Selasa, 7 Januari 2014

KAU YANG TERAKHIR

Credit For Me : Bab 23

Seminggu perkahwinan sudah di tempuh.Esok mereka akan ke Cameron Highland untuk berbulan madu."Saya tanya boleh?"Ilham memandang isterinya,dia menganggukkan kepalanya tanda bersedia mendengar pertanyaan isterinya."Awak masih memberi harapan  pada perkahwinan kita ni?""Kenapa Za tanya macam tue?Za tak suka perkahwinan ni ker?""Bukan begitu maksud saya,saya susah untuk menerima semua ni,sekelip mata semua berlaku""Walaupun kita sudah bersama?"Suhaida memandang suaminya,kelu lidah untuk menjawab soalan suaminya.

"Abang kahwini Za kerana abang rasa Za ikhlas terima abang,tak sangka pula Za mempersoalkan harapan perkahwinan kita ni,abang terima ini takdir kita.Bila kita dah bersama,abang yakin Za sudah terima abang seadanya""Za minta maaf,Za cuba tapi Za masih belum boleh terima semua ni berlaku secara tiba-tiba,Za takut jika perkahwinan ni gagal"Ilham memandang isterinya,"Za tak yakin dengan abang?" "Saya takut,saya tahu hati awak masih dekat arwah lagi,saya ini hanya memenuhi impian wasiat arwah datuk dengan ayah awak saja"Ilham mengeluh,muka isterinya di pandang sayu,"Za,abang terima Za sebab abang tahu pilihan arwah ayah adalah terbaik.Memang abang akui abang terasa terpaksa di saat abang ada seorang insan lain dekat hati ni,tapi bila ibu usulkan semua ni,abang tahu pilihan mereka adalah yang terbaik untuk anak mereka,abang ikhlas selepas abang minta petunjuk padaNya,tapi jika Za rasa terpaksa,sukar untuk terima semua ni,abang minta maaf atas semua ni,abang akui khilaf abang dahulu,tapi sikap zaman muda abang mengatasi akal fikiran abang untuk menilai mana yang baik,mana yang buruk"Ilham terus bangun dan masuk ke dalam bilik,dia perlukan masa untuk menenangkan hatinya yang gundah.

'Ya Allah,aku pohon maaf KepadaMu,aku tidak terniat mengecilkan hatinya,cuma aku perlukan masa untuk semua ini,ini terlalu drastik bagiku'Keluh Suhaida.Hampir ke pukul 10 malam, Ilham masih belum keluar,Suhaida teragak-agak untuk memujuk suaminya."Isteri abang tak nak tidur?Esok kita nak jalan jauh"Terkejut Suhaida tiba-tiba mendengar orang menegurnya dari belakang."Masuklah tidur,jangan fikirkan lagi,dah lewat ni""Awak..""Eh kenapa menangis ni?"Suhaida terus memeluk suaminya untuk memohon kemaafan."Saya minta maaf,saya minta maaf" "Sayang,sudahlah.Abang bagi masa pada sayang, kita perbaiki hubungan kita,jika tidak juga boleh,kita cari alternatif lain nanti.Dah, jom tidur,lewat sangat ni"Ilham memujuk isterinya.Suhaida menganggukkan kepalanya.

Tengah malam Ilham bangun untuk melakukan solat tahajut dan solat sunat.Memohon kepada Yang Berkuasa untuk keharmonian perhubungan suami isteri dan di sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Natasya,insan yang pernah ada di hatinya.'Ya Allah,ini mungkin ujian buat diriku di dalam perhubungan yang sah ini,aku pohon KepadaMu berikan sedikit ruang di hatinya untuk diriku, sesungguhnya aku adalah insan kerdil di sisiMu yang kerap melakukan kesilapan dan alpa dalam keseronokan duniawi,aku pohon berilah kami petunjuk ke jalan Mu bagi satu perhubungan yang di redhoi OlehMu Ya Allah.Aku tahu sebelum dia, insan lain bertahta di hatiku,tapi Kau telah tetapkan ia untukku,aku redho dalam perhubungan ini,aku ikhlas menerimanya kerana aku tahu dialah jodoh yang Kau tetapkan untukku,berilah kami keberkatan di dalam melayari perhubungan yang Engkau redhoi ini,Amin,Amin,Amin'.

Ilham memandang isterinya,nyenyak tidur si isteri di buai mimpi indah,moga ada hari bahgia untuknya bersama dengan si isteri.Ilham tekad bertanggungjawab andai ada benih di dalam rahim isterinya selepas semua berlaku beberapa hari lepas,itu tekadnya.Impian arwah ayahnya akan cuba di tunaikan.Ilham mencapai Surah Yasin, di sedekahkan bacaan Yasin untuk arwah ayah,datuk serta Natasya.

Tiada ulasan: