Sabtu, 25 Januari 2014

KAU YANG TERAKHIR

Credit For Me : Bab 25


'Ohhh ini laki kau, sbb jantan ni kau tak layan aku call,nanti kau,aku akan ajar kau'Gumam seseorang apabila melihat insan yang pernah menyintainya bersama lelaki lain yang di gelar suami.Dari jauh hubungan pasangan suami isteri itu menjengkilkan bagi insan bernama Syed Shamsul Affendy.Dinding di tumbuk bagi melepaskan kemarahan. 'Arrrgggghhhhhh!!!!' Jerit Syed Shamsul Affendy.


Kisah beberapa tahun dahulu tersingkap di mindanya."Wah kau Fendi, aku tengok macam belangkas sekarang dengan Suhaida, kitorang pun kau tak nampak"Syed Shamsul Affendy tersenyum kerana dia tahu, sekarang dia tengah bahagia dengan buah hatinya, Suhaida Zaharah, insan yang banyak membantunya susah senang.Tetapi, kasih yang di sulam tidak dapat di akhiri dengan ikatan perkahwinan apabila dia mendapat panggilan telefon dari keluarganya untuk melangsungkan perkahwinan dengan keturunan dan pilihan keluarganya.Berat rasa hati untuk melepaskan insan yang di cintai dan di sayanginya, tetapi ugutan keluarga terpaksa di turuti.Malang, perkahwinan yang di bina atas pilihan kedua orang tuanya tidak bahagia, bekas isterinya Syarifah Nordayana tidak seperti kekasihnya, langsung tidak menghormatinya sebagai suami.Rupanya bekas isterinya sudah ada pilihan sendiri, berkahwin dengannya juga atas desakan keluarga.


Oleh kerana perkahwinannya gagal untuk di selamatkan dan terang-terang isterinya menduakannya dengan tidur bersama lelaki yang di anggap kekasihnya, dia mengambil kata putus untuk bercerai.Dia tidak mahu di cop dayus oleh orang di sekeliling yang tahu masalah ini.Satu tekanan di letakkan oleh keluarganya apabila di katakan tidak pandai mendidik isteri.Ugutan papanya untuk menarik segala kemewahannya membuatkan dia bertambah tertekan.Dengan melarikan diri sementara untuk menenangkan hati di harap dapat mencari jalan penyelesaian, tetapi drama sebabak tadi bertambah lara di hatinya.Ini kerana dia sangat menyintai bekas kekasihnya,Suhaida Zaharah.


"Kau jangan balik rumah ni kalau kau terus dengan keputusan nak bercerai!""Papa,Fendi anak papa, kenapa papa sanggup kata macam tu.Takkan Fendi nak hidup dengan orang yang Fendi tak cinta,tak sayang, yang sanggup menduakan Fendi, tidur dengan lelaki lain""Kau tak pandai jaga bini, itu sebab bini kau tidur dengan orang lain, ker kau ni dah tak berfungsi lagi?""Papa!!!sanggup papa kata Fendi macam tu"Syed Shamsul Affendy memandang mamanya yang dari tadi diam sahaja tanpa berkata apa-apa.


"Ma...""Entahlah Fendi, papa mama dah tak boleh kata apa lagi kalau itu keputusan kamu.Kamu dah cemarkan keturunan kita,tak ada pun yang bercerai berai""Mama, papa Fendi tak minta perceraian ini, tapi Fendi terpaksa.Fendi tak nak di anggap dayus dengan biarkan isteri Fendi bergelumang dengan dosa.Fendi tak nak mama,papa..tolonglah faham keadaan Fendi""Aku pening dengan kau ni, suka hati kau lah.Kalau itu yang kau nak sangat, suka hati kau.Tapi jangan menyesal jika segala kemewahan kau aku tarik balik!""Baiklah jika itu yang papa nak, Fendi ikutkan.Fendi tak harapkan harta papa,Fendi usaha sendiri.Fendi nak cari kebahagian Fendi sendiri,Fendi letih dengan percaturan papa untuk kehidupan Fendi""Kau!!!!!dasar anak kurang ajar""Papanya, jangan!"Jeritan mama menyelamatkan Syed Shamsul Affendy dari di tampar oleh papanya."Fendi minta diri dulu ma, thanks ma".Syed Shamsul Hassan hanya memandang anaknya keluar dengan perasaan yang geram dan marah.


Kisah dukanya tidak berakhir di situ apabila dia mendapat panggilan telefon dari bekas isterinya mengatakan yang dia mengandung, mengandungkan anak bersama kekasihnya. Tetapi kekasihnya tidak mahu bertanggungjawab.Rungsing Syed Shamsul Affendy dengan pelbagai masalah yang menimpanya.Panggilan telefon dari mama dan bekas isterinya langsung tidak di layan.Fikirannya berserabut.

Tiada ulasan: