Rabu, 29 Januari 2014

Selamat Pagi

Assalamualaikum wbt...
 
 
Hari ni kesihatan ok sikit dari semalam, cuma belum sepenuhnya sihat.Mungkin sebab terlalu penat selepas Final Exam dah kurang tidur, lepas tu sibuk dengan aktiviti dekat office lagi.InsyaAllah 8hb nanti last aktiviti untuk Team Building bagi department saya di Lotus Desaru Resort.
 
 
Alhamdulillah ke semua result Final Exam dah keluar, Syukur Ke AtasNya kerana saya berjaya melepasi target yang saya tetapkan untuk subjek makanikal, Pointer juga melepasi target, seronok sangat.Sekarang saya menunggu keputusan temuduga, tak tahulah apa nasibnya, risau juga ni.Moga saya mendapat apa yang saya hajati,InsyaAllah.Jika di takdirkan ia bukan milik saya, saya redho, mungkin saya perlu berusaha lagi atau ada rezeki lain untuk saya,kita tidak tahukan,kuasa hanya di tanganNya.
 
 
Pagi ni oleh kerana kesihatan kurang memuaskan lagi, tekak pagi-pagi dah sibuk nak makan kek coklat, kejap lagi nak masuk dapur, petang boleh bawa pergi office,moga kek nanti sedap walaupun orang yang membuatnya kurang sihat.Hihihihi...
 
 
Oklah, sesiapa yang ingin mendaftar membuat blog, boleh PM saya. Pendaftaran sentiasa di buka, 24 hours.Hubungi saya segera!
 


Tiada ulasan: