Selasa, 17 Disember 2013

KAU YANG TERAKHIR

Credit For Me : Bab 17

"Syed Shamsul Affendy, dia lelaki pertama yang ada dekat hati saya.Lelaki yang mencuri hati saya dan lelaki itu juga yang melukai hati saya"."Apa di buatnya?""Dia tinggalkan saya kerana terpaksa berkahwin dengan orang yang sama keturunan dengannya""Oh sebab itu awak tidak mahu meneruskan perkahwinan kita hari tu,sampai papa sakit?""Saya tak nak jadi macam dia,saya tak nak kahwin kerana di atur oleh keluarga, akibatnya tak bahagia""Siapa tak bahagia?Awak ker dia? "Suhaida memandang Ilham, "Dia""Dia hubungi awak ker?""Mana awak tahu?""Saya agak sahaja, jika tak mustahil awak sampai mimpikan dia"Keluhan berat di lepaskan oleh Suhaida.

Ilham memandang isterinya, dia bangun dan duduk di sebelah isterinya.Matanya memandang mata isterinya."Saya mungkin bukan yang terbaik untuk awak, tapi saya cuba untuk menjadi yang terbaik untuk awak, saya tahu saya bukan yang sempurna kerana hati saya juga di miliki oleh orang lain, insan yang pertama saya kenali sebelum awak"Suhaida mendengar kata-kata Ilham.Ilham mencapai tangan isterinya,"Suhaida Zaharah, saya kahwini awak kerana saya tahu keikhlasan awak menerima saya.Saya tak boleh menolak takdir jika sudah tersurat awak untuk saya, bukan Natasya.Satu sahaja saya pinta bagi saya masa untuk hadapi semua ini, saya akan cuba""Tapi..perjanjian kita..""Saya tahu, kita dah tandatangan surat perjanjian untuk buat haluan masing-masing, tapi selepas saya fikirkan saya ingin batalkan semuanya""What!!!apa semua ini Ilham?"

Ilham memandang isterinya, marah sungguh isterinya dengan kata-katanya,tetapi dia tidak boleh buat apa-apa, kerana perjanjian tersebut terlepas pada papanya, papanya sudah membaca segalanya, selepas maghrib tadi dia di panggil untuk kepastian.Lelaki berbicara dengan lelak,mungkin ada kebaikannya.

"Apa semua ni Ilham?papa tak sangka sampai macam ni kamu berdua buat kami semua""Maafkan Ilham papa, kami bukan membelakangkan papa,mama dan ibu, cuma kami tak boleh hadapi semua ini secara tiba-tiba""Ilham, perkahwinan adalah ikatan yang suci nak, kita tak boleh main-mainkannya.Kalau kamu lakukan apa yang kamu buat seperti di dalam perjanjian ini, jatuh talak kamu.Kamu di kira dayus Ilham"Ilham memandang wajah bapa mertuanya,betul dia akui kata-kata papanya."Ilham berpelajaran tinggi, Ilham patut boleh bezakan mana yang boleh di lakukan atau tidak.Papa tahu Ilham baru kehilangan insan yang Ilham cintai, tapi Ilham kena ingat, jodoh pertemuan ajal maut semua dekat tangan Dia.Jika nafkah zahir batin tidak di tunaikan, secara tak langsung boleh gugur talak dengan sendirinya.Kalau anak papa jumpa orang lain dia boleh kahwini, kenapa Ilham?Kamu tahu tak ini semua apa?"Ilham mengeluh.

"Ilham minta maaf papa, mungkin semua ini di lakukan atas sebab kami di kahwinkan kerana wasiat,kami tak bersedia, terlalu drastic semua ini""Papa tahu Ilham, itulah yang papa pernah tanyakan pada arwah ayah kamu,tapi satu sahaja jawapan yang di berikan oleh ayah kamu, ketika kamu berusia 30 tahun, kamu sudah boleh membimbing keluarga sendiri, kerana sikap dan perangai kamu sama seperti ayah kamu.Dia juga berkahwin di usia tersebut dengan ibu kamu, dia seorang ayah Ilham, dia boleh menilai perilaku anaknya"Ilham terdiam mendengar kata-kata papanya."Kamu buatlah solat,mohon petunjuk.Papa juga tahu sebelum kamu berkahwin kamu juga solat istiharah, mohon petunjuk jika betul anak papa jodoh kamu, kamu yang mohon PadaNya, kamu sudah dapat jawapannya.Cuma satu papa pesan, jika kamu tidak boleh meneruskan perkahwinan ini, papa tak marah jika kamu ingin akhirinya, tapi biarlah mengikut cara yang betul""Papa, Ilham minta maaf,Ilham tahu Ilham salah".Tan Sri Hakimi hanya menganggukan sahaja kepalanya, kerna dia tahu Ilham adalah yang tercipta untuk anaknya.

"Za, mari sini duduk sini, jangan marah-marah.Kita berbincang"Ilham memanggil isterinya yang jalan mundar mandir di hadapannya."Awak jangan nak main-main Ilham""Za...mari sini, kita bincang baik-baik.Saya penat dengan semua ini, please.."Akhirnya Suhaida duduk kembali di sebelah suaminya.Diceritakan semuanya kepada isterinya apa yang di bincangkan olehnya dengan bapa mertuanya.Terkejut Suhaida mendengarnya, padanlah di cari perjanjian tersebut tidak di jumpai, rupanya sudah ada di tangan papanya.

"Macam ni lah Za, hal berpindah memang saya akan tunaikan.Saya sudah berbincang dengan papa, papa restui.Saya sudah siapkan rumah tersebut, tinggal menunggu awak sahaja masuk ke rumah.Mungkin papa sudah sediakan rumah untuk kita, tapi saya pinta biarlah rumah itu dahulu, saya rasa besar sangat rumah tu untuk kita, saya sudah belikan apartment dekat dengan tempat kerja awak, tak perlu risau, ia kecil sahaja tapi ia selesa untuk kita berdua"Ilham memandang isterinya, "Kenapa? sejuk ker?"Suhaida mengangguk kepalanya, memang dari mula-mula tadi dia sudah terasa sejuk, tapi kerana terkejut dengan kata-kata Ilham, dilupakan saja kesejukan yang di rasainya."Mari sini" Suhaida kebingungan.Di peluk isterinya, memberi haba untuk hilangkan kesejukan,terasa kekok Suhaida di peluk pertama kali oleh Ilham.Mungkin dia bebas orangnya dahulu, tapi untuk di peluk oleh lelaki memang tidak sama sekali,itu amat di jaganya.

"Saya harap awak tak marah"Ilham memandnag isterinya,tiada anggukan atau gelengan dari Suhaida, Ilham tersenyum."Za, saya tahu kita berkahwin atas nama wasiat, tapi saya harap kita sama-sama cuba bagi masa untuk  hubungan ini.Perkahwinan selama 4 hari ni masih awal untuk kita akhiri Za jika kita tak mencuba untuk menerimanya.Saya juga rasa kehilangan, tetapi saya ingat pesan Natasya, pesan papa, kita kena cuba dan terus mencuba untuk perkahwinan yang suci ni"Ilham memandang langit kehitaman di hadapannya, damai sahaja rasanya."Saya tak akan memaksa awak menerima saya, cuma saya nak kita sama-sama usaha untuk belajar menerima semua ini, kita cuba, jika kita tidak berjaya, mungkin cara terakhir tersebut terpaksa kita buat""Baiklah, saya cuba, tapi awak jangan paksa saya untuk semuanya"Ilham tersenyum mendengar kata-kata persetujuan isterinya.

Sayup kedengaran azan subuh dari masjid berdekatan rumah bapa mertuanya."Da subuh, jom masuk, solat.Sejuk""Baiklah..nanti kita sambung berbincang"Suhaida bangun mendahului Ilham dan memasuki ke dalam bilik."Za..."Suhaida memandang suaminya."Yea"Ilham menghampirinya,"Saya rasa tidak perlulah awak memakai tudung di depan saya, kerana kita suami isteri yang sah,izinkan saya membukanya"Suhaida tergamam.Dari awal lagi Ilham perasan isterinya langsung tidak membuka tudung, mungkin sebab perjanjian tersebut membuatkan isterinya bertindak sedemikian. "A..a..awak...""Tiada batas aurat awak untuk saya, jangan tutupinya kerana ia tidak berdosa pada pandangan saya, saya hargainya"Terasa kelembutan rambut isterinya apabila di pegang olehnya.Panjang, hampir ke pinggang, lebih manis isterinya tanpa tudung, berbeza Suhaida Zaharah yang dulu dengan  yang sekarang,rambut yang hitam berkilat membuatkan Ilham terasa sesak nafas. Suhaida perasan bila Ilham mengambil dan mencium rambutnya,"Awak..saya ambil air sembahyang dahulu"Ilham melepaskan isterinya dalam keterpaksaan.'Betul kata papa, kata Natasya, jika aku buta untuk menerimanya, aku memang bukan lelaki sebenar'Gumam Ilham sambil memandang isterinya hilang di dalam bilik air.

Tiada ulasan: