Selasa, 21 Januari 2014

Hobi Baru

Assalamualaikum,
 
 
Setelah beberapa minggu membizikan diri,akhirnya saya kembali mencoret di dalam blog kesayangan saya ni,apa boleh buat Final Exam yang memerlukan perhatian saya 200% +++..so terpaksa saya berkorban.Huhuhuhu...
 
 
Selepas habis final, saya sudah ada hobi baru.Selain menghabiskan novel-novel yang belum di baca (beli jer,baca tak lagi...banyak lagi yang belum upload dekat blog ni,nantikan yer),saya sekarang rajin belajar membuat kek.Tak kiralah kek kukus ker, kek bakar ker...apa saja jenis kek, saya cuba.Satu yang saya suka, saya banyak tengok dekat blog kawan-kawan yang lain, saya search saja kek bakar coklat contohnya, macam-macam cara saya dapat.Seronok, setiap orang di dalam blog masing-masing ada cara tersendiri membuat kek, saya cuba ambil resepi mereka tapi saya tak tiru 100% tau, saya olah jadi resepi lain.Alhamdulillah menjadi. Saya pernah cuba kek kukus coklat, kek kukus biasa, kek bakar coklat, kukus coklat dan banyak lagi.
 
 
Bukan setakat buat kek sahaja, saya sekarang sibuk belajar buat kuih-kuih tradisional.Yang paling saya suka kalau kat Johor ni orang panggil onde-onde, tapi kat N9 panggil buah Melaka.En somi bagi +++++ credit sebab itu memang kesukaannya.Hihihihi..nanti boleh mencuba lagi, seronok belajar semua kerja-kerja memasak ni, inilah masa saya masak apa saja yang my family suka.Cuma saya ni kurang suka masak nasi atau pelbagai jenis lauk, tapi kalau buat kek dan kuih muih ni memang saya suka.Di sebabkan itu jugalah kawan-kawan satu office suka jika saya buatkan mereka donat, sebab mereka kata donat saya gebu...seronok tengok mereka makan, sebab saya tahu itulah kepuasan bagi saya.Insya Allah saya akan cuba belajar dan terus belajar sehingga saya Berjaya..
 
 
Inilah kepentingan berblog, selain jana pendapatan, di dalam blog juga kita boleh mendapat pelbagai maklumat yang berguna.Siapa yang tidak mahu ilmu, semua orang mahu, cuma cara untuk kita dapatkan ilmu itu yang berbeza-beza untuk setiap orang.Bagi saya dengan berblog ini, saya dapat apa yang saya inginkan.Tak susah untuk saya perolehi sesuatu kerana saya tahu cara bagaimana untuk dapatkannya.
 
 
Bagi yang berminat untuk sama-sama join saya dan rakan-rakan selain belajar membuat blog, boleh hubungi saya.Perkongsian ilmu amat di galakkan dengan semua orang, dalam islam juga ia amat di galakkan.Daftarlah kerana sudah ramai yang dapat menjana income tambahan dan ada juga yang sanggup berhenti kerja semata-mata untuk berbisnes online, berpandukan blog yang sedia ada.
 
 
0197676461
Wassalam dan Selamat Malam.
 


Tiada ulasan: