Selasa, 3 Disember 2013

KAU YANG TERAKHIR

Credit For Me : Bab 5


"Mala, mana Sya?Saya tak Nampak pun dia dari pagi tadi.Bukan hari ni start shift pagi dengan saya ker""Doktor Ilham..""Yea saya,mana Sya?"Soal Ilham sekali lagi dengan jururawatnya."Maaf Doktor, Sya cuti hari ini,dia kurang sihat""Dia kenapa? Sakit apa?""Dia ok doktor,cuma perlu berehat.Mungkin penat sangat""Dia marahkan saya ker?Saya tahu saya bersalah kerana minta perpisahan ni""Doktor jangan risau, saya lihat dia ok,baik saja.Dia boleh terima semua ini.Mungkin sudah tersurat bukan doktor jodoh dia"Ilham tahu,Natasya akan kongsi segala masalahnya dengan rakan-rakan serumahnya.Bukan asing lagi, hampir semua orang di hospital ini tahu yang dia dengan Natasya berkawan rapat.Tetapi, sekarang dia terpaksa putuskan perhubungan kerana wasiat,wasiat yang teramat sukar untuk dia ubah.

"Doktor Ilham.."Ilham berpaling apabila mendengar orang memanggilnya."Yea saya""Doktor Zawawi nak jumpa di biliknya""Baiklah,nanti saya ke sana sekejap lagi"Jururawat tersebut mengangguk dan meminta diri."Kenapa yea Tuan Pengarah nak jumpa saya?""Entahlah doktor, rasa saya baik doktor pergi dulu,mungkin ada kecemasan agaknya""Baiklah,tapi nanti saya nak jumpa kamu dengan Lin, dalam petang sikit.Datang bilik saya""Baiklah doktor,nanti saya bagitahu Lin"Ilham meminta diri untuk berjumpa dengan Doktor Zawawi atau Tuan Pengarah Hospital Pakar tempat beliau bertugas.

"Fuh...nasib..mesti pasal Sya letak jawatan ni,parahlah nanti dia nak tanya apa yea...bagitahu Lin dululah"Rungut Mala sorang diri.Pintu bilik Tuan Pengarah di ketuk,Ilham masuk selepas di suruh. "Yea Doktor Ilham, saya memang nak berjumpa dengan kamu, sila..sila duduk""Terima kasih Doktor""Begini, awak baca dahulu surat ini"Muka Ilham berkerut, 'Surat?Surat apa ni'"Kamu baca dahulu, nanti kita discuss" "Baiklah doktor".Apabila surat tersebut di buka, terus Ilham tergamam.'Natasya nak berhenti kerja!'"Kenapa Doktor Ilham?Kenapa Natasya nak berhenti kerja?""Saya juga tidak tahu doktor, saya pun terkejut bila doktor bagi surat ni""Natasya adalah salah seorang jururawat yang terbaik di sini, apabila tadi dia datang berjumpa saya dan menyerahkan surat perletakan jawatan ini saya jadi pelik.Dia tiada masalah disiplin, semua orang menyenangi dia.Hanya satu yang terlintas di fikiran saya, kamu.Kamu berdua ada masalah ker?"Ilham terdiam mendengar kata-kata Doktor Zawawi.

"Saya tiada masalah dengannya doktor, cuma untuk pengetahuan doktor kami sudah berpisah sejak beberapa minggu lepas""Kamu berpisah?Bukan kamu nak berkahwin dengannya ker?Maaf jika saya masuk campur hal peribadi kamu""Yea saya memang ingin berkahwin dengannya,tapi saya terpaksa memutuskan perhubungan kerana saya terpaksa berkahwin dengan pilihan yang telah di tetapkan oleh arwah ayah saya"Doktor Zawawi menganggukkan kepalanya."Sejak kami putus hubungan, memang saya jarang berjumpa dengannya di hospital.Saya di maklumkan dia bekerja shif petang dan malam dalam beberapa minggu ini.Saya tidak dapat berbincang selepas perhubungan kami terputus.Bila doktor bagi saya surat ini, saya juga terkejut.Saya tidak sangka dia akan buat macam ini.Kerana saya tahu dia amat di senangi di hospital ini.Mungkin kerana perhubungan ini putus membuatkan dia kecewa""Saya tidak boleh mengulas lanjut, kerana sebab dekat surat sudah dinyatakan dia ingin mencari pengalaman lain,tapi tidak sangka pula sebaliknya.Cuma jika boleh, saya mohon kamu berjumpa dengannya,berbincang.Jika dia ingin kembali bekerja di sini,saya amat alu-alukan.Saya akan hold surat dia sehingga esok petang,jika dia tak datang tarik balik surat,bermakna dia memang berhenti terus""Baiklah doktor,saya akan berjumpa dengannya.Maaf doktor, kerana masalah kami hospital kehilangan seorang jururawat yang dedikasi""Tak mengapa, mungkin ada sebab lain Natasya buat begini.Saya hormat keputusan anak buah saya, cuma jangan buat keputusan tanpa berfikir terlebih dahulu buruk baiknya"Ilham menganggukkan kepalanya dan meminta diri untuk keluar.

'Sya,kenapa sampai macam ni sekali Sya nak jauhkan diri dari Il?Il tahu Il salah,tapi jangan di sebabkan hal ini Sya nak berhenti kerja'gumam Ilham seorang diri.Handphone di keluarkan, beberapa kali di dail nombor Natasya, tetapi tidak dapat.Natasya offkan handphonenya."Zu, panggilan nurse Normala dan Azlin sekarang,urgent!"pinta Ilham kepada jururawatnya."Baik doktor".Di dalam bilik, Ilham cuba lagi untuk mendail nombor Natasya, masih juga sama.'Apa ni Sya, kenapa buat macam ni?Kenapa Sya?Jika Ilham salah,jangan buat macam ni,kita boleh bincang'keluh Ilham.

Selang 10 minit, pintu di ketuk,arahan masuk di beri."Lin,Mala sila duduk""Terima kasih doktor""Saya nak tahu,kenapa Sya berhenti kerja?"Lin dan Mala berpandangan sesama mereka. "Maafkan kami doktor, kami dah cuba nasihatkannya, cuma Sya tidak mahu dengar.Dia mahu bekerja di tempat lain dan yang kami tahu dia memang sudah dapat bekerja di tempat lain,cuma tempatnya kami tidak di beritahu"Luah Lin."Kerja tempat lain?""Doktor, ini ada sesuatu yang Sya minta kami serahkan pada doktor, dia bagi pada kami pagi tadi sebelum kami nak pergi kerja"Ilham mengambil sampul surat dari tangan Mala."Maaf kerana saya tak bagi dari tadi, sebenarnya Sya minta saya berikan pada waktu balik nanti, tapi saya tidak smapai hati""Ke mana dia pergi?""Kami tidak tahu doktor, cuma yang kami tahu dia sudah terima perpisahan antara doktor dengannya. Mungkin bukan jodoh doktor dengan dia.Dia pun dah tak sedih lagi, kami lihat dia selepas kejadian tu, dia tersenyum.Kami tahu dia paksa untuk tersenyum supaya kami tidak risau.Tapi kami tidak sangka dia nak berhenti kerja"Ilham mengeluh."Kami minta diri dulu doktor,mungkin di dalam surat tu Sya dah ceritakan semuanya""Baiklah,terima kasih Mala, Lin""Sama-sama doktor".Ilham memerhati sahaja kedua-dua rakan serumah Natasya keluar dari biliknya.

Tiada ulasan: