Sabtu, 25 Januari 2014

Jumaat Yang Indah

Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk mencoret di dalam blog kecilku ini.Hari yang    mengembirakan buat saya apabila mendapat keputusan yang boleh menaikkan pointer saya untuk pengajian di UTM Space,Syukur Atas NikmatMu Ya Allah.Usaha yang tidak sia-sia apabila kerap ulang alik ke UTM hampir setiap malam untuk study group bersama kawan-kawan sekuliah.

Untuk semester akan datang ni perancangan subject untuk di ambil sudah ada dan sudah di daftarkan, cuma perlu pertingkatkan lagi usaha untuk berjaya kerana tinggal beberapa semester sahaja lagi untuk menamatkan pengajian, moga beroleh keputusan yang lebih cemerlang di akhir pengajian nanti,Insya Allah.

Moga Jumaat yang indah ini memberi seribu keberkatan kepada kita semua,Insya Allah. Wassalam.

Tiada ulasan: