Selasa, 21 Januari 2014

KAU YANG TERAKHIR

Credit For Me : Bab 24


Terasa kesejukan mencengkam sehingga ke tulang bila angin bertiup kencang menyapa tubuh Suhaida.Baju sejuk nipis yang di sarungnya tidak dapat menampung kesejukan cuaca di Cameron Highland.Ilham mengerti, dari tadi dia melihat isterinya asyik menggosok kedua-dua tangannya. Ilham tahu, Suhaida memang tidak tahan sejuk.Jika di bilik sepanjang mereka berkahwin,jarang dia melihat isterinya memasang air cond, hanya kipas syiling sahaja yang sentiasa di pasang.Itu pun jika sejuk mencengkam tulang,kipas segera di perlahankan.Sikap isterinya sudah sebati dengannya walaupun baru saja mereka berkahwin.
 
 
"Pakai baju ni,lain kali baju sejuk biar tebal sikit,Za kan tak boleh sejuk"Suhaida segera membalut tubuhnya."Terima kasih"Ilham tersenyum,nampak bibir isterinya sedikit pucat."Sejuk sangat ker sayang abang ni?Mengigil abang tengok"Suhaida hanya menganggukkan kepalanya."Mari sini, abang kasi haba sikit"Suhaida memandang suaminya.Ilham tersenyum,"Jangan segan,kitakan suami isteri.Nanti dah nak sampai puncak, tak adalah sejuk sangat nanti""Tak apalah,nanti awak tak boleh drive pulak""Ok..jap lagi kita sampai hotel,bagi abang 10 minit jer lagi.Tahan yea"Suhaida menganggukkan kepalanya.Air cond kereta di perlahankan oleh Ilham, kesian dia melihat isterinya mengigil kesejukan.


Setiba di hotel, selepas check in, mereka segera ke bilik yang di tetapkan.Memang bilik untuk honeymoon yg di tempah oleh keluarga sebagai hadiah untuk mereka berbulan madu ini istimewa. Apabila pintu bilik di buka sahaja, hiasan kelopak bunga ros merah menghiasi katil, terbentuk perkataan LOVE.Bau wangian bilik juga amat menyenangkan pasangan suami isteri ini.Terasa keindahan berbulan madu apabila berada di dalam bilik style English pilihan keluarga mereka.
 
 
"Sayang, sini.."Ilham memanggil isterinya,untuk melihat sesuatu di dalam kamar mandi bilik tersebut. "Wah, cantiknya"Terpegun Suhaida apabila kelopak bunga ros merah juga menghiasi kamar mandi, wangian ros merah kuat menusuk ke rongga hidungnya.Suhaida memang meminati ros, tidak kira warna apa, janji ros.Itu adalah bunga pilihannya.Loceng pintu berbunyi."Jap yea, abang tengok siapa"Suhaida seolah-olah tidak mahu berganjak apabila melihat di dalam tab mandian juga di penuhi dengan kelopak bunga ros merah,tersenyum dia sendirian apabila bunga kesukaannya ada di depan mata.
 
 
"Sayang...mari sini""Kejap""Dahlah, mari sini dulu.Takkan nak berkampung pulak dekat bilik air tu" Suhaida muncungkan mulutnya bila mendengar kata-kata Ilham.Ilham hanya tersenyum, di tarik tangan isterinya ke katil."Ini khas untuk sayang"Suhaida terkejut kerana menerima sejambak bunga ros merah."100 kuntum ros ni hadiah dari abang untuk sayang,tanda penghargaan kerana sudi berbulan madu bersama abang""100 kuntum?"Ilham menganggukkan kepalanya.Sejambak ros merah di cium oleh Suhaida."Terima kasih, saya suka sangat"Ilham tersenyum, dia tahu isterinya memang fanatic dengan bunga ros."Tak kan terima kasih jer, kiss sini sikit"Suhaida membulatkan matanya apabila Ilham menyuruhnya mencium pipi suaminya sebagai balasan terima kasih kerana memberikannya bunga."Tak ikhlas bagi saya yea""Bukan, abang pun nak hadiah juga"Muka Suhaida merah padam bila Ilham berkata begitu.Hendak atau tidak Suhaida mencium juga pipi suaminya."Thanks sayang"Suhaida tertunduk malu,Ilham hanya tersenyum lebar.

Tiada ulasan: