Rabu, 12 Februari 2014

Puteri Nur Balqis Qaisara

Credit For Me : Bab 4
Teks By : Lyly Affazreen Abdul Latiff


4 Tahun berlalu...

 Balqis berjaya mendapat segulung ijazah sekembali dari Perancis.Kerjaya sebagai pereka fesyen bermula apabila dia bekerja di Akademi Fesyen Kebangsaan.Telefon di sisi Balqis berbunyi tatkala dia sibuk menyiapkan rekaan baju untuk pertunjukan bulan depan.

"Abang Iwan!!!!" "Assalamualaikum adik abang"Balqis malu sendiri, "Maaf, Waalaikummussalam""Sakit telinga abang tahu""Sorry abang"Iwan ketawa.

"Dik, jom lunch sama, abang dah dekat dengan office adik ni""Betul?ok,ok...abang sorang saja ker? Ker dengan your fiance?""Mestilah dengan tunang abang, cepat.Lagi 15 minit abang sampai, tunggu dekat bawah""Ok"

Balqis tersenyum, sudah lama dia tidak berjumpa dengan abang sepupunya.Abang Iwan sudah bertunang dengan kak Nadia tahun lepas.Segala berkenaan keluarga mak su abang Iwan kongsikan pada Balqis sekembali dia dari luar negara.Balqis belum bersedia untuk kembali menziarah mak sunya di kampung,takut mak su masih marahkan dia.

"Kak Mas, Balqis keluar lunch dulu yea,kalau ada apa-apa call Qis yea""Baik Cik Balqis""Keluar dengan boyfriend ker Cik Balqis?"Balqis memandang orang yang menegurnya,"Tak lah kak Sal, dengan abang Qis, lama Qis tak jumpa dia""Ohhhhh"Balqis meminta diri, staff bawahannya suka mengusik dirinya sejak dia masuk bekerja awal tahun lepas.Sikap Balqis yang sopan santun, hormat orang tua membuatkan mereka suka kepadanya.

Oleh kerana lift penuh, Balqis terpaksa menunggu lift lagi satu untuk turun.Apabila pintu lift di buka, kelihatan seorang lelaki di dalamnya.Balqis menundukkan kepalanya, tanda hormat.Lelaki di dalam lift tersebut memandang Balqis, satu tarikan untuk terus memandang gadis di depannya,keayuan gadis bersut pejabat membuatkan lelaki tersebut tertarik.

"Ehemm..Assalamualaikum"Lelaki di belakang Balqis memberi salam,"Tak jawab dosa tau""Maaf, Waalaikummussalam,ada apa yea?"Balqis baru perasan hanya mereka berdua sahaja di dalam lift, pasti lelaki tersebut memberi salam padanya.Balqis menoleh ke belakang,"Hai, maaf.Saya Nirwan, awak?"Salam lelaki bernama Nirwan, Balqis sambut dengan menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat,"Maaf"Nirwan baru perasan kesilapannya, mana mungkin gadis bertudung di depannya akan menyambut salamnya, mereka bukan muhrim,Balqis tersenyum.

"Awak kerja sini ke?"Balqis menganggukkan kepalanya."Floor berapa?Tak pernah nampak pun""10" "Awak model ker?"Balqis tersenyum, "Tidak""Friends?"Balqis terkejut dengan kata-kata lelaki yang baru di kenalinya,"Maaf, saya tertarik untuk berkawan dengan awak"Balqis tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

Apabila sampai di ground floor, Balqis terlebih dahulu keluar di ikuti oleh lelaki bernama Nirwan. "Awak nak pergi lunch ker?"Belum sempat Balqis menjawab soalan Nirwan,"Adik!"Balqis menoleh pada suara yang amat di kenalinya,dia tersenyum."Ehhh..Ku Nir?"Iwan terkejut kerana orang yang banyak membantunya  berada di depannya. "Hizwan?""Yea Ku Nir, lama kita tak jumpa"Mereka bersalaman."Nadia?"Nadia tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

"Dik, ini Engku Nirwan Shah, regular customer dekat hotel abang dengan kak Nadia kerja dulu,"Iwan memperkenalkan Ku Nir pada adik sepupunya."Ku Nir, ini adik kesayangan saya.Balqis.Inilah permata saya"Nirwan mnganggukkan kepalanya, 'Balqis, sedap namanya, semanis orangnya'Gumam Nirwan.

"Ku Nir nak ke mana?"Bukan office Ku Nir dekat Damansara ker?Kenapa dekat PJ?""Ingat lagi kamu yea Nadia, saya jumpa kawan tadi""Ohh...kalau macam tue come join me lunch Ku Nir?"Terus Nirman menganggukkan kepalanya, memang dari tadi dia ingin lebih mengenali gadis yang bernama Balqis.

Tiada ulasan: