Jumaat, 3 Januari 2014

FIRST DAY ABANGLONG SCHOOL

Assalamualaikum wbt...

Permulaan second day di tahun baru.Alhamdulillah semalam saya sudah selesai menjawab first paper final exam bagi subject Pengenalan Kepada Kejuruteraan Industri. Insya Allah pada 15hb saya akan menghadapi satu lagi paper iaitu Proses Pembuatan, doakan saya yea.

Hari ini saya dan en suami menghantar abanglong ke sekolah,NURI EDUCATION.Kira PRA lah...sebab abanglong dah 6 tahun,tahun depan dah darjah satu.Terasa excited ibu ayah bila anak ke sekolah.Mungkin bagi abanglong tak seperti kanak-kanak lain, ini kerana dari kecil dia sudah di hantar ke Taska TNB dan sekarang di Festive ChildCare.Tahun lepas abanglong pernah bersekolah Pasti Al-Khautsar,Taman Rinting.So,tidak susah bagi ibu ayah untuk mengejutkannya,cuba kadangkala liat sikitlah nak bangun pagi jika tahap mengantuknya terlebih-lebih.

Alhamdulillah,pagi ni abanglong senang bangun,mandi dan bersiap.Pagi makan coco crunch,dia nampak excited nak ke sekolah.Abanglong juga tak seperti kanak-kanak lain,dia langsung tak menangis,cuma muka confius sebab pelik tengok pelbagai gelagat kawan-kawan.Bagi ibu ayah biarlah situasi ini mendewasakan dia,dan Insya Allah tahun hadapan adik akan menyusul untuk bersekolah,moga adik seperti abanglong juga.

Lebih kurang pukul 12pm nanti saya akan melihat dari jauh bagaimana abanglong balik menaiki van ke Festive ChildCare.Hari ni Untie Ima  dah menunggu dekat Taska.Moga biarlah ianya berjalan lancar,Amin.

Wassalam.


Tiada ulasan: