Khamis, 6 Februari 2014

KAU YANG TERAKHIR

Credit For Me : Bab 29

"Kita singgah klinik yea sayang?""Haaaa...nantilah awak, saya rasa saya tak mengandung" "Tak apalah, sayang pun dah lama tak datang uzurkan?Kita pergi yea.Jika tak ada pun tak apa, kita check up jer"Dalam kepayahan akhirnya Suhaida menganggukkan kepalanya. Ilham tersenyum, dia tahu apa yang isterinya fikirkan.Bagi Ilham nalurinya kuat mengatakan isterinya mengandung,cuma dia tidak mahu mengharap sangat.

Nama Suhaida di panggil untuk berjumpa doktor yang biasa Ilham lawati."Puan Suhaida Zaharah?ehhh...Ilham??"Ilham tersenyum, Doktor Kamarul Bahari, rakan lama seuniversitinya di salam."Apa khabar bro?Lama tak jumpa kau""Kau yang menghilang.Ehh sorry tak dapat datang kau punya weeding,aku ada convensiton dekat LA masa tu""Its ok bro, aku faham kawan aku sibuk""Ni....""Inilah wife aku, sayang ini kawan satu universiti abang,Kamarul Bahari.Bro, ni wife kesayangan aku Suhaida Zaharah"Suhaida menundukkan sedikit kepalanya tanda salam pengenalan kepada rakan suaminya.

"Cantik isteri kau, padanlah tak sabar nak kahwin""Ada-ada jer kau ni"Suhaida tersenyum malu."Ehhh duduk,duduk...berdiri pula""Thanks""Ni mesti ada sesuatu sebab kau berdua datang sini, kalau tak bukan main susah aku nak jumpa kau"Ilham tersenyum,"Bro, tolong check wife aku, dah lama tak period.Aku rasa dia pregnant, tapi nak confirmationlah""Ehhh doktor sakit puan tak boleh periksa wife sendiri?""Memang boleh, tapi aku nak wife aku sendiri dengar dari doktor lain, aku pun dup dap dup dap jugak ni""Kau ni bro, dari dulu tak ubah-ubah.Puan, sorrylah yea kami memang begini,teringat dulu kau pernah cakap nak anak awal kalau dah kahwin, tak de hal, aku boleh tolong.Kejap yea"Dr. Kamarul Bahari memanggil jururawatnya dan meminta membawa isteri sahabat baiknya untuk membuat urine test, proses biasa untuk memeriksa mereka yang mengandung.

Selang 15 minit, "Bro....tahniah, your wife confirm pregnant"Suhaida terkejut, Ilham terlebih dahulu memeluk isterinya, di cium dahi Suhaida tanda kegembiraan.Reaksi tiba-tiba Ilham membuatkan Suhaida malu kerana sahabat suaminya memandang sambil tersenyum lebar."Thanks bro,thanks""Tahniah, tapi kita check dah berapa bulan"Ilham menganggukkan kepalanya.Selepas pemeriksaan di buat, keputusan di buat,Suhaida mengandung sudah 2 bulan 3 minggu.Kegembiraan terpacar di wajah Ilham kerana dia bakal bergelar seorang bapa.Selepas berjumpa dengan doktor, Ilham dan Suhaida meminta diri untuk pulang.Segala nasihat di berikan oleh sahabat baiknya untuk menjaga kandungan isteri kesayangannya.

"Za, abang tengok Za senyap jer, Za tak suka ker mengandungkan anak abang?"Suhaida memandang suaminya, reaksi terkejut mendengar kata suaminya."Saya bukan tak suka, tapi...""Za tak bersedia untuk mengandung ker?terlalu awal mengandung ker?" "Bukan" Sahut Suhaida lemah."Kenapa sayang?sayang tak suka yea, abang tahu sayang belum bersedia untuk menerima abang seadanya, tapi kita tak boleh tolak takdir jika itu dah di tetapkan OlehNya,tak kan kita nak gugurkan, dia tak berdosa sayang.Abang pernah bagitahu, abang akan bertanggungjawab, sebab abang sudah belajar menerima diri sayang seadanya.Abang sayangkan isteri abang, abang cintakan isteri abang sejak hari pertama kita di ijabkabulkan sebagai suami isteri"Suhaida menangis mendengar kata-kata suaminya."Sayang, janganlah menangis.Abang minta maaf kalau kata-kata abang menyinggung perasaan sayang, maaf sayang"Bahu isterinya di peluk."Za minta maaf, Za tahu Za belum boleh terima awak sepenuh hati, tapi Za tak kan sesekali gugurkan kandungan ni, ini penyambung generasi kita.Insya Allah satu hari nanti pasti Dia akan bukakan pintu hati Za seluas-luasnya, hanya untuk awak"Ilham tersenyum dan menganggukkan kepalanya."Kita balik rumah ibu nak?""Boleh, tak sabar abang nak bagitahu semua isteri abang dah mengandung.Tak kisahlah abang mabuk ker,abang alahan ker, yang penting isteri dan anak abang sihat walaufiat"Suhaida tersenyum mendengar pengakuan suaminya.

Tiada ulasan: