Rabu, 12 Februari 2014

Puteri Nur Balqis Qaisara

Credit For Me : Bab 2
Teks By : Lyly Affazreen Abdul Latiff
"Kau ingat muka kau cantik sangat?Kau pergi belakang, banyak kerja kau tak siap lagi,asyik nak mengadap kubur mak kau tu,sampai ke malam aku tak makan,cepat!!!"Jerit Mak Eton."Hari-hari aku kena bebelkan kau,tak reti bahasa langsung.Penat aku dengan budak ni"Oleh kerana semalam Balqis tidur lewat,dia bangun agak lewat hari ni.Semua kerana Daud dan Mak Eton banyak sangat kerenahnya, nak makan tengah malam.Di suruh dirinya untuk memasak.Akibatnya, lebih kurang pukul 3 pagi baru Balqis tidur.Pagi ni, bila dia minta izin ke kubur arwah ibunya, Mak Eton melenting.

"Sayang, sayang kena tahan dengan perangai mak su, jangan lawan cakap dia,ibu tahu sayang anak yang baik"Balqis menahan air matanya dari mengalir,dia tidak mahu ibunya melihat air matanya, cukuplah penderitaan ibunya menanggung kanser sejak beberapa tahun dahulu."Iwan, jagakan Balqis untuk mak long.Mak Long tahu Iwan boleh pikul amanah ni.Bila Qis dah dapat keputusan SPM,Iwan mohonkan dia belajar yea,Iwan ingat nasihat mak long yea"Tersekat-sekat ibu Balqis menyampaikan pesan kepada salah seorang anak adik kembarnya, orang yang paling di percayainya.

Iwan tahu segala kisah mak longnya,mak longnya juga sudah bercerita siapa Balqis, cuma mak longnya minta bila sudah sampai masa baru di ceritakan hal sebenar.Amanah mak long Iwan pikul, Iwan terlalu menyayangi Balqis, Balqis adiknya dunia akhirat.Kerana kepercayaan juga, Iwan di amanahkan untuk menjaga segala kewangan Balqis nanti sehingga dia tamat belajar,Balqis tidak tahu, dia mewarisi hampir setengah juta kekayaan milik keluarga sebenarnya.

"Iwan,mak long amanahkan semua ini untuk Iwan jaga.Mak long percaya Iwan boleh.Iwan janji dengan mak long yea,jagakan Balqis seperti adik Iwan sendiri""Mak long, kenapa tidak di beritahu perkara sebenar kepada Balqis?""Iwan, mak long terlalu sayang Balqis, pertama kali mak long menyambut kelahirannya, mak long tahu dia anak yang baik.Cuma mungkin nasib bukan menyebelahi dia,takdir dia telah di tetapkan begini.Insya Allah satu hari nanti mereka akan tahu kewujudan Balqis dan mereka akan menyayangi dia seperti mak long menyayangi dia"Iwan menganggukkan kepalanya.

'Ibu, kenapa begini sekali penderitaan Qis?Qis tak minta lebih, cuma Qis hanya minta sedikit simpati sahaja'Ungkap Balqis di saat dia selesai solat maghrib.Nanti dalam pukul 1 pagi, selepas isi rumah tidur, dia akan keluar dari rumah ini mengikut abang Iwan, dia ingin mulakan hidup baru.Walaupun dia gusar,tetapi dia pasrah.Dia tidak sanggup hadapi ini semua.

Balqis ingat lagi, ibunya di caci oleh orang kampong,walaupun dia kecil pada masa di bawa balik ke kampong, dia tahu semua orang membenci ibunya,dia di herdik, di marah, di pulau.Di sekolah semua orang benci padanya, tetapi kerana kebijaksanaan dia, dia di pandang sedikit oleh guru-gurunya yang pada mulanya jijik kepadanya.Kerana dia juga, dia dapat harumkan nama sekolah dengan keputusan yang cemerlang, straight A dalam 12 mata pelajaran semasa SPM.

Tetapi itu tidak berjaya menutup mulut orang sekeliling, kerana status dia masih kekal di hina.Arwah datuk dan neneknya membenci padanya, mereka meninggal semasa kemalangan 5 tahun lepas, mak su tidak habis menyalahkannya.Dia pasrah bila ibunya pula pergi kerana kesakitan yang di hadapi, kerana jijik dengan ibunya, tidak ramai yang hadir menziarahi jenazah ibunya.Balqis pasrah,dia tahu ibunya tidak salah kerana melahirkan dia, dia tahu ibunya kuat.Dia tahu, ibunya tidak minta semua ini terjadi,kerana itu Balqis tidak pernah mempersoalkan semuanya.

Rupa paras Balqis yang tinggi,putih ala model membuatkan ramai perempuan tidak menyukainya, semua menganggap Balqis ingin merampas kekasih mereka, termasuklah Imah sepupunya.Wajah ibunya yang berkulit hitam manis membuatkan ramai lagi yang mengata dia anak haram, anak luar nikah, anak tidak sah taraf dan bermacam-macam lagi panggilan hina di berikan kepadanya.Balqis pasrah.

Cuma sehingga sekarang Balqis masih menjadi tanda tanya bila  dia melihat sijil kelahirannya, namanya bukan Nur Balqis Qaisara tetapi di awalnya tertera Puteri dan di bintikan dengan Tengku Megat Radhwan,nama ibunya sahaja Puteri Nur Amirah Syed Mokhlas, tetapi nama arwah ibunya hanya Noramirah.Pernah dia suarakan pada arwah ibunya, tetapi ibunya hanya tersenyum dan memberitahu suatu hari nanti dia akan tahu kebenaran semuanya.Kerana ingin menjaga hati ibunya, sejak itu dia langsung tidak bertanya lagi.

Tiada ulasan: