Rabu, 4 Disember 2013

KAU YANG TERAKHIR

Credit For Me : Bab 9


"Ma..kenapa awal sangat?""Za sayang, ini permintaan arwah datuk kamu supaya kamu di kahwinkan ketika ulangtahun kelahiran Ilham yang ke 30 tahun, kebetulan ulangtahun Ilham jatuh pada hari jumaat,memang sedang elok di lakukan akad nikah hari tu, esoknya majlis di rumah kita""Papa..." "Za, dengar kata papa dulu sayang""Uncle, maaf Il nak mencelah""Boleh, ada apa Ilham""Il rasa ini semua macam terlalu mendadak, kami tidak buat apa-apa persediaan uncle, jika nak kahwin masa ulangtahun Il tinggal sebulan sahaja dari sekarang.Ini bukan persediaan fizikal sahaja uncle, persediaan mental sekali kami kena sediakan.Lagipun Il baru jumpa dengan Za semula, banyak kami perlu bincangkan""Ilham, kamu mungkin tidak tahu apa-apa.Tetapi ibu dan adik dah buat segala persediaan bagi pihak kita nak.Pihak perempuan juga sudah di sediakan oleh uncle dan auntie.Itu yang di minta oleh arwah agar kami tidak membebankan kamu berdua, kerana kamu sibuk dengan kerja""Maksud auntie?""Maksud auntie Ros tue Za, kami dah sediakan segalanya.Tinggal nak suruh kamu berdua sahaja cuba baju,pilih warna tema dan goodies untuk tetamu kehormat.Yang lain sudah di sediakan, hadiah dari arwah datuk untuk kamu""Apa mama, semuanya?Please mama,papa.." "Bang, Mar rasa patut kita bagi wasiat tu pada mereka berdua untuk di baca""Baiklah, Mak Jah ambilkan sampul surat yang saya bagitahu tadi""Baiklah Tan Sri"

Hampir nak menangis Suhaida membaca wasiat arwah datuknya, terlalu sukar untuk dia laksanakan dan terlalu mustahil.Ilham mengambil kertas di tangan Suhaida.'Ya Allah berat sungguh dugaanMu pada insan yang kerdil ini'Ilham tersandar."Abang, Za, mungkin berat segala masalah ni.Tapi kita kena fikir positif dan berusaha merealisasikan apa yang di minta oleh arwah""Adik cakap senang, adik dah baca ker wasiat ni?adik tahu isi kandungannya?"Nadia anggukkan kepalanya."What, adik dah tahu tetapi kenapa tak bagitahu abang?""Ibu yang suruh jangan bagitahu.Masa sesuai adalah malam ini, malam ini semua akan terungkai""Ibu..."

'.......perlu berkahwin pada ulangtahun kelahiran Ilham yang ke 30 tahun.Suhaida akan di tugaskan menjaga perniagaan keluarga di bantu suaminya Ilham.Adik Suhaida akan membantu dari bawah, sampai satu tahap baru di serahkan kepada adiknya apabila sudah berkelayakan.

Ilham di bantu dari segi kewangan dan tenaga untuk pembukaan klinik beliau sendiri.Semua sudah di uruskan oleh pihak peguam.Tinggal Ilham sahaja untuk menguruskannya.

Duduk di rumah yang di hadiahkan oleh ayah Ilham.Segala kelengkapan sudah di sediakan.

Jika boleh, perolehi anak sebelum mama dan papa serta ibu Ilham ke mekah..'

Bagaimana arwah ayahnya tahu Ilham sedang usahakan untuk membuka kliniknya sendiri? Anak?Terlalu mustahil bagi Ilham untuk di berikan kerana ibunya akan ke tanah suci pada hujung tahun ini,memang mustahil."Ilham, Suhaida kami tinggalkan kamu berdua untuk berbincang bersama.Bincanglah segalanya, impian arwah datuk dan arwah ayah kamu adalah impian kami semua.Kita bukan Tuhan untuk menentukan semuanya, tetapi kita cuba untuk merealisasikannya" "Betul kata Tan Sri Il, ibu tahu memang sukar untuk memenuhi permintaan yang terakhir untuk memberikan kami cucu, tapi jika kamu saling menerima sudah cukup bagi ibu untuk bawa bekal ke Mekah nanti.Di sana ibu akan berdoa kamu peroleh zuriat secepat mungkin"Ilham mengelengkan kepalanya mendengar kata-kata ibunya.


Tiada ulasan: