Khamis, 30 Januari 2014

KAU YANG TERAKHIR

Credit For Me : Bab 27



"Hai sayang..."Suhaida memandang orang yang menyapanya."Awak...awak buat apa dekat sini?"Suhaida memandang sekelilingnya, mencari suaminya.Mereka berjanji untuk berjumpa di sini selepas Ilham terlupa membawa dompet dan mengambilnya di hotel."Sayang, sampai hati cakap macam tu, saya terlalu rindukan awak"Syed Shamsul Affendy cuba mencapai tangan bekas kekasihnya."Awak!!jangan buat macam ni, saya isteri oranglah,lepaskan saya""Sayang, saya masih sayangkan awak,cintakan awak.Perkahwinan saya tak bahagia,saya silap sebab ikut cakap papa dan mama saya, please sayang, kembali pada saya""Awak gila ker??saya ni isteri orang, saya tak akan buat macam ni pada suami saya, saya sayang dia"Syed Shamsul Affendy ketawa kuat,"Sayang???saya tahu awak tak bahagia, awak di paksa kahwin oleh mama dan papa awak, awak tak bahagia""Siapa awak untuk menentukan saya bahagia atau tidak?Yea, memang perkahwinan kami di atur oleh keluarga kerana ia wasiat, tapi saya bahagia.Dia menjadi suami saya, pelindung saya di kala saya susah dan senang.Saya yang merasai kebahagiaan ini, bukan awak!""Za..."Suhaida memandang orang yang memanggilnya, begitu juga Syed Shamsul Affendy.


"Maaf, saya Ilham suami Suhaida, awak?"Syed Shamsul Affendy tidak menyambut salam yang di hulurkan oleh Ilham."Abang, ini Syed Shamsul Affendy"Ilham terkejut mendengar panggilan isterinya terhadap dirinya,tetapi dia berlagak biasa."Ohhh awak orang yang isteri saya ceritakan""Apa yang dia ceritakan?Keburukan aku?"Suhaida terkejut kerana bekas kekasihnya tiba-tiba meninggikan suara pada suaminya."Maaf, isteri saya tidak pernah menceritakan keburukan awak, dia tidak pernah memburukan awak, cuma mungkin jodoh kamu berdua tidak panjang, kamu berdua tidak dapat bersama"Syed Shamsul Affendy bengang dengan kata-kata Ilham."Saya rasa kita perlu berbincang, boleh kita ke cafe di sana sekejap"Dalam keterpaksaan akhirnya Syed Shamsul Affendy akhirnya menerima juga permintaan Ilham untuk berbincang.


Selepas air yang di pesan sampai, "Saya minta maaf jika saya terkasar bahasa.Saya faham perasaan awak, saya juga ada kekasih sebelum berkahwin dengan Suhaida, cuma mungkin umurnya tidak panjang, dia telah kembali ke Rahmatullah beberapa minggu lepas, tetapi saya redho"Dapat Suhaida lihat air muka suaminya menahan kesedihan,"Takziah" "Terima kasih.Saya minta awak faham kedudukan Suhaida sekarang, dia sudah berkahwin, saya menerima dia seadanya dan dia juga begitu""Maaf, saya tertekan.Lagipun saya masih sayangkan Suhaida"Suhaida terkejut mendengar pengakuan bekas kekasihnya,dia memandang suaminya,tetapi Ilham seperti biasa, riak wajahnya tenang sahaja.


"Saya faham, sukar untuk kita kikis kasih sayang kita pada insan yang kita cintai, tapi kita kena tahu jodoh pertemuan,ajal maut semua di tanganNya.Kita hanya merancang,tapi Dia telah tetapkan semua perjalanan hidup kita.Mungkin corak perjalanan kehidupan awak berlainan dengan corak kehidupan saya, tapi kita di tetapkan olehNya untuk menyintai orang yang sama""Suhaida, saya minta maaf.Bukan niat saya nak kacau kebahagiaan awak, tapi selepas apa yang terjadi pada perkahwinan saya,saya akui saya masih cintakan awak""Awak, jodoh saya telah di tetapkan,Ilham suami saya.Walaupun saya berkahwin kerana wasiat,tapi saya tetap belajar untuk menerima suami saya,saya harap awak faham.Jadikan kenangan dan kisah kita yang dulu sebagai kenangan, asam garam kehidupan kita,saya mohon pada awak"Syed Shamsul Affendy mengeluh."Saya rasa mungkin sebab awak ada masalah di dalam perkahwinan, itu sebab awak berkeadaan seperti ni, awak cuba selesaikan masalah awak, jika kita tak jumpa jalan penyelesaian kita cuba mohon PadaNya untuk berikan petunjuk"Ilham menasihati bekas kekasih isterinya untuk mencari jalan penyelesaian di dalam masalah yang di hadapi.Hampir sejam mereka berbincang, barulah Syed Shamsul Affendy faham dan meminta maaf atas keterlanjurannya mengganggu hubungan suami isteri bekas kekasihnya.


"Awak,terima kasih""Ehhh dah awak pulak, tadi panggil abang"Suhaida mencubit suaminya,"Mengada-ngada yea, dah jom kita pergi ladang teh,penat saya tunggu awak lama-lama dekat bawah"Ilham ketawa kuat mendengar rungutan isterinya,"Awak!!!!" "Ok,ok...sorry sayang, jom.Nanti dah panas"Ilham menarik tangan isterinya untuk berjalan bersaing dengannya,Suhaida tersenyum.


"Sayang, tadi papa call, dia tanya kita macam mana"Suhaida memandang suaminya,"Maksud awak?""Yealah, papa takut kita gaduh ker, sebab anak manja dia ni kan tak suka suaminya ni yang hensem,macho""Eh,eh,eh...perasannya dia,hensem sangatlah tu""Eh hensemlah,tu sebab isteri abang yang comel ni suka dekat abang,terima abang""Perasan....."Ilham ketawa melihat reaksi isterinya, suka dia dapat mengusik orang yang sudah mula mendapat tempat di hatinya.Ilham akui memang isterinya cantik, tidak mustahil bekas kekasihnya masih menyayanginya.Isterinya memiliki ketinggian persis seorang model, kurus,tinggi, kulit putih kemerahan.Apabila mengenakan tudung, bertambah kecomelan isterinya.

Tiada ulasan: