya tidak dapat mencoret lagi, kerana hati saya sedih,saya menangis semasa menaip kisah adik.Berikanlah saya kekuatan untuk menghadapi semua ini,InsyaAllah.


Wassalam.