Selasa, 2 September 2014

Interview lagi...

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera kawan-kawan semua,


Beberapa minggu lepas,saya menghadiri temuduga kenaikan pangkat di HQ TNB Bangsar.Kali ini saya di temuduga untuk kenaikan ke Program Pembantu Tadbir dan Penyelenggaraan Stor.


Untuk temuduga kali ini, saya akui sangat2 saya amat tertekan,walaupun sebelum saya ada seorang kawan yang akan di temuduga awal sehari dan seorang lagi keesokannya selepas saya,tetapi perasaan takut boleh di katakan 100% dalam diri saya.


Mungkin sebab saya kurang persediaan,ini kerana saya dapat panggilan temuduga kurang dari seminggu, dengan jadual kerja yang padat ia menyukarkan saya untuk membaca apa jua berkaitan dengan jawatan yang di pohon.Cuma terima kasih banyak2 kepada Pembantu Tadbir Kanan saya yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.Dengan sedikit bekalan ilmu yang di berikan,saya dapat menjawab soalan panel2 penemuduga dengan sebaiknya.


Doakan kejayaan saya untuk jawatan baru yea.Saya juga menunggu untuk panggilan ke Program NEXT untuk staff TNB yang tidak berjaya pada temuduga tahun lepas,InsyaAllah jika kekosongan jawatan di buka antara Bulan September dan October ini,saya pasti akan memohon.Kepuasan saya adalah mencuba sesuatu yang baru sehingga saya pasti ia adalah kebahagiaan saya.InsyaAllah...


Amin...

Adik & Hospital

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera kawan2 semua,

Agak lama tak mencoret,cuma sesekali My Novel jer publish.Busy sangat dengan kerja yang tak menentu dan aktiviti2 seharian sebagai pelajar,isteri dan ibu kepada hero2 yang makin nakal,lasak dan aktif.


Nanti bila free na upload gambar raya tahun ni lah,dengan gambar merdeka.Walaupun dah habis raya dan merdeka,still rasa kemeriahannya.


Oh yea, esok adik aka nain panggilan manja ibu buat si kecik dan kiki panggilan manja En Suami pada si kecik, akan masuk wad.Nakal + Lasak sangat, di masukkan benda dalam lubangntelinga dia,tak pasal2 esok kena masuk operation room untuk buang.Bukan sedut,tapi di tarik.So, Doc request bagi ubat tido,kalau tak dia mengaruk haru biru ibu ayahnya nanti.


Adik,adik...kadangkala aktif sangat semua benda na di buatnya,yang di larang itu yang nak di buatnya.Kepetahan berbicara buat ibu ayah mati akal menjawabnya.Abanglong pun kalah dengannya.


Harap esok semua berjalan seperti biasa,InsyaAllah.Oklah,ingat na mencoret di My Novel, idea tengah ada...Jika berkesempatan akan publish awal,InsyaAllah,Amin.


Wassalam.


Jumaat, 29 Ogos 2014

Puteri Nur Balqis Qaisara

Credit For Me : Bab 19
Teks By : Lyly Affazreen Abdul Latiff


"Pesakit terlalu lemah,mungkin beliau hadapi sesuatu yang berat sekarang ini yang membuatkan badan dia tak mampu menampung tekanan yang dihadapi.Kami terpaksa tahan dia di wad untuk memantau keadaan kesihatan beliau.Sekarang dia masih belum sedarkan diri.Tapi tak perlu risau,kami akan pantau keadaan beliau,""Boleh kami melawat dia sekarang doktor?""Selepas kami pindahkan pesakit ke wad,nanti boleh melawat dia,cuma kalau boleh biar dia rehat,jangan ganggu dahulu,""Baiklah doktor,"



Selang setengah jam baru mereka berpeluang melawat Balqis."Berat dugaan Qis,"Ku Naz memandang gadis yang terbaring lesu di katil,cantik walaupun jelas terpancar keperitan di wajahnya.Ku Naz memandang rambut yang berkilat,sesuai dengan rupa paras gadis dihadapannya.'Mungkin nurse tadi agaknya bukakan tudung Balqis,tapi cantik,'Kata hati Ku Naz.


"Nadia,kita balik sayang.Abang tengok Nad penat, kesian abang tengok,mesti baby meragam ni,"Kata Hazwan sambil memegang perut isterinya yang sudah masuk 7 bulan.


"Balqis bang?""Tak apa kak,abang.Saya jaga Balqis malam ni,abang bawak kak Nad balik dulu,bawak jer kereta saya,""Betul kamu na jaga Balqis Ku Naz?Kamu tak penat ker?""Tak apa bang,nanti kalau kita tinggalkan dia susah juga.Mana tahu kot-kot tengah malam ni dia terjaga,""Baiklah,esok abang datang.Kamu pun tidurlah,tapi dekat sofa sajalah,kalau nak katil tilam kena balik rumah abang,""Tak apa bang,nanti apa-apa hal saya call abang,""Baiklah,"


Ku Naz mengambil peluang untuk solat isyak sementara Balqis masih belum sedarkan diri lagi.Nasib wad yang Balqis duduki ada segala kemudahan seperti ruang solat,tandas dan sebagainya.


Usai solat isyak, Ku Naz membacakan Surah Yaasin.Walaupun keluarga Ku Naz berada, tetapi keluarganya masih menerapkan aspek agama kepadanya.Tidak mustahil Ku Nir dan Ku Naz telah khatam Al-Quran sejak sekolah rendah lagi.


"Puteri Nur Balqis Qaisara,indah nama awak,tapi awak di ciptakan untuk abang.Bila semua ni berlaku,saya susah untuk menerima,tapi..."Kata-kata Ku Naz terhenti apabila pintu bilik di buka.


"Maaf,saya ingat ada pesakit sahaja.Saya nak periksa Cik Puteri, boleh saya tahu Encik ni siapa?"Ku Naz serba salah,dalam keadaan terkejut laju sahaja mulutnya menyebut,"Saya suaminya," kepada jururawat di hadapannya.


"Maafkan saya, saya ingat Cik Puteri belum berkahwin,""Tak mengapa,"Selepas suhu badan dan tekanan darah Balqis di ambil, "Jika Puan Puteri dah bangun, minta inform pada kami yea encik,""Baiklah,""Saya keluar dulu,"Ku Naz menganggukkan kepalanya sambil mata masih tidak lari dari memandang ke arah gadis yang terbaring di hadapannya.


Ku Naz terasa keletihan,tetapi akibat risau memikirkan keadaan Balqis,rasa mengantuk hilang begitu sahaja.Muka pucat Balqis di renung begitu kusyuk,bermacam-macam yang bermain di fikiran Ku Naz.Antara sedar dengan tidak,akibat ralit memerhati Balqis,Ku Naz terasa ada pergerakan di katil Balqis.


"Awak....saya...saya dekat mana?""Awak dekat hospital,tadi pengsan dekat dapur,"Balqis rasa sejuk di kepalanya,tangannya meraba kepalanya,Ku Naz yang perasan tindakan Balqis segera mengambil selendang yang tersangkut di kepala katil,"Ini...""Terima kasih,"


Dalam kesusahan Balqis cuba bangun untuk memakai selendang,"Saya tolong..."Balqis terasa serba salah,tetapi dia terpaksa juga meminta pertolongan Ku Naz."Saya panggilkan doktor sekejap,awak tunggu yea,"Balqis memerhati kelibat Ku Naz keluar dari biliknya.


Selang 10minit,doktor datang melihat keadaan Balqis."Alhamdulillah kamu dah sedar,keadaan kamu juga makin baik,cuma badan lemah lagi.Banyakkan berehat,jangan fikir apa-apa.Kamu perlukan rehat secukupnya.Encik jangan biar isteri encik lasak,suruh dia berehat ya,""Isteri???"


Ku Naz yang mendengar reaksi Balqis,segera menjawab,"Baiklah doktor,terima kasih banyak-banyak,""Saya minta diri dulu,apa-apa boleh panggil nurse jika ada masalah ye,"Balqis hanya menganggukkan kepalanya sambil memandang Ku Naz,tetapi lelaki di depannya hanya buat tak tahu,geram Balqis.

Sabtu, 23 Ogos 2014

Puteri Nur Balqis Qaisara

Credit For Me : Bab 18
Teks By : Lyly Affazreen Abdul Latiff


"Ya Allah,Balqis!!!Kenapa Nad?""Qis tiba-tiba pengsan bang,dia cakap dia letih,tercungap-cungap tadi,"


"Kita bawa Balqis ke hospital bang,risau kalau apa-apa hal.Tadi dekat rumah pun dia tak banyak cakap,muka pucat,"Ku Naz mula bimbang,walaupun dia masih belum boleh melupakan apa yang terjadi ke atas arwah abangnya, tetapi dia tetap risau keselamatan gadis di hadapannya.


Anggukan dari Hazwan melegakan Ku Naz."Bang,tukarlah seluar dulu,tak kan na pakai kain pelekat ke hospital,"Hazwan terkejut dengan sapaan isterinya,nasib isterinya menyedarkan keadaan dirinya ketika itu.


"Ku Naz,kamu tolong abang angkat Balqis ke sofa depan,abang tukar kain dulu,"Kelam kabut Hazwan masuk ke bilik.


Sementara menunggu Hazwan menukar pakaian, Ku Naz memandang gadis yang telah mencuri hati ahli keluarganya.Walaupun muka Balqis pucat,ibarat di toreh langsung tidak berdarah,tetapi keayuaan masih terserlah.Balqis memiliki muka putih bersih,bujur sirih,alis mata yang lentik dan yang penting Balqis memiliki lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.'Memang pandai abang memilih'Kata hati Ku Naz.


Hampir setengah jam,pintu bilik emergency masih belum menunjukkan tanda akan di buka."Lamanya bang,""Sabar Nad, doktor masih check lagi tu,"Hazwan memandang Ku Naz, dari tadi dia tak duduk diam,asyik duduk bangun sahaja.


"Ku Naz,bawak sabar,pening abang kamu duduk bangun macam ni,""Maaf bang,""Ku Naz, kamu janji dengan abang, kamu tolong jaga Balqis walau apa pun yang berlaku.Jika bukan sebagai isteri, sebagai seorang adik,seorang sahabat,"Ku Naz terkejut dengan permintaan Hazwan.


"Abang tahu semuanya,arwah ada beritahu abang,papa kamu juga ada beritahu abang. Abang tak salahkan kamu sukar terima Balqis,tapi abang harap sangat kamu boleh jaga dia.Dia nyawa abang,abang sayang dia,dia kurang kasih sayang sejak di lahirkan lagi," Ku Naz kelu untuk menjawab setiap kata-kata Hazwan.


Pintu bilik emergency terbuka dari dalam menyelamatkan Ku Naz dari masalah yang masih belum ada jalan penyelesaiannya.

Puteri Nur Balqis Qaisara

Credit For Me : Bab 17
Teks By : Lyly Affazreen Abdul Latiff


Kereta yang di pandu Ku Naz memasuki Hentian Rehat dan Rawat Seremban."Kita minum dulu, saya mengantuk pula.Dah lama tak drive jauh ni,"Balqis menurut sahaja.Dia juga ingin ke toilet untuk mencuci muka kesan dari menangis tadi.


"Saya tunggu di luar, jangan ke mana-mana kalau saya tak keluar lagi,"Balqis hanya menganggukkan kepalanya sahaja, malas untuk menjawab.


Selang 10 minit, Ku Naz masih belum keluar, Balqis rasa tidak selesa kerana ada sekumpulan lelaki, mungkin mat-mat motor memandang ke arahnya sambil tersenyum-senyum.Petang-petang macam ni semua boleh jadi.Kebetulan toilet yang Balqis masuk tadi jauh sedikit dari kedai-kedai yang menjual, ini di sebabkan toilet sedia ada masih dalam keadaan renovation.


"Hai adik manis, boleh kenal?"Sapa salah seorang mat motor,Balqis tidak senang hati kerana beberapa orang lagi kawan-kawannya datang menghampiri Balqis."Alamak bisulah awek kau usha nie Mat,tapi cantik,"Kawannya lagi seorang cuba mengusik Balqis, hujung tudung Balqis di tarik-tarik.


"Hoi!!! Korang buat apa pada isteri aku?"Balqis terkejut tiba-tiba dia di peluk dari belakang, rupanya Ku Naz.


"Alamak bini lu ker brother?Sorrylah, gua ingat tak de orang punya,blah kawan..."Mat motor tersebut berlalu, nasib tidak berlaku apa-apa yang tidak di ingini.


"Jom,""Awak, boleh lepaskan saya,""Boleh sabar tak,nanti mat-mat motor tue kata apa, awak tengok diorang masih pandang sini.Nanti saya lepaskan tangan awak, diorang ingat kita bukan suami isteri nanti,nak ker?"Dalam keterpaksaan,Balqis terpaksa merelakan sahaja tindakan Ku Naz terhadap dirinya,ini kerana dia akui mat-mat motor tersebut masih memandang ke arah mereka.


"Awak,kita beli air jer lah,saya tak selesalah.Lagipun dah nak hampir maghrib,nanti abang Iwan lama pula tunggu,"Ku Naz hanya mengikut sahaja kata-kata Balqis,dia juga merasa ketidakselesaan gadis di sebelahnya.


Hampir ke jam 8 malam barulah sampai di rumah abang sepupunya.Apabila kak Nadia memeluknya,serta merta air mata Balqis mengalir.


"Qis...jangan menangis lagi,redho apa yang berlaku,""Dah Qis, ni dah solat belum?""Dah bang, kami solat dekat masjid tadi,"Ku Naz menjawab bagi pihak Balqis.


"Kalau macam tu, Nad buatkan air, mesti diorang penat ni,"Nadia menganggukkan kepalanya.Balqis terus mengikut sahaja isteri abang sepupunya ke dapur.


"Ku Naz, takziah dari abang,maaflah lepas arwah kebumi abang terus balik, kak Sarah kamu tak berapa sihat,""Tak mengapa bang,saya faham,""Terima kasih jaga Qis untuk beberapa hari ni,abang tahu adik abang banyak susahkan kamu sekeluarga,""Bang,jangan cakap macam tu, mom dengan papa dah anggap Balqis macam anak sendiri, dia juga bakal isteri arwah,"


Hazwan memandang Ku Naz."Kenapa bang?"Belum sempat Hazwan menjawab, terdengar jeritan isterinya di dapur.

Jumaat, 22 Ogos 2014

Puteri Nur Balqis Qaisara

Credit For Me : Bab 16
Teks By : Lyly Affazreen Abdul Latiff 



Suasana sayu di perkarangan rumah keluarga Ku Nir walaupun sudah 3 hari Ku Nir kembali kepada PenciptaNya.Sepanjang masa itu juga, kedua ibubapa Ku Nir meminta Balqis tinggal bersama mereka.


"Mom,pa...Qis minta izin untuk balik ke rumah Qis petang ni boleh?""Qis nak balik?Kenapa sayang,tak nak tinggal di sini lagi ker?"


Balqis memandang sayu mom Ku Nir."Bukan begitu mom,Qis ada kerja yang perlu di buat,lagipun Qis dah tak ada apa-apa lagi di sini,Qis..."


"Kenapa cakap macam tue Qis, Qis ada mom,ada papa..Qis,kita ada sesuatu yang perlu di selesaikan,wasiat terakhir  arwah,"


Balqis terkejut,dia lupa semua itu.Fikirannya kosong selepas Ku Nir meninggalkannnya. "Qis,papa tahu berat bagi Qis,tapi ini wasiat arwah,"


Kata-kata papa Ku Nir di dengari oleh Ku Naz. 


"Pa...please...Ku Naz tak nak kahwin dengan orang yang sebabkan my brother mati.Dia ni pembunuh,pembunuh abang dalam senyap!""Ku Naz!!! Papa tak pernah ajar Ku Naz kurang ajar dengan orang.Setiap yang berlaku sudah ditakdirkan,kita sebagai manusia tidak boleh menyalahkan sesiapa, takdir Allah SWT adalah yang terbaik bagi umatnya,"


"Maaf pa, Ku Naz keterlaluan,tapi Ku Naz sedih.Baru balik,belum seminggu abang sudah pergi,sedih,kecewa,""Ku Naz, jangan begitu,kami ibubapanya juga sedih,kita kena redho,ini semua sudah di takdirkan OlehNya,"Ku Naz  menganggukkan kepalanya.


"Mom,pa..tak apalah,hal ni kita bincang nanti,Qis balik yea petang ni,Qis ada kerja sikit,""Baiklah,tapi hanya Ku Naz saja yang boleh hantar Qis,mom risau Qis balik sorang,""Its ok mom,Qis...""No way..Qis menantu mom,please ikut cakap mom yea... Ku Naz, kamu tak ke mana-manakan petang nie,hantar Balqis yea,"Ku Naz memandang Balqis,"Baiklah mom," Kata sepakat di capai.


Di dalam kereta,suasana sunyi.Ku Naz masih lagi memendam api kemarahan terhadap Balqis,di depan kedua ibubapanya sahaja dia tunjukkan boleh menerima Balqis.


"Awak,maaf yea..boleh hantarkan saya ke bus stand saja,"Ku Naz memandang gadis di sebelahnya,"Kenapa bus stand pula?Kata rumah dekat area sini jer,""Maaf yea, saya nak ke rumah abang saya,"Buat masa ini Balqis hanya ingin berjumpa abang sepupunya,Hazwan dan isterinya.Dia masih bercuti,oleh sebab itu hanya ke rumah Hazwan saja dia boleh kurangkan sedikit kesedihannya terhadap kehilangan Ku Nir.


"Rumah abang dekat mana?"Balqis terkejut tiba-tiba di sapa dengan suara sedikit tinggi oleh Ku Naz."Seremban,"Selepas abang Hazwan berkahwin,dia menetap di Seremban.


Ku Naz mendail handphonenya."Pa, i am going to Seremban now,"Kedengaran suara papa berkata sesuatu,"No pa, just send dia dekat rumah abang dia, dekat Seremban,"Ku Naz menganggukan kepalanya,"Ok pa, see you,salam mom yea,bye,"


Ku Naz meluncurkan keretanya ke highway utara selatan."Eh...awak drop saya saja,saya..""Jangan nak membebel boleh.Saya ni di amanahkan oleh mom dengan papa untuk hantar awak dengan selamat.Saya bukan jahat,kalau saya tak suka awak pun,bukan bermakna saya nak tinggalkan awak senang lenang tanpa arah tujuan.Saya pegang amanah abang saya,""Maaf,saya tak nak menyusahkan awak,"


"Saya banyak dengar cerita awak dari abang saya,semua yang baik-baik saja,tapi kenapa awak tak nak jumpa dia?Kalau awak jumpa dia, mesti dia masih hidup lagi sekarang ni, saya tak kan jadi galang ganti semua ni tahu tak,"Balqis mengucap mendengar luahan hati Ku Naz, adik kembar Ku Nir.


"Saya minta maaf..""Maaf,maaf,maaf..tak ada ungkapan lain ker?"Kereta yang di pandu Ku Naz berhenti mengejut di bahu jalan, nasib tiada kereta lain di belakang, jika tidak memang mereka akan jadi arwah.Serta merta air mata Balqis mengalir laju.


"Tolonglah,jangan menangis.Air mata awak tu bukan boleh hidupkan abang saya tahu tak!"

"Bawa mengucap awak, saya juga rasa sedih atas semua yang terjadi.Tetapi siapa saya untuk menolak apa yang telah di rancang OlehNya.Saya bukan tak nak jumpa abang awak, tapi saya masih di luar negara lagi masa tu, saya sampai Malaysia pun dah lewat, kalau saya jumpa dia apa kata orang sekeliling,saya perempuan, saya tahu batas-batas pergaulan dalam islam,"

"Habis yang balik esoknya kenapa?"Balqis mengesat air matanya.


"Saya ada kerja lagi,bukan saya tak hubungi abang awak,tapi tak berjawab.Saya maklum pada mom, saya tahu abang awak akan marah, tapi saya tak boleh buat apa-apa saya bekerja dengan orang,bukan saya bos untuk arah itu ini, nak balik bila-bila masa, saya terikat dengan semua law yang pihak syarikat saya tetapkan,"


Ku Naz tahu, mom sudah memberitahu pada petang abangnya kemalangan yang Balqis ada kerja yang memerlukan dia menunggu keesokan harinya untuk pulang.

Jumaat, 27 Jun 2014

Puteri Nur Balqis Qaisara

Credit For Me : Bab 15
Teks By : Lyly Affazreen Abdul Latiff 


"Honey...."Puan Sri Tengku Soraya memandang orang yang memanggilnya."Ku Nir...."Kedengaran pintu bilik di buka."Maaf,pesakit semakin tenat.Kita berdoa agar dia bertahan""Boleh kami masuk doktor?""Silakan,pesakit pun asyik sebut nama Balqis,siapa yea orangnya?""Ini..ini...bakal isteri dia doktor,""Oh baiklah,silalah masuk.Banyakkan bersabar,mungkin kata2 semangat dari keluarga terutama Cik Balqis boleh menguatkan semangat pesakit,saya minta diri dulu,"Selepas doktor beredar,pintu bilik Ku Nir di buka.


"Qis,maafkan mom tak beritahu awal apa yang terjadi,mom tak nak Qis risau,""Tak mengapa mom,Qis faham,"Balqis memandang wajah pucat Ku Nir."Sayang,bangun sayang...tengok siapa datang,"Perlahan-lahan mata Ku Nir terbuka.Melihat wajah-wajah kesayangannya di depan mata,Ku Nir cuba tersenyum.


"Mom..pa..."Air mata Puan Sri mengalir mendengar suara Ku Nir,memanggilnya di dalam kepayahan."Mom,jangan menangis,""Sorry sayang,mom tak kuat,"Ku Nir tersenyum di dalam kepayahan.Matanya mencari seseorang yang di rinduinya.


"Qis...,""Awak,saya minta maaf,semua salah saya,kalau..,""Qis...jangan salahkan diri,ini semua silap saya...Qis,walau apa yang terjadi,Qis tetap di hati saya,"Kata Ku Nir sambil menunjukkan dadanya."


"Ku Naz...,""Yes my brother,""You can help me,""Anything about you,""Jaga Balqis,"Ku Naz terkejut,dia memandang gadis di depannya,Balqis juga mempamerkan reaksi sama,terkejut."Mom,pa...Ku Nir dah tak lama,halalkan makan minum Ku Nir,make sure Ku Naz jagakan Balqis,kahwin dengan dia,Ku Nir sayang dia,""Ku Nir....""Balqis,saya dah tak lama,dada saya sakit.Balqis bahagikan keluarga saya.Saya tahu Ku Naz boleh sayang Balqis lebih dari saya sayang Balqis,""Ku Nir,awak rehat yea,nanti bila awak sihat kita bincang semua ni,saya teman awak,"Puan Sri Tengku Soraya memeluk gadis idaman anaknya.


Ku Nir tersenyum,kali ini dia tahu masanya hampir tiba.Dadanya betul-betul sakit,teramat sakit."Ku Nir!!!""Mo..mom..pa..izin..kan..halal ma..kan minum Ku...Nir..Allah!""Sayang,mom halalkan setiap susu mom pada sayang,mom redho dan izinkan sayang pergi berjumpa pencipta,"Kelihatan Tan Sri juga menanggukkan kepalanya.

Rabu, 25 Jun 2014

TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH

 
 
Synopsis - Novel no.62
Harga :
Semenanjung RM 21
Sabah/Sarawak RM 24
Rate : 8/10
 
 
"Saya tak ada alas an.Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana.Awak ingat, hati manusia ni boleh di kawal ke? Ada remote control untuk on, off...Hmm?"
 
 
Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.

Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi?

 

Puteri Nur Balqis Qaisara

Credit For Me : Bab 14
Teks By : Lyly Affazreen Abdul Latiff 


'Kenapalah Ku Nir nie,call tak dapat-dapat'Desis hati Balqis.Risau juga buah hatinya merajuk,tapi bukan dia sengaja."Sabarlah Cik Balqis,esok kita boleh balik dah.Nanti saya suruh driver hantar ke rumah buah hati Cik Balqis dulu yea,esok""Kamu nie Faiz,saya susah hati ni,dari tadi dia tak angkat phone,"Faiz tersenyum,dia tahu kerisauan Balqis,orang tengah mabuk bercinta.


Sehingga hari nak beryolak pulang ke Malaysia,Balqis masih tidak dapat berhubung dengan Ku Nir.Balqis juga cuba menghubungi keluarga Ku Nir,tetapi tiada yang sudi menjawab panggilannya.Sampai sahaja di perkarangan rumah Ku Nir,puas Balqis menekan loceng pintu,hampir 10 minit baru pintu di buka.


"Cik Balqis,bila sampai?""Baru sahaja Mak Mah.Mana semua,senyap jer rumah""Cik Balqis tak tahu lagi ker?""Tahu apa Mak Mah?"Belum sempat Mak Mah membuka mulut bercerita,sebuah kereta masuk ke perkarangan rumah."Balqis,bila sampai?""Baru pa,papa sihat?""Papa sihat Qis,come.Ada hal papa nak bagitahu"Balqis berdebar-debar melihat muka Tan Sri keletihan,seperti tidak cukup tidur,seperti ada sesuatu yang di sembunyikan.


"Airnya Tan Sri,Cik Balqis""Terima kasih Mak Mah,a...Mak Mah bersiaplah,kejap lagi ikut saya ke hospital sekali"Mak Mah menganggukkan kepalanya,seakan mengerti."Siapa masuk hospital papa?""Qis,papa na bagitahu sesuatu,harap Qis bersabar""Kenapa pa?mom sakit ker?Ku Nir ker?""Ku Nir Qis,dia excident semalam selepas keluar rumah, sehingga malam dia tak balik,alih-alih tengah malam tadi ada polis datang maklumkan dia excident""Ya Allah!!!"Serta merta air mata Balqis mengalir,ini bermakna Ku Nir merajuk dengannya sehingga dia terlibat dengan kemalangan,Ya Allah!


"Sabar Qis,mungkin sudah takdir ini semua nak terjadi.Sekejap lagi kita ke hospital.Balqis naik ke bilik Ku Nir dulu,mandi,solat kejap lagi kita gerak ke hospital,ok.Papa nak mandi,solat dulu.Mak Mah bawak Balqis ke bilik Ku Nir dulu,nanti Mak Mah tunggu yea sekejap""Baik Tan Sri,mari Balqis"


Haruman bilik Ku Nir membuatkan Balqis lalai sebentar,kuat bau Ku Nir di deria Balqis.'Ya Allah,Aku tak minta lebih,Kau selamatkan orang yang ingin memberikan aku kebahagianMu,aku pohon sangat padaMu Ya Allah,"Doa Balqis PadaNya.

SELAMAT BERPUASA


Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah Syukur Ke AtasNya kerana beberapa hari lagi kita akan menyambut ramadhan, bulan penuh keberkatan dan bulan yang sangat di muliakan OlehNya,Allah SWT.


Insya Allah,pada tahun ini sambutan ramadhan pertama akan di raikan bersama-sama keluarga sebelah suami, ini kerana pada tarikh tersebut adalah sambutan ulang tahun bagi MIL,Pn Sharipah Hassan.


Tahun ini juga merupakan tahun kedua abanglong belajar berpuasa.Jika tahun lepas sampai pukul 1 petang abanglong berpuasa,moga tahun ini abanglong boleh berpuasa penuh,paling awal pun boleh berbuka pada pukul 3 petang,ikut perjanjian ayahnya bersama abanglong.InsyaAllah,tahun ini abanglong sudah di ajar cara-cara bersembahyang,moga abanglong boleh menunaikan solat nanti,InsyaAllah,Amin.


Alhamdulillah pada ramadhan tahun ini juga saya di berikan kesenangan kerana kuliah untuk saya hadiri hanya 2 hari sahaja untuk matapelajaran Effective Oral Communication Skill.Selepas raya baru saya menghadiri kuliah sambungan.Ini memudahkan saya untuk mengerjakan puasa dengan sempurna,Alhamdulillah Syukur Atas NikmatMu YaAllah.


Di kesempatan ini,saya memohon ampun dan maaf jika selama kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang melayari blog saya ini,ada kata-kata saya yang mengguris hati ampun maaf saya pinta dari hujung rambut sampai hujung kaki.Mungkin ini Ramadhan terakhir saya,saya tidak tahu.Tetapi saya pohon biarlah saya dapat merasai nikmat setiap kali ramadhan,kerana tiap kali ramadhan nikmat yang saya rasai sangat banyak,keseronokannya tidak terucap dengan kata-kata.


Persiapan raya juga saya belum buat apa-apa,kerana tahun ini saya sekeluarga tidak merancang apa-apa lagi.Mungkin kami akan memenuhi keinginan hero-hero kami untuk beraya,InsyaAllah.


SELAMAT BERPUASA DAN MOGA RAMADHAN KALI INI MEMBERIKAN KEBERKATAN YANG TIDAK TERHINGGA BUAT KITA SEMUA.INSYAALLAH,AMIN.

Rabu, 14 Mei 2014

Abanglong Operation Minggu Depan

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..
 
Kesibukan menguruskan masalah kerja,rumahtangga dan pelajaran membataskan saya mencoret.
 
Seminggu lepas, saya membawa abanglong iaitu anak sulung saya Muhammad Ariff Iskandar Hamsan yang berusia 6 tahun ke klinik bagi mendapat rawatan.Abanglong memang ada sejarah demam panas yang kerap dan mengakibatkan tonsil bengkak.Tetapi kali ini bukan di sebabkan sakit tersebut,sakit yang lain abanglong di duga.
 
'Bird' abanglong ada masalah,Dr. di klinik panel TNB maklumkan ada masalah, surat refer KPJ di keluarkan.Hati dan perasaan saya rasa 'drop' sangat apabila mendapat tahu.Kami tidak menunggu lama, keesokkannya saya dan suami membawa abanglong ke KPJ Abdul Samad.
 
Pada mulanya kami ingin berjumpa dengan Dr. Woon yang merawat adiknya, tetapi oleh kerana Dr. Woon tiada, kami sepakat berjumpa Dr.Alex.Hanya saya dan abanglong sahaja yang berjumpa Dr.Alex, sebab suami on the way dari Nusajaya ke hospital.
 
Dr.Alex maklumkan abanglong nak kena 'angin pasang dan lendir di dalm birdnya'.Selepas di terangkan serba sedikit, Dr. Alex meminta saya refer direct kes abanglong dengan Dr. Lim di Puteri Specialist kerana beliau seorang pakar kanak-kanak.
 
Saya dan suami terus membawa abanglong berjumpa Dr.Lim pada hari yang sama.Hampir 3 jam menunggu kerana ramai pesakit,akhirnya apa yang saya dan suami takutkan berlaku, abanglong akan di bedah.
 
Mungkin bagi orang lain akan menganggap ini perkara biasa, minor operation saja..tetapi bagi saya seorang ibu yang sebelum ini menguruskan anak yang sakit Nifrotic Syndrome dan hospital adalah rumah kedua bagi anak kedua saya, saya merasakan terlalu besar dugaan yang saya sekeluarga alami.Abanglong jarang sakit, kalau sakit dia hanya kerap demam panas sahaja sebab tonsil bengkak, tetapi bila sakit yang di luar jangkaan ini membuatkan saya dan suami sedikit terasa hebat dengan dugaan OlehNya.
 
Abanglong seorang anak yang aktif.Dia jika demam, hanya baring sahaja.Tetapi jika tengok adiknya bermain, dia akan buang segala kesakitan dia, dia akan bersama adiknya bermain.Dia sukar untuk menyatakan kesakitan, jika sakit dia hanya suka mendiamkan diri sahaja.Abanglong seorang anak yang pendiam, susah untuk berkata-kata.
 
Saya dan suami mungkin kurang memberikan perhatian kepada abanglong, kerana lebih menumpukan kepada adiknya yang sakit, tetapi selepas kami berbincang kerana kekhilafan kami suami isteri, kami merasakan abanglong punya hak kerana dia anak kami juga, ia menyedarkan saya serta suami.
 
Kekhilafan kami menyedarkan kami untuk menghargai sesuatu yang berharga, dan amat berharga. InsyaAllah, abanglong akan operation 21hb ni, saya dan suami sudah bersedia.Minor atau major operation tetap membuatkan kami risau.Doakan yang terbaik untuk abanglong.
 
Mungkin kami di uji sedemikian sekarang ni, tetapi kami sentiasa berdoa agar anak-anak kami akan menyenangkan kami kemudian hari.Setiap dugaan kami, ia mematangkan kami di dalam menempuh kehidupan bekeluarga,InsyaAllah..Amin.
 
Wassalam.

Ahad, 11 Mei 2014

Puteri Nur Balqis Qaisara

 Credit For Me : Bab 13
Teks By : Lyly Affazreen Abdul Latiff
 
 
Antara sedar dengan tidak,hampir enam bulan perhubungan serius antara Ku Nir dan Balqis. Kemanisan di dalam perhubungan sentiasa Balqis rasai, Ku Nir seorang yang memahami jiwanya.
 
"Qis, malam ni kita jumpa boleh, saya nak kenalkan dengan seseorang yang istimewa""Malam ni?" "Yea sayang""Maaf Ku Nir, Qis sampai pun dah pukul berapa, lewat sangat.Kita jumpa esok boleh" "Ala....please,bolehlah"
 
Balqis pelik, sejak seminggu Balqis kerja di luar kawasan, perangai Ku Nir terasa berlainan.Ingin saja Ku Nir terbang ke Jakarta bagi melihat dirinya, katanya rindu sangat-sangat.Sedangkan sebelum ini Balqis pernah ke London hampir 3 minggu tidak pernah Ku Nir berperangai sedemikian.Mungkin juga  kerana seminggu sebelum Balqis ke Jakarta, dia sudah menyatakan persetujuan untuk bertunang dengan Ku Nir.
 
"Sayang...please..""Ku Nir, janganlah macam ni.Esok yea kita jumpa,"Bunyi panggilan di matikan.
 
"Ku Nir...Ku Nir...."
 
'Aduhai merajuk pula dia.Tak mengapalah, esok sahaja pujuk,'Kata hati Balqis.
 
Pintu bilik Balqis di ketuk dari luar.
 
"Maaf Cik Balqis, saya nak maklumkan yang kita terpaksa tunda penerbangan tengahari esok, sebab malam ini jam 8 malam ada makan malam dengan pereka fesyen yang terlibat dengan Festival Kebangsaan"
 
"Aduhai...kenapa maklumkan pada saya lewat Faiz""Maaf Cik Balqis, saya juga di maklumkan lewat.Sepatutnya tiada sebab kita dah buat lunch dengan mereka semua, tetapi penganjur berbesar hati nak berjumpa semua, itu sebab dinner malam ini di adakan,"
 
"Baiklah, tapi esok penerbangan pukul berapa?"
 
"Esok penerbangan pukul 12 tengahari, nanti saya ambil Cik Balqis jam 11.00 pagi. So, malam ni, saya ambil Cik Balqis jam 7 yea"
 
Balqis menganggukkan kepalanya, pintu di tutup selepas Faiz, pembantunya beredar.Handphone segera di capai.Walaupun Balqis berada di Jakarta, tetapi dia terpaksa juga membuat panggilan ke Malaysia untuk memberitahu kelewatan kepulangannya, terutama kepada buah hati pengarang jantung, Ku Nir.Sebelum ini hanya Ku Nir sahaja yang menghubunginya, bila di beritahu dia ingin hubungi, di larang sama sekali.Tersenyum Balqis dengan keperihatinan Ku Nir.
 
 
Handphone Ku Nir tidak dapat di hubungi, kemungkinan sengaja di matikan kerana merajuk dengan Balqis sebentar tadi.Nombor telefon rumah mom di dail, sekali dering kedengaran panggilan Balqis di jawab.
 
Salam di beri, "Mak Mah ker?""Yea, siapa ni?""Balqis""Ohh Cik Balqis,""Maaf ganggu Mak Mah, boleh Qis cakap dengan Ku Nir?""Ku Nir baru saja keluar Qis,""Siapa Mak Mah?""Sekejap yea Qis... Balqis Puan Sri,""Ohhh..tak mengapa, biar saya bercakap dengan Balqis,"
 
Telefon di serahkan kepada Puan Sri,kedengaran salam dari mom untuk Balqis."Balqis balik malam ni kan?""Itulah Balqis ingat malam ni sampai Malaysia, tapi nak minta maaf mom sebab Balqis ada lagi urusan dekat sini.Esok tengahari baru gerak dari sini,""Ohhhh padanlah si bujang mom muncung sedepa, buah hati pengarang jantung tak jadi balik,"
 
"Ku Nir tak tahu lagi mom, tadi dia call Qis na jumpa Qis malam ni, Qis tak bagi, lewat sangat.Tue yang merajuk dengan Qis.Qis call handphone dia tak angkat,""Ku Nir baru jer keluar Qis, mom tanya tadi pun dia tak layan,merajuk rupanya.Dah besar-besar pun merajuk lagi anak mom tue,"
 
"Tak apalah mom, Qis salah gak tadi.Cuma na minta sampaikan dekat Ku Nir esok dari airport Balqis terus jumpa dia yea, boleh mom?""Boleh sangat sayang, mom pun na jumpa Qis, na suruh test baju tuning, Ku Nir pilihkan.Mom pun terkejut juga dia dah sediakan semua untuk Qis,""Haaaaa... yea ke mom, dia tak bagitahu Qis pun,""Suprise barangkali,""Mungkin kot.Tak apalah, esok kita jumpa yea mom.Qis na siap-siap sebab jap lagi ada last event,""Baiklah, hati-hati dekat sana tu,""Baiklah mom,"
 
Puan Sri tersenyum selepas dapat bercakap dengan bakal menantunya.
 
"Siapa tadi mom?"
 

Puteri Nur Balqis Qaisara

 Credit For Me : Bab 12
Teks By : Lyly Affazreen Abdul Latiff


"Papa ker Ku Nir na imamkan solat kita malam ni?""Macam biasalah pa,Ku Nir saja""Oklah,papa mengalah malam ni"Ku Nir tersenyum.Solat maghrib yang di imamkan oleh Ku Nir membuatkan Balqis rasa di lindungi, sayu hatinya.Bacaan surah-surah betul-betul membuatkan Balqis sayu,begitu teratur ungkapan dan bacaannya.

Bacaan doa di aminkan oleh Balqis.Terasa syahdu apabila Ku Nir minta di berkati ahli keluarganya, untung Ku Nir punya keluarga yang bahagia, tidak seperti dirinya.

"Balqis, kenapa sayang?"

Balqis terkejut apabila di sapa oleh mom Ku Nir."Tak ada apa-apa,""Mari kita ke bawah, mesti nasi dah sejuk tunggu kita semua"Balqis tersenyum.

Ku Nir memerhati tingkah Balqis.Dari mula Balqis sampai sehingga sekarang Balqis masih malu dengan keluarganya.Terlalu sopan tingkah dan tutur kata Balqis pada pandangan matanya.

Suasana di meja makan sunyi, seperti ada sesuatu yang mengganggu.

"Honey, what wrong with you? Ku Nir? Same happen to you" "Nothing,just menikmati masakan Mak Mah pa"

Puan Sri Tengku Soraya ketawa, "Ku Nir, macam first time makan Mak Mah masak yea,""Eh Mak Mah...jom makan sekali""Tak apalah, Mak Mah dah makan dekat dapur tadi.Cantik orang sebelah"

Ku Nir memandang Balqis, "Bakal menantu saya Mak Mah,""Wah Tan Sri,tak lama lagi kita buat kenduri besarlah,""Insya Allah Mak Mah,kita akan sibuk tak lama lagi""Baiklah, Mak Mah tak nak ganggu, makan dulu yea.Lepas makan nanti Mak Mah sediakan kek kesukaan Ku Nir""Thank Mak Mah".

"Balqis, makan jangan malu.Buat macam rumah sendiri jer"Balqis tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

Usai makan malam, Balqis segera mengambil ukuran Puan Sri untuk ukuran bajunya.Pinta Puan Sri sepasang jubah yang di hiasi manik dan dari kain yang jenis lembut materialnya membuatkan Balqis tidak merasa sukar untuk menyediakannya dalam tempoh yang singkat.

"Balqis, izinkan mom menyunting Balqis untuk anak mom,Ku Nir"Balqis terkejut."Qis, my mom dan papa sudah sedia maklum semua berkaitan Balqis"Bertambah terkejut Balqis dengan kata-kata Ku Nir, pengertian di minta sambil memandang Ku Nir.

"Balqis, setiap orang semua ada kisah silam, setiap orang semua ada kesalahan, ada kelemahan, tapi jangan jadikan itu sebagai penghalang untuk kita berjaya,untuk kita nikmati kemanisan dalam kehidupan ini"

"Maaf Tan Sri..""Just call me papa saja Balqis, kita bukan di pejabat"

"Maaf, saya bukan insan yang sempurna, saya juga bukan insan yang terbaik.Mungkin terlalu awal untuk Ku Nir melamar saya.Terlalu ramai mereka di luar sana yang lebih memerlukan dan sepadan dengan taraf serta kedudukan Ku Nir dan keluarga papa"

"Qis, saya jika menyukai seseorang, saya tidak pernah bezakan semua itu.Bagi saya, awak pilihan saya. Ada sebab saya memilih awak, awak tidak sama seperti orang di luar sana yang saya kenal. Sebab itu saya tidak mahu tunggu lama-lama, saya bawa awak jumpa mom dengan papa,"

"Mom tiada anak perempuan Qis, hanya ada Ku Nir dan adiknya saja Ku Naz, mom tidak memilih dalam urusan mencari menantu untuk anak-anak.Sebab itu bila Hazwan ceritakan semua, Ku Nir dengar semuanya, mom minta satu Ku Nir buat, lakukan solat hajat,solat taubat,istiharah.Pada dia kita minta petunjuk.Jika sudah tersurat Balqis menjadi menantu mom, mom menerima dengan hati terbuka"

"Betul kata mom Balqis, jangan di sebabkan kisah lalu, Balqis pendam semuanya.Balqis tolak kebahagiaan Balqis untuk merasa semuanya"

"Terima kasih sebab terima Balqis, cuma mungkin Balqis terlalu awal untuk menyatakan persetujuan. Terlalu awal untuk Balqis ikatkan diri Balqis selepas semua yang Balqis alami"

"Qis, ambillah selama mana Qis rasa perlu untuk terima saya, cuma saya harapkan jawapan Qis tak mengecewakan saya,saya ikhlas di dalam membina perhubungan bersama awak"

Balqis sebak mendengar kata-kata Ku Nir, tetapi terlalu awal untuknya menyatakan persetujuan.

SELAMAT HARI IBU


Nukilan buat mak,
 
Hampir 31 tahun dahulu,lebih kurang jam 3.30petang aku di lahirkan oleh seorang insan istimewa, yang ku gelar "emak".Mengikut kata emak, aku amat senang di lahirkan dan aku juga satu-satunya anak yang di lahirkan di kampung ayah di Negeri Sembilan.Ini kerana abang dan adikku di lahirkan di Selangor,abang di Klang dan adik di Sabak Bernam.
 
Sepanjang usiaku sehingga aku nak berkahwin, bukan tidak pernah aku melawan kata-kata emak, maklumlah masih muda orang kata, tetapi aku cepat sedar yang emak adalah segala-galanya. Kemaafan cepat ku pinta andai salah telah di lakukan.Aku seorang yang senang di jaga menurut emak, ini kerana mungkin sejak kecil aku sudah di asuh dengan ketegasan oleh ayah sehingga kawan-kawan baik lelaki mahupun perempuan susah untuk berkawan denganku.
 
Tengok muka ayah, semua orang takut sebab ayah seorang yang susah senyum,tetapi mereka tak tahu ayahlah seorang yang terbaik buat diriku,dialah yang menjaga dan membesarkan aku serta keluarga dengan titik peluhnya dan aku tak malu mengatakan ayah seorang hero dalam keluargaku.
 
Emak seorang suri rumah sepenuh masa.Emak yang mengasuh kami adik beradik tanpa jemu. Aku di didik oleh emak untuk patuh pada arahan, tegas di dalam membuat keputusan dan tidak membelakangkan keluarga dalam apa jua keadaan.
 
Mungkin kerana itu,aku mewarisi hampir ke semua sifat mak.Emak seorang yang tegas walaupun kadangkala mak suka menjaga hati orang kelilingnya.Emak tak nak orang sedih, emak akan simpan kesedihan yang ada supaya orang gembira.Emak seorang yang peramah, mulut mak memang macam bertih jagung, tapi hati mak baik.Sebab itu aku suka mengadu apa jua masalah dengan mak, mak sudi berkongsi dan mak juga banyak bagi nasihat kepadaku.
 
Kini aku tahu, hampir 6 tahun melayari bahtera rumahtangga bersama suami tersayang, apa yang emak katakan,nasihatkan dan ungkapkan adalah benar berlaka.Tiada yang dusta keluar dari mulut emak, sesungguhnya itulah yang di sebut,
 SYURGA TERLETAK DI BAWAH TAPAK KAKI IBU,
TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN MAMPU MENGGONGCANG DUNIA.
 
Khas buat emak tersayang, Puan Rogayah Hj Zainudin, terima kasih mak. Apa yang di beri, apa yang di curahkan dan apa yang di perkatakan adalah indah belaka.Halalkan makan minum, susu yang mengalir di dalam tubuh angah, mak dunia akhirat buat angah.
 
Tanpa mak dan ayah angah tidak lahir ke dunia ini.Tanpa asuhan mak dan ayah angah takkan berada di mana angah ada sekarang ni.Didikan dan ilmu agama yang mak ayah beri, angah akan gunakan untuk mendidik anak-anak angah.
 
Terima kasih mak sebab menyayangi anak-anak angah.Mungkin angah tidak dapat memberikan Puteri untuk mak, tetapi Putera-putera angah akan terdidik dengan acuan yang telah mak ayah bentuk pada angah di samping didikan menantu kesayangan mak ayah.
 
Selamat Hari Ibu Mak, Selamat Hari Ibu juga buat emak mertua Puan Saripah. Angah doakan agar mak berdua sihat selalu dan di rahmati OlehNya sentiasa.MIL, terima kasih mak sebab menerima ly dalam sebahagian keluarga mak.Ly tiada apa yang boleh di buktikan, hanya janji untuk membahagiakan anak mak dan cucu-cucu mak.Insya Allah,Amin.
 
Wassalam.
 


Khamis, 1 Mei 2014

Selamat Hari Pekerja

Assalammualaikum wbt...Salam Sejahtera...

Genap sebulan saya tak menulis dekat blog saya.Ya Allah,hanya Dia yang mengetahui kesibukan saya.Novel-novel pun tak sempat di sambung,idea banyak mencurah-curah,tapi masa tak ada.Novel juga byk  lom sempat upload.

Oleh kerana sebulan tidak menulis di sini,pelbagai aktiviti dan banyak benda terjadi.Insya Allah jika di berikan ruang,sampai masa saya akan menulis panjang lebar...moga coretan saya ada yang sudi membacanya...Amin.

Saya baru sahaja sampai dari kampung,sebenarnya saya baru saja balik dari PWTC 2 hari lepas.Ke Pesta Buku Antarabangsa 2014.Seronok, tak sedar sebelah tangan habis memborong novel.Insya Allah,ada rezeki next time saya ingin ke sana lagi.

Saya ingin ucapkan Selamat Hari Pekerja untuk semua warga Malaysia yang bekerja.Bukan hari ini sahaja kita menyambut Hari Pekerja, setiap hari adalah Hari Pekerja.Bekerjalah kita dengan sebaik-baiknya serta jadikan ia satu ibadah di dalam kita berbakti kepada bangsa dan negara,Insya Allah,Amin.

Oklah,nanti bila free saya mencoret lagi,ada kerja perlu di siapkan...Wassalam

Selasa, 1 April 2014

Puteri Nur Balqis Qaisara

Credit For Me : Bab 11
Teks By : Lyly Affazreen Abdul Latiff


Perbualan bersama Hazwan beberapa minggu lepas membuatkan Ku Nir terkejut .Tidak di sangka, orang yang di sukai dalam diam rupanya mempunyai sejarah yang pahit sepanjang kehidupannya. Pada mulanya Hazwan berat untuk bercerita,tetapi selepas melihat kesungguhan Ku Nir, akhirnya dia menceritakan segalanya.


Puan Sri Tengku Soraya terkejut apabila di perkenalkan dengan Balqis, betul kata suaminya, Balqis mirip dengan Tok Engku, emak kepada kawan rapatnya yang sekarang tengah tenat di hospital.


"Mom....why?anything wrong about Balqis?""Nothing,sorry sayang,mom terkejut melihat bidadari di depan mom, you are so beautiful sayang, mari dekat mom"Balqis terkejut dengan kata-kata ibu Ku Nir."Jangan risau sayang, mari sini.Anggap macam rumah sendiri jer"


Bagi Puan Sri Tengku Soraya dia sudah mengetahui segala berkenaan dengan Balqis,Ku Nir sudah menceritakan kesemuanya.Kisah yang tersimpan selama ini tersingkap juga akhirnya.Beliau dan suami sudah berjanji untuk merealisasikan apa yang sudah Hazwan rancangkan pada hujung minggu ini, hanya alasan untuk mereka busana buat dirinya sahaja membolehkan dia berjumpa dengan Balqis.Apa yang di perkatakan oleh suami dan anaknya adalah benar belaka.


"Mari duduk sini Balqis, jangan malu-malu,""Terima kasih Puan Sri""La...kenapa nak panggil Puan Sri,Puan Sri...panggil mom saja Balqis, mom tak ada anak perempuan,"Balqis memandang Tan Sri dan Ku Nir di hadapannya."Betul Balqis, jangan malu-malu,jangan segan ya.Ni Mak Mah dah siap hidangan belum honey?""Sudah sayang, tapi nak makan dulu ker solat dulu,dah nak masuk waktu ni""Kita solat dululah, boleh Balqis?Ker Balqis dah lapar?""Tak kisah, solat dulu pun ok Tan Sri,""Just call me papa sahaja Balqis, baiklah kita solat dulu saja, Ku Nir tunjukkan bilik tetamu dekat Balqis, berikan telekung dengan Balqis ya, papa dengan mom tunggu dekat bilik solat,""Baiklah pa,"


Ku Nir mengajak Balqis ke bilik di tingkat 1 rumahnya,"Balqis, awak rest dulu, nanti sekejap lagi kita boleh solat jemaah sama-sama.Nanti nak ke bilik solat, saya datang.Dekat dalam almari ada telekung,awak pakai sahaja telekung tu.Nak ambik air sembahyang pun dekat dalam bilik ni saja, ada bilik air""Terima kasih Ku Nir,""Kalau nak apa-apa just ketuk pintu bilik saya, bilik saya sebelah ni sahaja,""Baiklah,terima kasih"Ku Nir tersenyum dan meminta diri ke biliknya.


Pintu bilik tetamu di buka,terpegun Balqis dengan keindahan bilik tetamu di rumah Ku Nir.Balqis duduk di sofa berhadapan katil.Mindanya berfikir apa yang di beritahu oleh Ku Nir sebentar tadi.

Hidup sebagai seorang pereka fesyen memang tidak mengira masa.Jika ada mereka yang inginkan dia mereka busana, Balqis akan memenuhi permintaan pelanggannya.Itulah pendapatan untuknya.Begitu juga dengan Puan Sri, ibu kepada Ku Nir.Tan Sri adalah regular customer untuk akademinya, mustahil untuknya menolak permintaan Tan Sri.

Luahan perasaan Ku Nir membuatkan Balqis runsing.Status yang di pegang olehnya membuatkan dia bertambah runsing, penjelasan abang sepupunya membuatkan dia bertambah sesak nafas.Masalah datang bertimpa-timpa.

Selasa, 25 Mac 2014

#Takziah MH370

Salam Takziah,

Semalam kita di gemparkan dengan pengumuman oleh Perdana Menteri berkenaan MH370.Pelbagai perasaan bermain di hati saya sehingga sekarang.


Takziah kepada ahli keluarga mereka yang terlibat.Moga mereka tabah menghadapi dugaan ini.Sedekahkan banyak doa agar punca kejadian dapat di kenalpasti dengan kemunculan kotak hitam pesawat,InsyaAllah.


"Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali"


Di harap segala spekulasi dapat di tamatkan.Kita banyakkkan berdoa agar ahli keluarga tabah.Anak kehilangan ayah,anak kehilangan ibu,abang kehilangan adik dan sebagainya.Tetapi kita mungkin alpa dengan sesuatu.


Mungkin sekarang kita di uji dengan dugaan yang seberat ini, tidak mustahil suatu hari nanti kita akan beroleh sesuatu yang berharga kesan dari peristiwa ini.Dia akan memberikan ganjaran kepada mereka yang tabah,InsyaAllah.

#PrayMH370
#Takziah
#Keluargamangsa
#MAS

Wassalam.

Thank You Wak John

Assalamualaikum wbt...


Hari ini hari terakhir Penyelia Teknikal saya bekerja.Beliau adalah Encik Johan Bin Sukandar.Beliau adalah salah seorang The Best Employee bagi kami.


Setelah berkhidmat 37 tahun di TNB,dari sebelum TNB di swastakan lagi (Dahulu LLN), akhirnya tiba masa En Johan yang kami mesra panggil Wak John untuk bersara.Terlalu banyak ilmu yang di curahkan oleh Wak John kepada kami semua.


Wak John banyak berkhidmat di pelbagai bahagian di TNB,terlalu banyak pengalaman beliau.Sejak saya di bahagian sekarang, saya seronok bekerja di bawah beliau.


Moga Wak John berjaya di luar sana, sihat selalu dan yang penting bila kami ada aktiviti di harap agar Wak John dapat join sama,Wak John memang tukang memeriahkan suasana,ibarat bapa kepada anak-anaknya.


Wassalam.

Khamis, 20 Mac 2014

Aktiviti Saya Sepanjang Minggu

Alhamdulillah,Syukur KepadaNya kerana masih di beri kesempatan untuk merasai nikmat di muka bumiNya.
 
 
Agak lama tidak mencoret,kesibukan mengatasi masa untuk mencoret.Yang di schedule pun dah publish, tak sempat nak mencoret lagi.InsyaAllah akan cuba untuk mencuri sedikit masa,untuk blog kesayanganku ini.
 
 
Terima kasih kawan-kawan yang follow apa yang saya coretkan,mungkin ini serba sedikit kisah saya, hobi saya, aktiviti saya seharian.Di sinilah saya bercerita bila berkelapangan.Di sini ruang saya mereka imaginasi saya terhadap My Novel : Affazreen.
 
 
Beberapa minggu saya sibuk dengan dunia kuliah,pekerjaan dan seorang ibu serta isteri kepada keluarga kecil saya.Macam-macam berlaku sepanjang minggu,ia mematangkan saya di dalam menghadapi kehidupan seharian.Alhamdulillah,amin.
 
 
Adik juga bertambah sihat,betul kata Dr yang merawat adik aka Dr Woon, sakit adik tidak mengira masa, saya serta suami mesti bersedia untuk semuanya.Oleh kerana itu, sejak adik di sahkan sakit kebocoran buah pinggang, saya dan suami banyak bersedia.Mungkin secara fizikal saya dan suami Nampak tabah, tapi dari segi mental saya tidak sekuat En suami.Tetapi, oleh kerana saya mempunyai seorang suami yang begitu memahami diri saya, saya boleh menghadapi semua ini.Memang ada kala saya menangis, berfikir kesan penyakit adik apabila dewasa.Tapi, satu saja yang saya tetapkan dalam diri saya sekarang, setiap yang berlaku ada hikmahnya,kita di uji dan tak mustahil satu hari nanti kita akan dapat nikmatnya,InsyaAllah.
 
 
Oleh kerana kesibukan dengan pelbagai aktiviti seharian, saya di bantu oleh pihak Taska yang banyak menolong saya bagi menjaga hero-hero terutama adik.Dalam segi makan minum, selepas saya terangkan pada pengasuhnya, adik dapat disiplinkan diri terutama semasa makan ubat.
Alhamdulillah.Terima Kasih Festive Childcare terutama Untie Ima. Hero-hero saya ni anak angkat beliau dan suaminya.Tak boleh di usik, sayang sangat suaminya pada hero-hero saya ni,
Thank you Uncle Din and Untie Ima.
 
 
Sabtu lepas saya dan suami pergi ke Nuri Education tempat abanglong belajar, pertemuan antara guru dan ibubapa bagi mengetahui tahap anak-anak bersekolah.Komen Teacher Eswari selaku guru kelasnya, 'Arif seorang yang pendiam, mulut berat,dengan kawan-kawan baru dengar suara, bila saya Tanya, dia diam.Jika ke toilet,turun tangga senyap-senyap.Bila di tegur, baru beritahu saya nak ke toilet.Minum air memang susah'.Bila ibu dengan ayah dengar, balik terus slow talk dengan dia.Ibu dari dalam kereta dah pot pet,pot pet...tak tunggu dekat rumah, ayahnya saja yang bercakap dengan dia berdepan.Alhamdulillah selepas 2-3 hari ni nampak perubahan sedikit.Mahu bercakap dengan teacher, boleh buka mulut.
 
 
Kalau home work memang tugas ibu mengajar, ibunya singa+harimau, memang kena kalau main-main,tulis tak lawa.Jika dengan ayahnya mesti main sahaja.Ayahnya lembut, susah nak marah.Ibu tegas, itu sebab hero-hero saya lebih suka ayah,sayang ayah dari ibu.Saya tak kisah,janji mereka tahu saya tegas bersebab.Tapi, bila nak tidur, ada kala saya akan baring dengan mereka di bilik, saya akan slow talk, masa itulah 'kita saying ibu,muah...muah...muah...'.Anak oh anak.Alhamdulillah, hero-hero saya tahu saya tegas kenapa, tapi kadangkala suka juga mereka buat ibunya marah.Sehari tak dengar ibu bising tak sah.
 
 
Saya sibuk menghadiri kuliah setiap minggu.Semester ini saya ambil 4 paper, menguji saya setiap masa.Saya kena lalui juga, sebab saya nak cepat tamat belajar.Saya ada misi lain selepas tamat belajar.Kisah belajar akan saya ceritakan kemudian.
 
 
Oklah, saya rasa sampai sini saya mencoret.Ada kelapangan saya akan update kisah saya seharian, InsyaAllah.
 
Wassalam.
 


Selasa, 11 Mac 2014

#PrayForMH370

Assalammualaikum wbt...
 
 
Salam buat semua.Hari ini masuk hari keempat kehilangan Pesawat MH 370 dari Malaysia ke Beijing. Saya bukan seorang yang tahu berkenaan pesawat,kerana naik kapal terbang pun belum pernah lagi, tapi sedikit sebanyak saya turut merasai apa yang di rasai oleh ahli keluarga mereka yang terlibat.
 
 
Pelbagai spekulasi yang kita dengar berkenaan kehilangan pesawat ini.Bagi saya seorang insan kerdil di sisiNya merasakan ini adalah salah satu dugaan kita di muka bumi ini.Kita di uji dengan kehilangannya, dan kita juga di uji dengan bagaimana kita mengatasi masalah ini untuk mencari jalan penyelesaiannya.
 
 
Pada Dia,Allah SWT kita kena berserah, perbanyakkan doa buat mereka agar di jumpai.Jika melalui cara fizikal tidak jumpa, tidak salah kita meminta kepadaNya kerana Dia Maha Mengetahui apa yang berlaku di sebaliknya.Telah tertulis segalanya.
 
 
Saya bukan seorang yang taksub kepada media social, tetapi saya ada memiliki akaun Fb,Twitter,Instagram dan Blog, yang saya ralat teramat sangat apabila mereka-mereka di luar sana mengeluarkan pelbagai kenyataan atau status yang menyedihkan dan adakalanya status yang kurang di senangi oleh kita, rakyat Malaysia.
 
 
Tahukah rakan-rakan semua, hampir keseluruhan yang update status kebanyakan adalah orang kita, orang melayu.Inikah bangsa yang kita agungkan?Bukan saya memandang rendah, tetapi saya amat dukacita dengan status-status yang tidak bermoral ini.
 
 
Kita bukan yang terbaik,tetapi kita cuba menjadi yang terbaik.Marilah kita sama-sama doakan agar mereka selamat dan dapat pulang ke pangkuan keluarga.Mereka ada anak-anak,ibu bapa yang sudah tua, yang memerlukan perhatian mereka.
 
Mungkin kita tidak rasai kerana mereka bukan ahli keluarga kita, tetapi bayangkan andai satu hari nanti keluarga kita sendiri terlibat dengan dugaan seperti ini, adakah kita akan menyatakan perkara yang sama seperti yang kita lakukan sekarang?Saya sedikit emosi bila membaca, sedih kerana sempit sangat fikiran kita rakyat Malaysia.
 
 
Moga di saat kita berhadapan dengan krisis air,krisis jerebu ini Allah SWT memberikan petunjuk kepada kita untuk mencari jalan penyelesaian masalah ini.Ketepikan semua yang boleh menggugat keutuhan kita rakyat Malaysia, marilah kita bersatu untuk mencari jalan penyelesaiannya.Jangan tunding jari pada orang lain, tetapi melalui jari kita boleh membantu, dengan cara BERDOA.
 
 
Kita bukan Tuhan, tapi kita di ajar untuk memohon kepadaNya.Setiap kaum ada cara mereka untuk berdoa, tak salah kita sama-sama berdoa, memohon segala petunjuk,Insya Allah doa dari kita yang ikhlas ini akan di makbulkan olehNya.Kita jangan give up dengan semua dugaan ini, anggaplah ia sebagai dugaan kita di dunia, di akhirat kita tidak tahu bagaimana nanti.
 
Wassalam.
 
(p/s:maaf jika ada yang terasa, just luahan hati saya saja. #PrayForMH370)
 
 


Khamis, 6 Mac 2014

Puteri Nur Balqis Qaisara

Credit For Me : Bab 10
Teks By : Lyly Affazreen Abdul Latiff


"Maaf,buat Ku Nir tertungu-tunggu, saya ada kerja sedikit tadi""Tak mengapa Balqis, saya pun baru sahaja sampai.Kita gerak sekarang,"Balqis menganggukkan kepalanya."Balqis ada beritahu Hazwan Balqis ikut saya?""Haaaaa...tak ada""Kenapa tak beritahu dia,nanti kalau apa-apa terjadi, dia tahu,""Baiklah"Seperti yang di suruh,Balqis hubungi abang sepupunya.


Apabila Balqis memaklumkan perihal dia ke rumah Ku Nir, abang sepupunya terkejut dan meminta untuk bercakap dengan Ku Nir."Boleh saya bawa adik awak?Maaflah tak beritahu awal""Tak apa,cuma saya terkejut juga.Kenapa ya Balqis ke rumah Ku Nir?""Ni atas undangan my mom Hazwan,my mom nak Balqis rekakan busana untuk dia""Ohhhh Tengku Suraya...baiklah,tapi nanti saya harapkan Ku Nir pastikan adik saya sampai ke rumahnya dengan selamat yea, risau juga.Dia jarang keluar malam kecuali dengan saya dan Nadia""Awak jangan risau Hazwan, saya janji akan jaga adik awak sebaik mungkin,awak kenal saya dan keluargakan?""Baiklah.Ku Nir, inilah masa Ku Nir nak kenal Balqis, jangan lepaskan peluang"Hazwan ketawa,di ikuti oleh Ku Nir."Thanks Hazwan, saya hargai.Saya tak akan lepaskan peluang.Terima kasih juga kerana mempercayai saya"Selepas perbualan tamat, handphone di serahkan kepada Balqis semula.


"Terima kasih Balqis kerana sudi menerima pelawaan my mom""Ini sebahagian dari kerja saya Ku Nir, tak perlu ucapkan terima kasih""Baiklah....Balqis, apa yang saya beritahu dahulu, saya maksudkannya.Saya serius ingin berkawan dengan awak,"Balqis terkejut apabila Ku Nir mula bercerita perihal hati dan perasaan,terasa kejanggalan baginya.


"Balqis...""Ermmm...maafkan saya,saya rasa biarlah kita berkawan seperti sekarang" "Kenapa awak tak nak bagi saya kenal diri awak?Saya ikhlas ingin berkawan dengan awak, ingin lebih mengenali awak,bukan secara luaran sahaja, tetapi secara keseluruhannya," "Saya tidak boleh Ku Nir, saya insan biasa, tidak sesuai dengan Ku Nir""Kenapa Puteri Nur Balqis Qaisara Tengku Megat Radhwan kata begitu?Darah kita tak sama ker?Saya darah hitam ker?"Balqis terkejut bila nama penuhnya di sebut oleh Ku Nir,setahunya dia tidak pernah menggunakan nama gelaran 'Tengku' bagi nama bapanya,kerana dia merasakan sungguh sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku sebelum ini.


"Mana Ku Nir tahu nama penuh saya?"Wajah tenang lelaki tersebut di tenung oleh Balqis."Semua berkenaan awak saya tahu Balqis, itu sebab saya ikhlas ingin berkawan dengan awak, saya tak kisah segala kisah lampau awak, saya ingin kenal orang yang tabah, yang berjaya mencuri hati saya.Walaupun kita baru kenal, tetapi saya ikhlas terhadap awak"Kata-kata yang di luahkan oleh Ku Nir membuatkan Balqis bertambah terkejut.


"Abang Iwan beritahu Ku Nir semuanya ker?""Jangan salahkan dia Balqis, saya yang ingin mengetahui pasal awak, apa yang saya katakan, itulah saya tunaikan,cuma terpulang pada awak untuk menilainya, saya ikhlas""Baiklah,saya rasa lebih baik kita berkawan dahulu Ku Nir, mungkin secara fizikal Ku Nir dapat tahu mengenai saya dari abang, tetapi saya perlukan masa untuk semua ni,ia terlalu drastik bagi saya"Ku Nir menganggukkan kepalanya,"Ambillah seberapa lama Balqis mahu untuk mengenali saya, tapi janganlah terlalu lama sangat,kesian saya nanti,"Balqis tersenyum.


"Untuk pengetahuan Balqis, saya sudah lama tahu cerita Balqis, cuma secara detail baru saya berpeluang apabila saya dapat berbual dengan abang sepupu Balqis""Mesti perkara yang tidak baik Ku Nir dengarkan pasal saya""Balqis, kita tak minta di lahirkan seperti tu, mungkin ada hikmah semua ini berlaku.Balqis kena tahu, kita manusia di uji dengan pelbagai ujian di atas muka bumiNya, kita kena pandai dan tahu mengatasinya.Saya percaya satu hari nanti Balqis akan dapat kebahagiaan yang Balqis cari, kita sama-sama doakan ya,"Balqis menganggukkan kepalanya tanda mengiakan apa yang di perkatakan oleh lelaki di sebelahnya.

Rabu, 5 Mac 2014

Puteri Nur Balqis Qaisara

Credit For Me : Bab 9
Teks By : Lyly Affazreen Abdul Latiff


"Boleh saya tahu nama penuh Balqis?"Balqis terkejut dengan pertanyaan Tan Sri Engku Yahaya."Kenapa pa?""Tak ada apa-apa Ku Nir, cuma muka Balqis macam mirip dengan Tok Engku,itu yang papa tanya,tak ada apa-apa""Ohhhh...."Ku Nir memandang  gadis di depannya,gadis yang berjaya mencuri hatinya.


"Puteri Nur Balqis Qaisara,Tan Sri""Cantik nama kamu, ibu ayah masih ada?"Persoalan kedua Tan Sri makin berat untuk Balqis jawab,dia berada dalam keadaan serba salah."Ibu saya dah meninggal beberapa tahun lepas,"Riak muka Balqis sayu bila mengingati arwah ibunya."Maafkan saya,"Balqis tersenyum dan menganggukkan mukanya.


Bunyi deringan handphone Tan Sri mengganggu perbualan mereka,salam di berikan."Yes honey, kenapa call ni?rindu ya?"Ku Nir terkejut, mesti mom nya yang call, kemesraan mom dan papanya memang tidak dapat di nafikan."Mesti mom saya yang call, sorrylah Balqis, mom dengan papa saya ni memang loving couple..""Ohhh yea ker, alhamdulillah.Moga perhubungan ni berterusan ke jannah"Ku Nir tersenyum.

"Yes honey, I dekat luar dengan Ku Nir,Balqis""Balqis?""Balqis yang reka baju-baju untuk majlis kita nanti""Wahhhh..rekaan dia very nice, please inform the ladies to design honey punya baju boleh darling?""Boleh sangat-sangat,nanti I minta dia ke rumah kita untuk ambik ukuran honey,""Thanks darling,".

Selepas perbualan dengan isteri kesayangannya tamat, Tan Sri segera mendapatkan Balqis dan anaknya."Balqis, malam ni awak free tak?"Ku Nir terkejut dengan pertanyaan papanya,"Jangan salah faham Balqis, hensem boy...bukan papa nak ajak Balqis keluar, cuma papa nak ajak Balqis ke rumah.Your mom nak Balqis rekakan baju khas untuknya bagi majlis kita,your mom berkenan dengan design Balqis""Ohhh,Ku Nir ingatkan apanya tadi, papa ni,buat Ku Nir terkejut jer""So Balqis, awak free?""Insya Allah, saya rasa saya tak ke mana-mana malam ni,""Good, nanti selepas kerja saya minta Ku Nir ambil awak dekat sini""Tak mengapa Tan Sri, saya boleh pergi sendiri""Tak apa Balqis,saya minta awak datang, so saya tak nak susahkan awak mencari rumah saya.Biar my hero ambil awak nanti,ok"Balqis tersenyum dan menganggukan kepalanya.

Selepas mesyuarat tamat pada tengahari tersebut, Balqis kembali sibuk dengan rekaan yang perlu di siapkan.Ketelitian amat di titik beratkan oleh Balqis di dalam menghasilkan rekaannya.Ketukan di pintu mengganggu tumpuan Balqis."Balqis""Bos""I nak tahu, you dengan Tan Sri dan anaknya memang rapat ker?""Tak lah bos, saya kenal anaknya melalui abang saya, mereka kawan dahulu.Tan Sri saya baru kenal tadi, kenapa bos?""Tak ada apa, cuma Tan Sri ada ask me question about you, macam berkenan dengan you,"Mr Albert Yong tersenyum.

"Bos bagi tahu apa-apa pasal saya ke?""I cakap you pekerja yang amat I sayang tahu, you berkebolehan tinggi dalam designer ni, why ada apa-apa yang I perlu beritahu mereka ker?""Nothing, saya biasa saja, bos yang suka lebih-lebihkan saya""You pekerja terbaik Balqis, I suka you berada di dalam akademi ni, walaupun you baru lagi di sini, you adalah the best designer bagi I""Thank you bos,saya amat hargainya""You berbaiklah dengan Tan Sri, dia seorang yang baik, I suka bekerjasama dengan dia.Mana tahu you jadi menantu dia ker, anak dia bujang lagi tau""Bos!!!!"Mr Albert Yong ketawa sebelum keluar dari bilik Balqis.Balqis hanya memandang geram dengan bosnya.

Salam Buat Semua

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk bernafas lagi.Bulan 3 bagi tahun 2014, sekejap sahaja masa berlalu.Bulan ini, bulan yang di tunggu oleh saya.Penghujung bulan nanti genaplah usia perkahwinan saya dan suami 6 tahun.

Sekejap sahaja masa berlalu, tahun hadapan abanglong dah darjah 1.Dulu saya ingat lagi, doktor dekat sebuah klinik swasta di Bangi kata saya mengandung luar rahim, tapi hati saya kuat katakan TIDAK!Akhirnya abanglong lahir, cuma terlebih awal sedikit dari tarikh ditetapkan, tapi kerana berat abanglong ok, abanglong tak perlu masuk wad.Syukur alahamdulillah.

Tahun ni abanglong sekolah dekat Nuri Education, seronok sangat dia.Boleh di katakan setiap hari dia nak pergi sekolah, anak oh anak.Insya Allah tahun hadapan adik pula akan menyusul bersekolah di sana.Di harap adik juga seperti abanglong, suka ke sekolah.

Alhamdulillah juga kerana tahap kesihatan adik juga semakin baik, cuma muka adik sedikit cengkung, kesan ubat agaknya.Sekarang makin aktif, asyik bercakap sahaja.Semua orang dia nak sayang, dia nak comel-comelkan...keletah dia kadang-kadang buat saya dan suami geli hati.Makin nakal...
Cuaca sekarang juga sukar di jangka, panas sahaja.Dah lama tak hujan.Kalau basuh baju memang cepat jer kering, suka saya.Tapi panas sangat pun tak juga boleh, moga cuaca di luar sana kembali seperti biasa,Insya Allah.Mari kita sama-sama doakan yea.

Saya sudah mula sibuk asyik berkampung di UTM sahaja untuk menyiapkan segala tugasan.Subject yang saya ambil juga tinggal tak banyak, tak sabar nak habis cepat.Insya Allah tak lama lagi saya akan sibuk buat Projek Sarjana Muda, moga saya dapat laksanakan tugasan ni dengan sebaik-baiknya.Amin.

Pendaftaran untuk kelas belajar blog masih dan sentiasa di buka.Jika ada kawan-kawan yang ingin join saya untuk belajar membuat blog, amat-amat saya alukan.Pendaftaran boleh di buat melalui saya terus.Tenaga pengajar yang berkemahiran dan berkaliber sentiasa boleh membantu anda semua.Jangan ketinggalan dan lepaskan peluang keemasan ini.

0197676461
Wassalam.

Isnin, 3 Mac 2014

Puteri Nur Balqis Qaisara

Credit For Me : Bab 8
Teks By : Lyly Affazreen Abdul Latiff



"Balqis..."Balqis segera menoleh apabila namanya di panggil.Geram juga hatinya,sudahlah dia terlewat bangun pagi ni, dengan keadaan jalan jem membuatkan dia sampai ke pejabat lewat."Ku Nir,saya ingatkan siapa tadi"Balqis menundukkan sedikit kepalanya sambil memberikan senyuman kepada lelaki di sebelah Ku Nir."Balqis kenalkan ini papa saya,pa...inilah fashion designer kita untuk projek tu nanti""Ohhhh ini orangnya, cantik. Hari tu saya tak dapat jumpa orangnya.Muda-muda lagi dah jadi terkenal,cantik rekaan kamu,saya suka""Terima kasih Tan Sri, terlalu besar pujian tu,saya baru saja menapak dalam dunia ni"Tan Sri Engku Yahaya tersenyum mendengar jawapan Balqis,pandangan peribadinya Balqis seorang yang sopan santun,suka dia melihat perwatakan gadis di depannya.


"Tan Sri Ku Yahaya..Engku Nirwan, how are you?"Sapaan dari belakang membuatkan mereka bertiga menoleh serentak."Mr Albert,so long I tak jumpa you, I ok saja, macam biasa"Balqis berubah wajah, 'Alamak, bos aku ni, time-time macam ni pulak dia muncul, dah ler aku tak masuk office lagi'gumam Balqis."Balqis?""Yes bos, sorry""For what?"Mr Albert Yong pelik tiba-tiba Balqis meminta maaf,"Saya terlewat""Ohhh its ok Qis, you mesti penat buat design untuk majlis tu, I tak kisah janji Tan Sri suka your design"Balqis tersenyum, di dalam hatinya dia bersyukur Mr Albert Yong tidak bising dia terlewat.


Malam tadi dia tidur lambat di sebabkan memikirkan apa yang di beritahu oleh abang sepupunya."Balqis, come here..why you berdiri dekat luar lagi,tak nak naik office ker?" Balqis terkejut di sapa oleh Mr Albert Yong,"Sorry bos""Haiyaaaa you berangan ya...ini mesti ingat boyfriend"  "No lah bos,tak ada siapa nak saya ni""Kalau tak ada siapa Balqis, saya boleh pinangkan awak, saya ni ada 2 anak bujang"Tan Sri Engku Yahaya ketawa,di ikuti oleh Mr Albert Yong,Ku Nir tersenyum lebar.Merah padam muka Balqis.


Ketika Balqis meminta diri untuk ke biliknya,Mr Albert Yong mengingatkan tentang meeting yang akan dia hadiri sebentar lagi.Segala fail yang di perlukan untuk meeting pagi ini di letakkan di satu sudut.Meeting akan berlangsung pada pukul 9,Balqis memeriksa drawing untuk final checking.


Tiba-tiba handphone Balqis berbunyi,salam di beri selepas Balqis mengetahui siapa yang menelefonnya."Qis, hujung minggu ni ikut abang ya""Ke mana bang?""Adalah, kita celebrite birthday Qis sekali ye,abang ambil Qis nanti""Tapi....""Dah jangan byk tapi-tapi lagi...tak kesian abanglah ni, na mengelak jer,dah lah beberapa tahun Balqis kat luar negara abang tak dapat sambut birthday Qis""Yea lah abang sayang,Qis ikut.Kalau merajuk kalah Qis abang ni"Iwan ketawa mendengar usikan adik sepupu kesayangannya.

Sabtu, 1 Mac 2014

Adik sakit balik...:-(


Assalamualaikum wbt,

Untuk tempoh beberapa hari ni, saya teramat sibuk.Bukan setakat saya sibuk dengan kerja, bukan juga sibuk sebagai student, tapi sibuk sebagai seorang ibu kerana anak kembali tidak sihat.


Anak bongsu saya, yang saya panggil nain atau adik, kembali tidak sihat semula.Nifrotik Syndrome kembali menyerang adik.Pilu hati saya kerana adik terpaksa makan ubat dan mendapatkan rawatan semula.Bayangkan hati seorang ibu, menyuapkan makan tengahari kepada anaknya,hanya boleh makan sup telur,yang langsung tiada perisa,tawar...tiada langsung rasa garam atau rasa yang lain.


Hampir menitik air mata saya pada hari pertama saya suapkan nasi dan sup telur tersebut. Rasa tak tergamak saya nak bagi adik makan sup tawar seperti itu,tapi saya terpaksa.Hati saya merintih melihat adik makan,tak sampai 10 suap adik dah kata kenyang.Adik langsung tak lalu makan.Menangis saya ketika itu melihat perubahan drastik adik.


Kenapa saya bercakap begitu,satu sahaja....saya dan suami menjaga segala makan minum adik selepas di sahkan mengidap sakit sedemikian.Kami pantau segala pemakanan dan tahap kebersihan dia.Selepas beberapa bulan sakit dia tidak menyerang, kali ini seluruh badan adik terlalu sembap.a..langsung tidak molek badannya.Badan adik naik mendadak.Kanak-kanak pada usia 4 tahun dengan berat 19.2 kg, banyangkan kawan-kawan....


Oleh sebab adik makin teruk,perubahan badan dan urine test yang saya dan suami buat di rumah, kami sepakat membawa adik ke hospital.Adik di rujuk terlebih dahulu ke klinik panel yang biasa kami bawa dia.Selepas segala pemeriksaan di buat oleh Dr.Tan dari The People Dispensary,Johor Bahru, adik di rujuk ke KPJ Abdul Samad,Johor Bahru semula.


Kami bawa adik berjumpa dengan Dr.Woon kembali.Dia juga sedikit terkejut kerana adik sudah lama tidak mendapatkan rawatan dengannya, ini kerana kes adik telah di rujuk di HSI,Johor Bahru under Dr.Susan Pakar Buah Pinggang.

Bukan kami tidak mahu ke HSI kembali, tapi faktor kelewatan dan kena ada temujanji sebelum pertemuan, saya dan suami pakat rujuk adik di KPJ sahaja.Dr.Woon memang sudah tahu kes adik.Pelbagai penerangan di berikan dan dia juga minta saya banyak berdoa agar adik sembuh dan sakit ini tidak menyerang kembali.Ini kerana adik seorang anak yang aktif, dialah selalu memeriahkan suasana kami sekeluarga.


Urine test di buat dan Dr.Woon berjanji akan menghubungi kami apabila result keluar.Ketika suami saya ingin menghantar saya ke pejabat pada petang tersebut,(adik di jaga oleh suami, kerana dia tidak bekerja),kami mendapat panggilan dari Klinik Pakar Dr.Woon.Saya langsung tiada kekuatan untuk menjawab panggilan tersebut, saya serahkan handphone kepada suami untuk mengetahui result urine test adik.Saya takut jika resultnya terlalu tinggi.


Kawan-kawan bayangkan, pagi sebelum ke klinik saya sudah buat urine test adik,result 3-4+.Di Klinik panel result urine test adik 2+,tetapi bila di KPJ, Klinik Dr.Woon result urine test adik naik 4+.Aduhai.......luluh hati saya.


Sekarang saya dan suami kena pantau kesihatan adik, pemakanan adik,ubatan adik..ini kerana selepas seminggu adik akan berjumpa dengan Dr.Woon kembali.Jika result urine adik still meningkat dan tak stabil, adik kena warded.Saya tak nak adik kena injection lagi.Kesian adik...


Cuma selepas 3 hati adik makan ubat, saya dan suami pelik kerana result urine test yang kami buat di rumah turun 1+,tetapi muka adik bertambah-tambah bengkak.Apakah petandanya ini Ya Allah, saya terlalu risau.Kami suami isteri takut bila adik bangun pagi, muka adik bengkak.Amat ketara sangat...


Saya dan suami akan lakukan yang terbaik untuk adik.Doakan kesihatan adik yea.Saya berharap sangat adik sihat, kerana adiklah anak yang aktif,dialah anak yang suka riuhkan suasana rumah dengan keletah dia, walaupun kadangkala dia suka buat abang dan ibu ayahnya marah.Lasak adik untuk membesar.


Saya tidak dapat mencoret lagi, kerana hati saya sedih,saya menangis semasa menaip kisah adik.Berikanlah saya kekuatan untuk menghadapi semua ini,InsyaAllah.


Wassalam.