Jumaat, 31 Januari 2014

Khamis sudah...

Assalamualaikum wbt...
 
Pejam celik, pejam celik sudah hamper ke penghujung January kita berada di tahun 2014.Sekejap sahaja masa berlalu, esok kawan-kawan cina kita akan menyambut Tahun Baru Cina, seronok mereka nak beraya yea,bunyi mercun dan bunga api di mana-mana sahaja.Meriah!!!
 
Saya masih seperti biasa, tetap kena kerja.Minggu ni kerja shift petang, so kelam kabut sikit sebab dengan tak cukup tidur sehinggalah ke urusan rumahtangga.Bayangkan, oleh kerana excited sangat anak nak sekolah, sampai hari ni cuti pun kejutkan abanglong suruh mandi.Yang abanglong pun terus bangun,mandi dan bersiap.Lepas dia minum susu barulah en somi check jadual sekolah, rupanya hari ni Nuri Education ambil cuti peristiwa, yea lah kawan-kawan dan guru yang berbangsa cina nak makan besar dan balik kampungkan... Ibu ayah kena alert lepas ni,nasib tak hantar lagi abanglong.Kesian dia bangun pagi-pagi.
 
Pagi tadi just minum Perla Slimming Coffee secawan, itu pun tak abis lagi sebab sibuk mengajar abanglong buat kerja sekolah.Oleh kerana anak-anak belum di hantar ke taska untienya, saya just buatkan jemput-jemput pisang kesukaan hero-hero.
 
Tengahari ni saya terpaksa batalkan niat nak masak Tomyam sebab urine adik naik 2+ until 3+.So, masak simple-simple saja, untuk adik masakkan sup telur+sawi+carrot+kentang,adik kena makan banyak telur sebab protein ada dalam urine.Ini mesti sebab dia main makan curi-curi,tanpa pengetahuan ibu ayah,adik...adik...bila suruh makan UBT singkatan untuk ubat, dia kata "ok". Hai lah anak bertuah ni...main-main jer, kena make sure dia ok, kalau tak warded lagi jawabnya.
 
Oklah kawan-kawan,nanti saya upload lagi koleksi novel saya.Tunggu...
 
Bagi yang ingin mendaftar belajar membuat blog boleh terus hubungi saya di ;
 
0197676461 (whassap @ sms only)
 
Wassalam.


Tiada ulasan: