Ahad, 15 Disember 2013

SELAMAT HARI LAHIR SAYANGKU :-)

HAPPY BIRTHDAY ABANGLONG!!!
 
 






 
 
Jika dulu time-time macam ni ibu baru saja warded dekat KPJ Abdul Samad, Johor Bahru sebab air ketumban pecah.Tetapi kesakitan langsung tiada terasa,sehingga MIL dating waktu tu di hospital siap bertanya,"Kamu tak sakit ker?gelak je"Itulah nikmat yang ibu rasai selepas 9 bulan ke hulu ke hilir membawa permata yang bakal menyinari hati ibu ayah.Walaupun alahan yang ibu terima teramat "teruk" semasa mengandungkan kamu, tetapi Dia anugerahkan kepada ibu kesenangan melahirkan permata hati ibu ini.Kesakitan di rasai selepas azan subuh berkumandang,tetapi kesakitan tidak seteruk yang ibu dengar,hanya sakit biasa.Berkat ayat suci Al-Quran yang di baca,Alhamdulillah tepat pukul 9:45 am lahirlah abanglong ke dunia, memeriahkan kehidupan ibu ayah dan semua orang.
 
Doa ibu ayah semoga abanglong menjadi anak yang berguna pada bangsa dan Negara.Menjadi imam ibu ayah, menjadi anak soleh,menjadi abang terbaik bagi adik dan di murah rezeki,di panjangkan umur serta di berikan kesihatan yang baik sepanjang masa.Tiada apa yang boleh ibu ayah berikan selain kebahagiaan buat anak yang ibu ayah sayangi.
 
Amin. 


Tiada ulasan: