Rabu, 4 Disember 2013

KAU YANG TERAKHIR

Credit For Me : Bab 11


Hari ini Ilham dan Suhaida akan mencuba baju pengantin. Ilham mengambil Suhaida di rumah seperti yang di janjikan. Mood Suhaida memang tiada kerana dia memang tak nak naik satu kereta dengan Ilham, tetapi papanya yang meminta dia pergi sekali dengan Ilham.Kesabaran Ilham teruji dengan  sikap Suhaida yang dingin.

Sampai di butik, mereka bertelagah mengenai warna yang hendak di pilih.Ilham suka warna biru, Suhaida suka warna pink.Pening kepala pelayan melayan kerenah mereka.Nasib sebelum ini Puan Sri sudah beritahu pekerja butik tersebut masalah mereka,jadi pelayan butik cuba mengatasi masalah tersebut."Sis,Bos..."Panggil sesorang kepada Ilham dan Suhaida,mereka berpaling."Awak siapa?" "Sorry Bos, i Michale, pemilik butik ni.Maaf sekali lagi kerana i ada urusan tadi.I akan handle mereka Susan, you boleh buat kerja lain"Arah Michale kepada pekerjanya."Okey, Michale..saya mahukan ini"Kata Suhaida dengan penuh angkuh sambil menunjukkan baju yang di minatinya."Eh kejap,saya kata biru ok, not pink..gelilah""What, geli?""Yes""Sabar Sis, Bos..i tahu you all punya citarasa berbeza.Its ok.Mari i tunjukkan design terbaru.Nanti kita gabungkan pink and blue colour untuk majlis you all,ok"Ilham menganggukkan kepalanya.

Akhirnya kata sepakat di beri dan ukuran di ambil.Ilham memerhatikan sahaja sikap Suhaida. Memang dia dah banyak berubah.Apabila Michale nak mengambil ukurannya, dia meminta Susan untuk mengukur, Michale hanya bagi arahan sahaja.Ketidakselesaan badan di pegang oleh lelaki dan Michale memahami.Berapa kali kata maaf di ucapkan oleh Suhaida supaya Michale tidak berkecil hati.Nasiblah Michale jenis open minded.

"Terima kasih sebab sudi terima design yang Michale tunjukkan tadi dan gabungan warna blue pink untuk majlis kita""Saya hanya nak terbaik untuk diri saya,itu saja.Perkahwinan adalah sekali bagi seumur hidup""Awak nak hidup selama-lamanya dengan saya ker?""Eh sorry ok, you not my test ok""Habis tadi kata perkahwinan sekali seumur hidup""Itu memang impian saya, tapi sekarang maybe ia akan jadi first marriage dan tak mustahil saya akan berkahwin dengan orang lain yang lebih menghargai saya,why not kan?" Ilham bengang mendengar kata-kata gadis di sebelahnya.Tekad Ilham untuk buat gadis ini tunduk dengan kata-katanya.

Suhaida tersenyum gembira kerana dapat menyakiti hati lelaki yang di bencinya.'Apa dia ingat cacian dia akan hilang ker selepas dia mengguris hati aku, sorry ok.Ini Suhaida, bukan perempuan lain yang kau boleh permainkan'

Tiada ulasan: