Selasa, 3 Disember 2013

KAU YANG TERAKHIR

Credit For Me : Bab 6


Menggigil tangan Ilham membuka surat yang di berikan Mala sebentar tadi.Sebak dada membaca kata-kata Natasya,insan yang pernah di sayanginya dan akan terus di sayanginya.

"Sayangku Ilham,
Semasa Il membaca surat ini, Sya sudah tiada di sini.Maafkan Sya kerana tidak berbincang dengan Il dahulu dan terus mengambil keputusan berhenti kerja.Sebenarnya Sya sudah lama berfikir, memang ada tawaran kerja di tempat lain, tetapi Sya tolak kerana Sya tidak boleh berjauhan dengan Il.Tetapi, apabila semua ini berlaku di dalam perhubungan kita, Sya terpaksa terima.Mungkin dengan cara ini dapat merawat hati Sya dan mungkin dengan cara ini Il akan berbahagia dengan dia.

Il, Sya redho kerana ini telah di takdirkan OlehNya terhadap perhubungan kita.Sya tidak pernah menyalahkan takdir.Mungkin calon isteri yang telah di pilih oleh arwah ayah Il adalah yang terbaik.Sya bersyukur kerana dia nanti akan dapat seorang suami yang sempurna pada mata Sya.Il berikan dia kebahagian seperti mana Il bahagiakan Sya sepanjang perhubungan kita.Sya tahu, Il boleh lakukan.Il yang mengajar Sya erti kehidupan, Il yang banyak membimbing Sya,wajib Il bimbing suri hati Il nanti,InsyaAllah.

Perihal Sya janganlah Il risau.Sya sudah boleh terima semua ini.Sya pergi bukan untuk menjauhkan diri, kerana Sya tahu kita pasti kita akan berjumpa suatu hari nanti,cuma berilah Sya kesempatan untuk berdiri di kaki sendiiri,mencari ketenangan dan mencari keberkatan dalam kehidupan ini.

Akhir kata,halalkan semua makan minum Sya.Jika kita di takdirkan berjumpa suatu hari nanti, Sya ingin sekali melihat kebahagiaan Il dengan dia, Sya ingin sekali lihat permata yang lahir dari hasil kebahagian kamu berdua.Jadilah nakhoda yang mampu membimbing bukan nakhoda yang membinasakan sebuah kapal mewah yang di surami dengan bintang berkelipan.Andai bukan impian ini di tunaikan dengan Sya, tunaikanlah dengan insan yang bergelar isteri bagi Il.Didiklah dia menjadi isteri yang sempurna pada mata Il, kerana kesempurnaan yang seorang suami mahukan, akan cuba di usahakan oleh si isteri supaya ia cantik pada mata suaminya.

Salam sayang,
Natasya Idayu Hamzah

Ilham mengalir air mata selepas surat Natasya habis di baca.'Kenapa Sya buat begini sayang?Il minta maaf sangat-sangat'rintih Ilham.Kesedihan Ilham terganggu dengan deringan telefon.Ibunya yang menelefon."Il, kenapa ni?Suara sedih sahaja?""Il tak ada apa-apa bu,Il busy sikit tadi,penat.Kenapa bu?""Il lupa ker,kita nak ke rumah Puan Sri dengan Tan Sri selepas maghrib ni?Sekarang Il belum balik lagi, dah pukul berapa sayang?Nanti sangkut jem, tak sempat pula"Ilham memandang jam di dinding,hampir dekat pukul 2 petang.Hari ini Ilham sudah berjanji dengan ibunya untuk balik awal, selain ke rumah Puan dan Tan Sri, dia sudah berjanji ingin membawa ibunya ke kubur arwah ayahnya yang terletak di Seremban."Pergi rumah Puan Sri sahaja ker bu?Pergi ziarah kubur arwah ayah tak jadi ker?""Apa pula tak jadi, dah sekali jalan sayang.Main-mainkan ibu yea.Cepat,nanti sampai rumah dah dekat pukul 3, nanti tak sempat pula nak ke sana.Seremban bukan dekat sayang""Yea ibu, tak jauh Seremban tu, sejam sampailah""Eh sayang ibu ni,ni nak bawa kereta ker na race?Ibu nak hidup lama lagi tau"Ilham ketawa mendengar kata-kata ibunya."Yea ibu, Il pun nak hidup lagi,Il sayang nyawa ibu tau,ibu permata Il""Yerlah tue,cepat.Suka main-mainkan ibu.Nanti Nadia ikut sama tahu""Nadia dating ker bu?Kenapa dia tak bagitahu awal-awal?""Saja nak surprise kan kamu katanya,cepat balik""Baiklah ibu".Surat Natasya di masukkan ke dalam begnya, segera Ilham berkemas.Tak sabar rasanya ingin berjumpa dengan Nadia,satu-satunya anak busunya yang ada.Antara Nadia dan Ilham memang seperti adik beradik.Ilham lebih rapat dengan Nadia dari sepupunya yang lain, baik sebelah ayah atau ibunya.Banyak cerita yang ingin di kongsi dengan Nadia, dan yang paling penting dia ingin pendapat mengenai masalah dia,Natasya dan bakal isterinya.Ini kerana, Nadia adalah seorang pakar kaunselor di bahagian Kementerian Wanita.

Tiada ulasan: