Rabu, 29 Januari 2014

KAU YANG TERAKHIR


Credit For Me : Bab 26


"Awak,terima kasih yea, saya seronok hari ni""Alhamdulillah, seronok juga abang dengar"Ilham tersenyum sambil memandang isterinya."Esok kita nak ke mana?""Wah,tak penat ker?abang pun kaki dah sampai lenguh,sakit""Sakit?""Yealah,ikut Za pergi sana sini, ini bukan abang yang bawak Za jalan, Za yang bawak abang"""Ala..memanglah,saya dah biasa pergi Cameron Highland, semua tempat yang kita pergi tadi tempat kesukaan saya tau, selalu saya pergi bila datang sini""Ohhh ni sayang abang jadi pemandu pelancong abanglah yea"Suhaida tersengeh."Sayang,ambilkan minyak panas dalam beg, kaki abang lenguh-lenguh,ingat nak sapu"Suhaida mengambil minyak  yang di minta oleh suaminya."


"Mari,saya urutkan""Betul ni?""Yealah,tadi awak ikut saya pergi sana sini,mesti penat.So,saya tolonglah urutkan"Ilham tersenyum dan menganggukkan kepalanya."Wah bestnya abang,ada orang urut,macam ni lah isteri abang"Suhaida tersenyum."Esok kita petik buah strawberry lagi yea""Haaa...kan dah petik tadi""Tak puas,lepas tu kita pergi taman kaktus,nak beli bunga mawar,kita pergi ladang teh,minum teh dekat ladang,nak pergi ta...""Banyaknya, kena ada stamina esok ni"Ilham tersenyum-senyum memandang isterinya."Mulalah tu""Kan kita nak bagi keluarga kita cucu, mestilah kena usaha"Suhaida mencubit pinggang suaminya"Gatal..."Ilham menyeringai kesakitan,"Sakit sayang...nanti yea..."Lampu bilik di tutup oleh Ilham,terdengar jeritan halus oleh isterinya,Ilham tersenyum.

Malam yang dingin di lalui dengan penuh nikmat oleh pasangan suami isteri ini."Sayang...""Ermmm""Terima kasih yea""Inikan tanggungjawab saya"Ilham mencium dahi isterinya."Abang ingat hujung tahun ni nak bawa sayang ke Mekah,nak tunaikan umrah, kita pergi nak?""Betul ni?""Yea, kita honeymoon kali kedua,nak?sekali kerjakan umrah" Suhaida menganggukkan kepalanya.Perbualan mereka terganggu dengan bunyi handphone Suhaida.


"Dia lagi..ishhhh""Kenapa sayang,siapa telefon?"Suhaida menyerahkan telefonnya kepada Ilham,tertera nombor yang Ilham tidak kenali,Ilham memandang isterinya kembali,"Syed Shamsul Affendy"Ilham menganggukkan kepalanya,butang hijau di tekan untuk menjawab panggilan dari bekas kekasih isterinya."Assalammualaikum""Kenapa kau jawab?mana Suhaida,kau sorok mana dia?aku nak bercakap dengan dia""Maaf,dia tidak mahu bercakap dengan awak""Argggggghhhhh!!!"Panggilan terputus selepas Syed Shamsul Affendy menjerit,terkejut Ilham dengan reaksi tiba-tiba."Dia dah letak telefon""Dia jerit ker?"Ilham menganggukkan kepalanya"Abang rasa Za kena tukar nombor,susah macam ni,asyik di ganggu jer""Tukar nombor?tapi Za bisnes pakai nombor ni""Kalau gitu bila dia call Za tak payah angkat phone"Suhaida mengeluh dan mengangggukkan kepalanya.

Tiada ulasan: