Rabu, 5 Februari 2014

KAU YANG TERAKHIR

Credit For Me : Bab 28


'En. Ilham, Puan minta fail tender untuk projek di Shah Alam"Setiausaha kepada Ilham dan Suhaida memberitahunya selepas Suhaida meminta daripadanya,kebetulan tadi Ilham masuk lambat kerana ada mesyuarat di Putrajaya."Oh yea ker,tak apa,nanti saya sendiri bawa fail tu ke biliknya,kak Mar dah makan ker?Kalau belum pergilah,saya boleh uruskan hal ni semua,dah tengahari ni""Belum En,akak tunggu encik masuk sebab nak fail tu""La...maaf kak, jalan jem tadi, saya tak sempat nak call bagitahu masuk lambat.Tak apalah,saya bagi akak pelepasan pergi makan""Terima kasih encik"Ilham tersenyum dan menganggukkan kepalanya.Riak wajah kepenatan terpamir di muka Ilham.Selang beberapa minit, pintu bilik Ilham di ketuk kembali."Masuk"Wajah isterinya muncul apabila pintu di buka."Za ganggu ker?""Tak lah,abang baru jer balik dari meeting ni,masuklah" Suhaida duduk di depan suaminya.


"Penat jer saya tengok""Letih sikit sebab jalan jem tadi,ada accident.Oh yea,Za na fail tender Shah Alam yea,ni abang tak sempat hantarkan dekat Za tadi""Tak apa, kak Mar dah bagitahu Za"Fail tender di ambil dan di letakkan di tepi."Awak letih sangat saya tengok"Ilham tersenyum,"Biasalah Za,abang dah lama tinggalkan dunia bisnes ni, bila kena handle balik abang dah mula pening,blurrr jer bila diorang Tanya tadi,pening kepala sikit""Mana tak blurrr kita balik jer dari Cameron Highland, terus masuk office,papa langsung tak nak bagi kita rehat""Tak apalah,abang boleh handle ni semua,jangan marahkan papa,ada sebab dia minta kita take over syarikat ni"Ilham memejamkan matanya,terasa keletihan apabila badan tidak cukup rehat."Awak,nak rehat pergilah baring dekat sofa tu,saya buatkan awak air yea,nanti saya bawakan nasi sekali""Ehhh Za tak makan lagi ker?"Suhaida mengelengkan kepalanya."Kenapa tak makan?""Saya tunggu awak, sekejap saya pergi panaskan lauk dekat pantry, awak baring dekat sofa tue"Ilham tersenyum dan menganggukkan kepalanya.


Selepas kembali dari Cameron Highland Ilham dan Suhaida menguruskan syarikat yang sebelum ini di terajui oleh papa.Papa nak berehat katanya. Antara sedar atau tidak hampir 3 bulan pasangan suami isteri ini menerajui Mutiara Holding.Ilham menguruskan hal ehwal tender syarikat, kerjanya banyak tertumpu di luar syarikat.Suhaida lebih berminat berada di pejabat menguruskan hal ehwal dalaman syarikat.Oleh kerana untuk keselesaan,mereka duduk di bilik bersebelahan,ini adalah permintaan mereka sendiri kerana perlukan privasi untuk uruskan sesuatu kerja.Walaupun masa terhad, tetapi mereka seboleh mungkin akan makan tengahari bersama.Ini kerana sejak kembali dari Cameron Highland, Suhaida lebih suka membawa bekal yang di masak sendiri di waktu pagi kemudian di panaskan di pantry untuk di makan bersama suaminya.Pada mulanya Ilham membantah,tetapi selepas Suhaida berkeras, dia mengikut sahaja kata buah hati pengarang jantungnya.Suhaida langsung tidak mahu makan di luar, jika ada dinner, hanya dessert dan air sahaja yang di usiknya.Kadangkala Ilham pelik, tetapi selepas isterinya memberitahu tiada apa-apa,dia ikutkan sahaja.


"La...da tidur pulak"Suhaida tersenyum melihat suaminya terlena di sofa,macam penat sangat.Pintu di ketuk dan dibuka,"Papa,mama..kenapa datang tak bagitahu""Saja nak tengok anak menantu papa ni,busy sangat sampai dah jarang balik rumah""Maaf pa,ma..sibuk..ehhh,marilah masuk"Tan Sri Hakimi dan Puan Sri Marsila terkejut melihat Ilham terlena di sofa."Maaf pa,ma..abang penat sangat balik dari Putrajaya..kejap yea"Terkejut Ilham melihat ibu bapa mertuanya,"Maaf papa,mama..Il terlelap,tak sedar mama dengan papa datang""Letih sangat kamu Ilham, kamu tak cukup tidur ker?""Tak lah papa, Il penat sikit jer""Papa dengan mama nak air?Za buatkan""Tak payah Za, kami dah minum tadi.Ni kamu belum makan ker?Siap bermangkuk tingkat ni""Lum ma,mama nak join,Za tunggu abang, nak makan sekali""Tak, kamu makanlah.Dah pukul berapa ni.Nanti balik awal sikit Il,Za..papa tengok kamu ni letih sangat,lebih-lebih lagi Il ni,macam tak berma...."Belum sempat Tan Sri Hakimi bercakap,Ilham terlebih dahulu meluru ke toilet.Nasib toilet ada di dalam biliknya,segala isi perutnya di muntahkan.Tergamam Suhaida melihat reaksi tiba-tiba suaminya.


"Kamu tak sihat Ilham?Muntah ni"Ilham mengelengkan kepalanya,tekaknya terasa perit.Badan di sandarkan ke sofa,kepalanya sedikit berdenyut-denyut."Za, dah berapa lama kamu tak uzur?"Suhaida terkejut dengan pertanyaan mamanya,tetapi otaknya ligat berfikir dengan pertanyaan mama."Abang, Mar rasa Za ni pregnant"Ilham dan Suhaida terkejut dengan kata-kata mamanya."Tak kan lah ma..." "Sayang, mama pernah mengandung,mama tahu.Dulu papa pun macam ni juga semasa mengandungkan kamu dengan adik""Kita tak tahu Mar, tak apalah,kamu makan cepat-cepat,nanti balik awal singgah klinik buat check up,papa dengan mama menunggu berita gembira jika benar Za pregnant"Suhaida terpinga-pinga mendengar kata papanya.Ilham hanya memandang isterinya, jika benar isterinya mengandung,dialah orang pertama yang akan memanjatkan kesyukuran.Ilham juga tahu isterinya sudah lama tidak period, segala rahsia luar dalam isterinya dia ketahui.

Tiada ulasan: