Rabu, 4 Disember 2013

KAU YANG TERAKHIR

Credit For Me : Bab 8


Persekitaran rumah ini tidak banyak bezanya dari 8 tahun lepas,masih sama.Cuma ada beberapa bahagian sahaja di ubah suai bagi menjadikan rekabentuknya moden.Ilham nekad, dia di sini kerana untuk membahagiakan ibunya dan menunaikan wasiat arwah ayahnya.Dia akan cuba untuk buat yang terbaik dan dia juga berharap wanita yang di takdirkan menjadi isterinya nanti melupakan semuanya.Jika kemaafan di perlukan, dia akan cuba untuk hulurkan kerana dia tahu dahulu dia berkata-kata kerana mengikut mulutnya sahaja, tidak berfikir panjang.

"Ilham, mari masuk nak, kenapa duduk dekat luar,tengok apa tue?""Maaf Tan Sri..""Eh Tan Sri apa nie?Dulu panggil uncle jer,kalau nak panggil papa pun boleh,tak lama lagi nak jadi sebahagian dari isi rumah ni"Malu Ilham di tegur oleh Tan Sri Hakimi.Tangan di hulur untuk bersalaman."Mari Ilham, jangan malu.Lain sangat kamu dengan dulu.Kalau dulu kamu  kurus sangat, sekarang..""Mana taknya Kimi, asyik ke gim saja,nie dah sibuk baru kurang sikit"Ilham tersenyum mendengar kata ibunya."Apa khabar auntie, sihat?""Sihat Ilham, lama auntie tak jumpa kamu,banyak sungguh kamu berubah"Kata Puan Sri Marsila sambil tersenyum.Ilham hanya tersenyum malu sahaja.

"Mar, panggilkan Za.Ni Ilham dengan Rosmah,Nadia dah sampai.Dari tadi tak keluar,lama pula solatnya""Baik bang"Puan Sri Marsila meminta diri untuk memanggil anak sulungnya."Za, buka pintu sayang.Mari turun, mereka sudah sampai"Pintu di buka,"Ma...""La.kenapa tak siap lagi?""Maaf ma,Za tertidur  tadi, ni baru lepas solat.Za letih sangat tadi""Anak mama ni, tidur maghrib-maghrib.Dah cepat siap,nanti turun""Ok ma, sorry"Puan Sri turun selepas berpesan pada anaknya.Kadangkala kealpaan anaknya menjadi-jadi, mesti kena ada seseorang untuk menegur sikapnya.

"Mana Za Mar?Tak siap lagi ker?Boleh kita makan ni""Belum lagi bang, dia tertidur tadi,baru lepas solat.Maaflah Ros, tadi Za pergi Melaka,urusan cawangan bakery dia yang baru buka, tu yang penat sangat drive ke sana sini""Oh yea ker, tak apa Mar,Bagus dia pandai berdikari""Berdikari,berdikari juga Ros, wasiat arwah lagi satu kena gak tunaikan"Ilham memandang Tan Sri Hakimi selepas mendengar kata-katanya.'Wasiat satu lagi?ada berapa ni wasiat?Aduh haiii'Ibu Ilham tersenyum sambil anggukan kepala mengiakan apa yang di perkatakan oleh sahabat baik arwah suaminya.

"Assalamualaikum..""Waalaikummussalam..ha Za, lambat kamu turun""Maaf pa""Salam dengan auntie, kamu ingat tak lagi?"Anggukan kepala dari Za menandakan dia mengingati Datin Rosmah. "Auntie, apa khabar?""Sihat Za, wah lain sangat kamu dari dulu"Suhaida tersenyum malu.Suhaida berpaling dengan gadis di sebelah Datin Rosmah, "Nadia?""Hai Princess, oh kau lah yang nak kawin dengan abang aku yea?"Suhaida terpinga-pinga, dia memandang arah yang nak di tunjukkan oleh Nadia.Dari tadi Ilham memandang gadis di depannya, tidak percaya budak yang di cacinya dulu berubah 100%.Sekarang dah pakai tudung,berbaju kurung, soapan..."Il..Il..""Abang!"Ilham terkejut kerana di sergah oleh Nadia."Il, sabar sayang, tak lari ke mana.."Ilham tertunduk malu di tangkap oleh ibunya sendiri apabila melihat Suhaida."Nad..please me explain..""Za, aku tak tahu kau yang nak di kahwinkan dengan abang aku, aku pun terkejut tau""Za kenal Nadia?"Suhaida menganggukkan kepalanya."Ini kawan adik maklong.Kami kenal masa Kementerian adik adakan seminar 2 tahun lepas,Za join seminar tue""Oh..baguslah, ada kawan Za, taklah risau auntie""Dah, mari kita makan.Banyak nak di bincangkan nanti,mari semua""Baiklah"sahut Datin Rosmah.

Dari tadi Ilham hanya menjadi pendengar setia sahaja.Dia tidak sangka Suhaida berubah sama sekali.Suhaida pada mulanya kekok, tetapi apabila Nadia menyelamatkan suasana dia rasa selesa.Pandangan mata budak jelik membuatkan duduknya tidak keruan."Makan Ilham, jangan malu.Dulu kamu suka makan masak lemak Mak Jah kan, sekarang Mak Jah masak khas untuk kamu"Orang gaji Ilham bersuara."Terima kasih Mak Jah,masih ingat Mak Jah kesukaan Il yea""Mak Jah bila uncle bagitahu kamu nak datang, dia punya suka kalah kami semua""Mestilah Tan Sri, ni anak bertuah Mak Jah"Riuh ketawa di meja makan dengan jawapan Mak Jah.Satu-satunya orang gaji yang masih setia bekerja di Villa Idaman Tan Sri Hakimi.Walaupun Mak Jah orang gaji, tetapi Tan Sri sekeluarga tidak pernah menganggap dia orang luar."Mak Jah, makan sekali""Tak apalah Puan Sri, Mak Jah dah makan dengan bibik tadi.Makanlah semua.Nanti Mak Jah hidangkan puding strawberry kesukaan Za yea lepas makan""Wah Mak Jah, kesukaan saya tak ada ker?""Alah Tan Sri, hari ni hari bahagia anak-anak bertuah Mak Jah,bagi Mak Jah manjakan diorang dulu"Bertambah riuh di meja makan.Mak Jah meminta diri ke dapur dahulu.

"Sihat Mak Jah lagi yea Mar""Sihat macam tue lah Ros, sekarang ni kami tak kasi dia buat kerja sangat, kami suruh dia duduk jer, tapi kau tahulah Mak Jah mana boleh duduk diam.Semua dia nak buat.Dia cakap, nanti kalau dah duduk dia jadi mem besar pulak"Datin Rosmah ketawa."Ini semua Mak Jah yang masak, bibik yang lagi sorang hanya tolong bantu potong-potong jer""Kuat lagi Mak Jah yea""Kerana dia tahu Ilham nak datang, rindu dia pada kamu Ilham""Dengar tu Il, Mak Jah rindu kamu, kamu saja jual mahal""Tak apa Ros, nanti dah jadi sebahagian ahli keluarga kami dah tak malu dah"Datin Rosmah menganggukkan kepalanya.Suhaida berasa tidak selesa kerana budak jelik di depannya asyik memandangnya, bertambah menyampah di buatnya.Segala kata cacian yang di katakan oleh budak jelik dahulu, bermain di fikirannya.

Selepas makan, mereka ke ruang tamu semula untuk berbincang sambil di hidangkan dengan puding strawberry Mak Jah.Mak Jah di jemput sama untuk berbincang kerana Mak Jah lebih rapat dengan arwah ayah Tan Sri Hakimi, banyak yang di bicarakan dan di beritahu oleh arwah kepada Mak Jah."Il, dari tadi kamu diam sahaja,kenapa?""Tak ada apa-apa uncle"Nadia tersenyum sambil menganggukkan kepalanya kepada Ilham, tanda memberi semangat."Ilham,Za..kami tahu kamu berdua memang sukar untuk terima semua ini, tapi kami berharap sangat kamu faham kenapa kami mahukan kamu bersama.Cinta boleh di pupuk selepas kahwin.Tapi persefahaman penting untuk perkahwinan ini"Mukadimah Tan Sri Hakimi."Betul Il,Za..mama juga mengharapkan persetujuan kamu berdua kerana kamu bakal di kahwinkan pada bulan depan, pada ulangtahun kelahiran Il nanti""Apa!!""What!!"Serentak Ilham dan Suhaida menjerit terkejut.

Tiada ulasan: