Rabu, 12 Februari 2014

Puteri Nur Balqis Qaisara

Credit For Me : Bab 1
Teks By : Lyly Affazreen Abdul Latiff

"Balqis!!!Balqis!!! Kau kat mana haaa?Geram betul aku dengan budak ni,aku suruh basuh baju, pinggan mangkuk bersepah belum di basuh,merayap jer kerjanya budak ni."Bebel Mak Eton,mak su Balqis merangkap adik kembar arwah ibunya."

Kenapa bising-bising ni mak?Pagi-pagi dah jerit satu rumah, orang nak tidur pun tak boleh"Mak Eton memandang orang yang bercakap dengannya."Kau Nampak budak bertuah tu Daud?Dari tadi mak cari dia tak jumpa-jumpa""Pergi kuburlah agaknya mak,tak kan mak tak tahu lagi runtin harian dia setiap hari lepas mak kesayangan dia mati"Anak Mak Eton yang bongsu bersuara,Imah.
"Menyusahkan aku betullah.Ha..ni kau tak kerja ker Daud?Imah?""Imah kerja malamlah mak, mak ni lupa ker?""Lupa pula aku,kau Daud?""Malaslah nak kerja mak,penat bos Daud asyik bebel dekat Daud jer,"Mak Eton mengelengkan kepalanya,perangai anak sulung dia memang begitu,pemalas."Ni Iwan mana?senyap jer rumah""Entah"Jawab kedua-dua anak Mak Eton.

Anak kedua Mak Eton,Iwan memang jarang berada di rumah,oleh kerana dia bekerja di hotel berdekatan,dia banyak habiskan masa dengan membuat kerja lebih masa.Hendak harapkan abang sulungnya, memang tak berasap dapur,adik bongsunya si Imah lagi tidak boleh di harap,asyik minta duit kerjanya walaupun dia bekerja di kilang dekat pekan.Segala tanggungjawab di galas oleh Iwan.
Suara orang memberi salam kedengaran."Haaa mana kau pergi?Pagi-pagi dah merayap,aku lapar kau tak masak sarapan lagi""Maaf mak su, Balqis ke kubur arwah ibu tadi""Kau ni kenapa?Mak kau dah mati, yang kau asyik ke kubur dia buat apa?Bukan dia boleh hidup balik kalau kau asyik pergi sana.Kerja rumah tak siap,kau nak culas buat kerja rumah ker?""Maaf mak su, Balqis tak sempat nak kemas rumah,buat sarapan tadi.Balqis terlewat bangun.Kejap, Balqis siapkan semuanya""Pemalas betul kau ni,merayap pagi-pagi.Kebulur aku anak beranak.Dasar anak haram betul kau ni"

Air mata Balqis mengalir laju bila ungkapan 'anak haram' di ungkapkan oleh mak sunya."Mak!Kenapa cakap macam tu?Kesian Balqis""Haaa..ada kau Iwan,yang kau nak bela sangat anak haram ni kenapa?Hidup menyusahkan aku, tak pernah menyenangkan aku.Mak dia dah lah conteng arang dekat keluarga aku,sampai mati atuk dengan nenek kau di cemuh orang kampong,sekarang bila mak dia mati,aku pulak kena tanggung biawak hidup ni"Tangan Mak Eton menunjal-nunjal kepala Balqis, bertambah lebat air mata Balqis.
"Tak baik mak cakap macam tu,Balqis ni kan anak buah mak juga,sepupu Iwan""Ehhh abang Iwan, Imah tak anggap dia sepupu Imah pun,anak yang tak sah taraf ni nak jadi sepupu Imah,sorrylah"Iwan mengelengkan kepalanya mendengar kata-kata adiknya.

"Sudah!aku penat dengar semua ni.Kau kemas semua,aku nak keluar.Aku tahu, bila aku balik nanti makan tengahari dah siap.Kalau tak aku tahu apa aku nak buat"Marah Mak Eton kepada Balqis."Mak nak ke mana?""Aku nak makan dekat luar, tunggu budak ni masak kebulur aku""Imah ikut mak""Daud pun""Kau Iwan?""Tak mak, Iwan dah makan dekat hotel sebelum balik tadi"Mak Eton,Daud dan Imah berlalu meninggalkan Balqis yang masih menangis tersedu-sedu.
"Qis, sudahlah.Qis tahukan perangai mak abang macam mana""Qis salah bang,Qis bangun lambat, tak sempat siapkan semuanya, terus pergi kubur ibu"Iwan tahu, Balqis akan ke kubur ibunya sejak ibunya meninggal akibat kanser rahim 2 tahun lepas.

"Qis,Qis dah fikir apa yang abang cakapkan hari tu?"Balqis memandang abang sepupunya yang sangat di sayangi,"Perkara apa bang?""Qis keluarlah dari rumah ni,Qis cari kerja dekat luar.Kalau tak nak kerja,Qis sambung belajar.Keputusan SPM Qis cemerlang,surat tawaran belajar yang abang bagi semalam Qis dah tengokkan?Qis pergilah,abang dah tolong applykan untuk Qis"Balqis terkejut mendengar kata-kata abang sepupunya.

"Tapi bang...Qis tak ada duit,Qis takut mak su marah nanti""Macam ni..."Iwan memberitahu rancangannya."Setuju?"Iwan dapat lihat muka Balqis takut-takut mendengar cadangannya."Qis jangan takut,esok malam abang ambil Qis, nanti abang hantar Qis dekat rumah kawan abang dekat pekan,nanti abang ajak kawan abang teman Qis siapkan semua dokumen perjalanan Qis ke Perancis. Abang tak sanggup tengok Qis kena seksa dengan keluarga abang.Pasal belanja Qis jangan risau,simpanan arwah ibu Qis cukup tampung Qis untuk mula hidup di sana"Iwan memujuk adik sepupunya,orang yang di sayanginya seperti adik sendiri.

"Qis kemas segala barang,letak satu tempat.Nanti esok malam abang sampai,abang call Qis yea..dah pergi buat kerja,nanti mak abang balik,bising pulak dia.Balqis menganggukkan kepalanya, walaupun dia ragu-ragu dengan cadangan Iwan, tapi ada baiknya dia keluar dari rumah neraka ini,teramat seksa khidupannya.Hanya abang Iwan sahaja yang memahami dan selalu membelanya.Tetapi kesibukan abang Iwan membuatkan Balqis kerap di buli oleh mak su dan anak-anaknya yang lain.

Kenangan di saat arwah ibunya menghembuskan nafas terbayang di matanya.

Tiada ulasan: