Jumaat, 21 Februari 2014

Salam untuk semua

Assalamualaikum wbt...


Syukur Ke AtasNya kerana di beri kesempatan bernafas sehingga ke hari ini.Alhamdulillah.


Sejak minggu lepas saya sudah sibuk dengan kuliah semula kerana semester baru sudah bermula.Makin sibuk saya sebab saya akan melaksanakan persediaan untuk projek akhir untuk semester akan datang, ini kerana saya hanya tinggal beberapa subjek sahaja sebelum menamatkan pengajian nanti.Makin sibuklah saya.


Semester ini saya akan belajar berkenaan Elektrik, IT, Mekanikal dan Kewangan.Penuh jadual saya setiap minggu sebab saya mengambil 4 subjek, Insya Allah saya akan cuba laksanakan dan capai pointer yang di inginkan.


Untuk bulan ini, saya mendapat keputusan temuduga kenaikan pangkat.Sedih + sedikit ralat sebab saya mendapat jawapan DUKACITA, tetapi saya tidak berputus asa dan akan cuba usaha lagi.Saya tetap akan memohon jika jawatan tersebut di buka lagi dan saya akan memperbaiki skill untuk menghadiri dan menjawab semasa temuduga.Bagi saya, saya sudah jangkakan keputusannya, saya redho apa yang telah di tetapkan OlehNya, mungkin ada keputusan  yang lebih menggembirakan untuk saya,siapa tahukan?Macam result last semester,Alhamdulillah.


Oklah,nanti saya sambung bercerita lagi.Banyak untuk saya kongsikan, moga dengan perkongsian saya dapat lebih ilmu kepada kawan-kawan sekalian,Insya Allah.


Wassalam.

Tiada ulasan: