Rabu, 12 Februari 2014

Puteri Nur Balqis Qaisara

Credit For Me : Bab 3
Teks By : Lyly Affazreen Abdul Latiff
"Qis, Qis tinggal dekat sini beberapa hari ni yea,ini kawan abang, kak Nadia.Apa-apa Qis bagitahu Nadia jer,boleh dik?""Qis takut mak su marah abang""Jangan risau, nanti esok pagi abang tengok keadaan dekat rumah.Qis rehat,nanti dalam pukul 11 pagi abang dating ambik Qis dengan Nadia, kita uruskan semua dokumen perjalanan Qis ke luar Negara ok,jangan takut.Kak Nadia akan jaga Qis" "Yea dik, jangan risau,mari akak tunjukkan bilik"Nadia tahu serba sedikit berkenaan Balqis, Iwan sudah ceritakan padanya.Dia memahami keperitan Balqis kerana dia juga anak yatim piatu.
"Nadia, pukul 11 abang datang, nanti kamu berdua siap-siap yea,jaga adik abang yea"Nadia menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.Iwan meminta diri untuk pulang, dia mahu tahu esok apa reaksi isi rumah bila dapat tahu Balqis sudah tiada.Hanya sekeping surat sahaja di tinggalkan oleh Balqis di dalam biliknya.
Iwan sudah merangka apa yang perlu di lakukannya untuk masa depan adik sepupunya.Janji dengan mak long akan di tunaikan, dia juga sedang berusaha sekarang untuk menempatkan diri di dalam syarikat multinasional yang akan mengubah nasib adik sepupunya.Walaupun hanya memiliki segulung diploma dalam bidang pengurusan perniagaan, dia akan cuba untuk memperoleh jawatan di syarikat tersebut.Matlamatnya hanya satu,nasib adik sepupunya mesti di bela,itu tekadnya.
"Mak!!!!!!""Kau kenapa Imah?menjerit-jerit pagi-pagi buta ni?"Sekeping kertas di hulurkan kepada emaknya."Bertuah punya budak,kau lari dari rumah!""Apa kecoh-kecoh ni mak?""Budak bertuah tu dah lari!"Iwan membuat muka seperti terperanjat, di dalam hati dia ingin ketawa melihat reaksi orang di dalam rumah di atas kehilangan Balqis.
Selepas membaca surat Balqis,"Biarlah dia lari mak,mak kan tak suka dia.Kata dia beban""Kau ni kan Iwan,bukan nak menangkan aku.Habis siapa nak buat kerja rumah kalau dia tak ada?Siapa nak masak?Kebulur korang semua tahu tak!!""Anak bongsu mak ni kan ada,biarlah dia buat""Ehhh tolong sikit yea, Imah mana tahu buat semua ni""Belajar..."
Imah memandang geram reaksi wajah abangnya."Dah lah mak, biarlah dia keluar,aman sikit rumah ni.Kalau tak asyik dia kena marah dengan mak jer,kurang sikit tanggungan makan""Bertuah kau Iwan,kau macam suka dia tak ada""Yea Iwan suka mak, Iwan sedih tengok dia kena marah, buat semua kerja dalam rumah ni"Mak Eton geram dengan reaksi anak keduanya, terlalu membela anak haram tersebut.
"Kita report polis mak?""Ehhh..tak payahlah kecoh-kecoh Imah,nanti satu kampong tahu baru padan muka kita.Nanti dia kata mak dera budak tu pulak, lain cerita nanti"Mak Eton menganggukkan kepalanya, termakan dengan kata-kata Iwan."Tak payah, biarlah dia nak pergi mana, bukan urusan aku.Pening kepala aku fikir masalah dia, dia dah berambus aku senang sikit"Imah mencembik mendengar kata-kata emaknya.
"Oklah mak, Iwan nak tidur kejap,Iwan balik lewat semalam,pukul 5 pagi baru tidur.Nanti pukul 10 ni Iwan nak masuk kerja""Bukan kau kerja petang ker Iwan?Awal kau nak pergi hotel buat apa?""Kawan Iwan dah berhenti mak, Iwan kena cover tempat dia, orang tak cukup""Kalau macam tu,nanti kau bagi mak seratus dua, mak nak beli barang""Ehhh bukan Iwan dah bagi minggu lepas RM300 untuk buat duit dapur ker mak?""Aku nak beli barang, kau bagi ajalah.Banyak cakap pulak" Iwan menganggukkan kepalanya.
"Bang, Imah pun nak sikit, duit gaji Imah tak cukuplah""Kau bukan baru gaji ker semalam Imah?Boros sangat kau ni,pengsan abang cover kau tahu tak""Ala...sikit jer"Iwan membuka dompetnya, nasiblah dia rajin membuat kerja lebih masa, dapatlah dia tampung serba sedikit perbelanjaan keluarganya.Duit yang mak long peruntukkan untuk dia dan Balqis tidak sesekali dia gunakan, dia berazam untuk sambung belajar bila sampai masanya nanti.
Selepas memberi emaknya RM200 dan adiknya RM100,Iwan kembali ke biliknya.Pening memikirkan perangai ahli keluarganya yang tidak mahu berubah.Kalau macam ni perangai mereka, mesti duit simpanannya kering di kikis.

Hari itu segala persiapan Balqis di selesaikan,minggu depan Balqis akan terbang ke Perancis untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang rekaan fesyen, minat dia sejak kecil.Iwan sedaya upaya akan tunaikan impian adik sepupunya itu.

Tiada ulasan: