Rabu, 4 Disember 2013

KAU YANG TERAKHIR

Credit For Me : Bab 14


"Sya, ni wife Il,kenalkan Suhaida Zaharah"Tangan Natasya di sambut oleh Suhaida,terasa kesejukan di tangan gadis yang terbaring lemah ini."Cantik, sesuai dengan Il"Natasya memandang wanita yang telah menjadi isteri Ilham, insan kesayangannya."Jagakan Ilham untuk saya, dia baik, saya tahu awak boleh jadi isteri yang dia mahukan, isteri yang sempurna di mata dia"Ada air mata mengalir di saat Natasya berkata-kata.Walaupun tutur katanya tersekat-sekat di fahami oleh Suhaida."Jangan cakap begitu.Awak berehat yea, nanti bila sudah baik kita boleh berbincang""Saya di stage 4 kanser otak, saya tak boleh hidup lama.Tuhan makbulkan saya untuk berjumpa dengan insan yang sudi menjaga Ilham"Natasya batuk, darah keluar dari mulutnya."Sya, jangan banyak cakap sayang, kuat semangat. Il ada bersama Sya, jangan tinggalkan Il sayang, Il perlukan Sya"Suhaida memerhati sahaja suaminya, memang nampak sinar kerisauan di wajah suaminya saat melihat buah hati terlantar sakit.Serta merta air mata mengalir, 'aku adalah insan yang kedua di sisinya, bukan pertama'.

Sya, sabar sayang,bertahan sayang..jangan tinggalkan Il"Ilham tidak peduli siapa pun di sisinya, hanya Natasya sahaja yang bermain di matanya sekarang.Nafas Natasya makin lemah "Ilham, kita pakaikan Natasya dengan oksigen ni,jangan ajak dia berbual.Biar dia berehat"Ilham patuh arahan Doktor Zawawi.Tangan Natasya di pegang, sejuk sahaja."Ilham, kamu baliklah dulu, biar kami yang jaga Natasya,apa-apa kami bagitahu kamu""Tidak doktor, saya nak berada di samping insan saya sayang sehingga nafas terakhir""Tapi, kamu baru berkahwin, isteri kamu.."Doktor Zawawi memandang Suhaida."Awak balik dulu, saya tinggal sini.Nanti bagitahu ibu saya tak balik malam ni" Suhaida tergamam, "Ilham..""Please doktor, tolong bagi saya bersama Natasya..""Tak apalah doktor, saya balik dulu, esok saya datang lagi bawa baju awak.Apa-apa bagitahu saya yea"Tangan Ilham di ambil untuk di salam.Mala dan Lin mengiringi Suhaida keluar.

"Maafkan kami kerana menggangu hari bahagia awak""Tak mengapa, saya faham.Apa-apa bagitahu saya yea, ni no telefon saya"Suhaida menyerahkan kad kepada Mala.Perjalanan balik bermacam-macam bermain di fikiran Suhaida.Ya, memang dia tidak setuju perkahwinan ini, tetapi apabila melihat situasi tadi dia merasa seolah-olah berada di dunia lain, suaminya langsung tidak endahkannya.Pada masa sama suaminya anggap dia orang luar.Mungkin penderitaan Ilham lebih teruk dari penderitaan dia semasa di tinggalkan oleh kekasih hati,Syed Shamsul Affedy dahulu semasa belajar di luar negara.

Kenangan lama tersingkap.Syed Shamsul Affendy meninggalkannya kerana perlu berkahwin dengan orang lain yang berketurunan Syed dan Syarifah juga.Hancur hatinya ketika itu, tapi dia tabah kerana dia tahu ini semua dugaan untuknya.Percintaan selama 3 tahun putus begitu sahaja.Syed Shamsul Affendy pulang ke tanah air selepas tamat belajar, dia menghabiskan masa di sana untuk mengubat hati.Hampir 2 tahun berkelana di negara orang, baru hati ingin pulang, itu pun selepas papa kerap tidak sihat.

Hampir pukul 3 pagi, Suhaida sampai ke rumah.Terasa sunyi rumah apabila semua sudah masuk tidur.Selepas membasuh kaki dan mencuci muka, dia berbaring di atas katil.Suhaida teringat perjanjian yang di tandatangani malam tadi,segera dia ke laci tempat Ilham simpan perjanjian tersebut.'Eh mana pula perjanjian tu, rasa tadi aku nampak Ilham letak dekat laci ni,aduhai'Gumam Suhaida.Puas di selongkar semua laci, perjanjian tersebut tetap tiada.'Esok kena bertanya dengan Ilham ni'

Tiada ulasan: