Selasa, 17 Disember 2013

Salam Pagi Isnin

Assalamualaikum wbt...
 
 
Hampir beberapa minggu saya kesibukan menguruskan segalanya berkaitan kerja,kuliah,bercuti dan sebagainya.Penat memang tak boleh di ungkap dengan kata-kata tapi keseronokan di balas dengan semua kepenatan tersebut.Alhamdulillah saya dapat laksanakan semuanya dan ada antaranya saya dup dap dup dap menunggu keputusan.
 
Selain sibuk dengan kuliah, tugasan yang sentiasa ada,saya sibuk dengan preparation untuk temuduga kenaikan pangkat dan sesi rayuan prestasi.Saya nak cerita serba sedikit semasa temuduga di laksanakan.Selepas sesi pendaftaran, saya di tempatkan ikut turutan.Saya dapat di bilik 2, bahagian D,D3.Maknanya saya orang ketiga akan di temuduga.Sebelum saya, ada kawan office lama di Bangi, seorang staff di TNB Kulai dan saya yang terakhir.
 
 
Firstly saya kena buat writing, secondly presentation apa yang kita tulis semasa writing, next step saya ada group discussion and presentation.Part terakhir saya di temuduga.Bukan senang untuk temuduga Eksekutif TNB yea,tapi Alhamdulillah saya dapat lalui walaupun rasa takut,gemuruh menyelubungi diri.
 
 
Semasa temuduga satu perkara yang saya kena ada iaitu Keyakinan, dan saya ada keyakinan tersebut.Sekarang, bergantung dengan panel penemuduga sahaja untuk menilai saya semasa sesi temuduga tersebut.Writting in English mengajar saya untuk lebih improvekan lagi penguasaan bahasa inggeris saya,Insya Allah.
 
 
Yang saya tidak dapat lupakan, saya langsung tidak di tanya berkenaan TNB,tetapi panel lebih berminat dengan kisah saya future study.Segala pengalaman saya ceritakan semasa saya belajar.Yealah, macam blog saya juga, saya adalah seorang yang bekerjaya, bagaimana saya manage masa untuk semua ini.Jawapan saya satu sahaja, "bila saya ada di rumah, saya akan bahagikan masa antara anak-anak dan belajar, bila saya di pejabat saya akan tumpu pada kerja,begitu juga saya di kuliah, saya tumpu pada apa yang di ajar oleh pensyarah saya"Saya bernasib baik kerana My Lovely Hubby, En Somi banyak memberi morale support,Alhamdulillah, Syukur AtasNya.


Oklah kawan-kawan, nanti saya memcoret lagi dan menyambung nukilan KAU YANG TERAKHIR.Moga hari ini lebih baik dari semalam dan hari-hari sebelumnya,InsyaAllah.


Wassalam.

Tiada ulasan: