Rabu, 5 Februari 2014

SELAMATKAN PERJALANAN SUAMIKU

Assalamualaikum wbt,
 
Syukur Atas NikmatMu Ya Allah kerana di beri kesihatan yang baik sehingga hari ini, biarlah ia berlarutan sampai bila-bila.
 
Alhamdulillah hari ini saya mendapat berita gembira, En Somi yang saya sayang dan cinta ketat-ketat mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang Pembangunan Aset.Sekarang En Somi on the way ke TNB Jalan Timur, Petaling Jaya untuk penganugerahan esok pagi.Jika saya berkesempatan, saya ingin sekali mengikutinya, tetapi esok saya terpaksa bekerja dan abanglong juga sekolah.Tak apalah,kami anak beranak doakan En Somi selamat sampai,dapat menghadiri majlis penganugerahan tersebut dan balik ke Johor Bahru dengan selamat,Insya Alllah.
 
En Somi ni sifat dia satu sahaja kalau bekerja memang ikut law, no kona-kona...Saya kadang-kadang siap nasihatkan En Somi supaya jangan sangat bertegas dalam kerja, tetapi dia tetap ikut law, dia susah untuk main-main dalam kerja.Kerana sikap dia juga, saya tanamkan dekat diri supaya saya juga bekerja dengan sebaik-baiknya.
 
Alhamdulillah, mungkin rezeki suami di awal tahun baru, kami semua gembira kerana berkat kerja dengan ikhlas dan dedikasi dia di anugerahkan dengan penghargaan tersebut.Moga dengan anugerah ini nanti dia makin bersemangat dan terus berusaha untuk berjaya,bukan untuk kami tapi untuk dirinya.Kami akan sokong dari belakang kerana ia tulang belakang saya di dalam keperitan, kesusahan dan kesenangan di dalam menyambung pengajian saya.Dialah sumber inspirasi saya dan anak-anak.
 
Oklah saya nak tidur dahulu, esok nak hantar adik di Festive Child Care Taman Rinting dan abanglong di Nuri Education Taman Bukit Rinting.Mesti kelam kabut ibu esok pagi, maklumlah selalu En Somi hantar abanglong, saya hantar adik.Jika lambat keluar takut jem dekat EDL,Jambatan Permas Jaya dan CIQ Singapore.
 
Selamatkan perjalanan suamiku Ya Allah,Amin.
 
Wassalam.

Tiada ulasan: