Rabu, 4 Disember 2013

KAU YANG TERAKHIR

Credit For Me : Bab 10


Ilham memandang Suhaidah Zaharah,terlalu sukar untuknya membuka mulut untuk berkata dan meminta maaf. Di pihak Suhaida, berasa tidak senang hati.Kekok berada dengan orang yang pernah mencacinya.Benci makin bertambah,'tak guna muka handsome jika mulut macam longkang'Gumam Suhaida.Hampir setengah jam mereka senyap tanpa bersuara,Ilham makin tidak senang duduk.

"Awak.."Suhaida memandang Ilham."Saya minta maaf""Maaf, senang yea.dah terlajak bolehlah kata macam tue"Ilham pandang gadis di depannya.Memang nampak jelas sekali riak tidak suka di matanya."Saya tahu awak marah saya, tapi saya minta maaf.Mungkin sebelum ini saya main cakap lepas tanpa fikir hati dan perasaan orang lain""Memang,awak tak pernah fikir hati saya, cacian awak bermain di fikiran saya.Saya macam orang bodoh di buatnya""Kan saya minta maaf, saya perlu buat apa lagi sampai awam maafkan saya?""Maaf macam orang tak ikhlas""Siapa awak untuk tentukan saya ikhlas atau tidak minta maaf dengan awak?Awak Tuhan ker?""Awakkkk..""Apa?Saya ingat bila awak dah berubah, perangai awak juga akan berubah,tapi sebaliknya""Maaflah,kata cacian awak dahulu dah sebati dalam dri saya,saya malu tahu tak"Ilham mengeluh."Saya nak awak batalkan perkahwinan ini, saya tak nak kahwin dengan awak"Ilham memandang Suhaida,"Kalau saya oleh, saya akan buat.Dari mula-mula ibu suarakan pun saya boleh buat.Tapi saya tak mampu, saya kena penuhi wasiat arwah ayah saya""Ohhhh awak nak kahwin lah yer?Ker dah tiada perempuan lain untuk awak?Dah tak laku ker?""Suhaida Zaharah, saya malas nak bergaduh dengan awak, saya penat.Macam-macam saya kena fikirkan.Benda yang saya tak fikir pun kena saya fikir juga.Kalau awak boleh batalkan ini semua, saya tak kisah.Saya ikut saja.Jika tidak saya akan teruskan juga wasiat ini""Apa!!""Yea, saya tahu benda ini amat mustahil untuk kita berdua laksanakan.Saya juga begitu.Ibu saya makin tua, bukan sihat sangat.Saya penuhi impian dia jika itu yang membuatkan dia bahagia""Habis saya bagaimana?""Kita berkahwin.Saya sudah fikirkan caranya"Memang ada satu cara yang Ilham fikirkan sebelum datang ke sini tadi.Perkahwinan di teruskan, tetapi ada perjanjian antara dia dan bakal isterinya.

Suhaida memandang pelik pada Ilham.'Cara apa,kalau memang kena kahwin juga.Lainlah kalau perkahwinan ini di batalkan'.Ilham tersenyum."Cara apa?""Saya akan bagitahu selepas kita berkahwin, awak jangan risau saya tak akan usik awak jika awak tidak usik saya, ok?"Suhaida geram, dia ingatkan Ilham nak cakap batalkan perkahwinan ini atau ada cara batalkan."Awak jangan risau, kita penuhi impian mereka dahulu.Yang wasiat lain kita bincangkan kemudian"Dalam keterpaksaan Suhaida menganggukkan kepalanya.

Perjanjian untuk suami isteri yang sah di wujudkn.Buat apa berkahwin jika masing-masing belum boleh terima satu sama lain.Hanya kerana memenuhi permintaan ibu bapa mereka sahaja.Perkahwinan ini mesti di teruskan.Bagi pihak Ilham, selepas perpisahan dengan Natasya dan di tinggalkan,dia redho andai gadis di depannya bakal menjadi isterinya.Perasaan cinta dan sayang akan dia cuba pupuk dari sehari ke sahari.Dia tak nak kecewakan seorang wanita yang melahirkannya, yang menjaganya dan yang memberikan segalanya apabila di perlukan.Ilham menganggap ia menghadiahkan ibunya dengan sesuatu yang berharga apabila perkahwinan ini di teruskan.Sebaliknya bagi Suhaida,dia masih belum dapat menerima semua ini.Dia memang tiada teman lelaki, tetapi itu tidak bermakna dia kena berkahwin dengan orang yang mencacinya dahulu.Dia sudah tanamkan dalam diri, dia amat bencikan Ilham Shafiq.Dia akan lakukan apa juga helah supaya perkahwinan ini gagal, iarlah Ilham dengan caranya.Bukan boleh percaya.

Dari jauh, mereka memerhati sahaja tingkahlaku Ilham dan Suhaida.Doa semua agar apa yang di hajati akan di tunaikan.Permudahkan segalanya kerana hampir selesai persiapan majlis mereka.

Tiada ulasan: