Rabu, 1 Januari 2014

KAU YANG TERAKHIR

Credit for me : Bab 22


Penerangan papa membuatkan Suhaida tertekan,kusut memikirkan terpaksa menerajui Mutiara Holding."Pa,kalau kita bagi adik urus saja tak boleh ker?Adik lebih arif dalam bisnes ni,Za tak bolehlah pa,Za lebih minat bidang lain"Tan Sri Hakimi memandang anak sulungnya."Za,ni wasiat arwah datuk kamu.Tapi jika kamu tidak mampu, Ilham akan bantu uruskan Mutiara Holding ini bersama-sama kamu.Kamu handle dulu untuk tempoh beberapa tahun, nanti kamu akan mahir""Pa,andai kami urus untuk tempoh beberapa tahun,bila adik habis belajar boleh ke kami serahkan pada adik Mutiara Holding nanti?Tapi kami akan pantau,ibarat sebagai penasihat.In case kalau adik ada apa-apa masalah kami akan sama bantu selesaikan,kami berperanan sebagai penasihat"Tan Sri Hakimi memandang menantunya,lama dia berfikir sebelum menganggukkan kepalanya."Awak boleh uruskan ker Mutiara Holding ni?"

Ilham tersenyum mendengar pertanyaan isterinya."Abang dulu pernah juga uruskan Mutiara Holding Za, setiap kali balik dari bercuti atau bila abang ada masa abang akan ke sini membantu arwah ayah dan datuk untuk uruskan pejabat ni.Ini aset keluarga kita,abang belajar.Memang payah sebab abang belajar perubatan,tiba-tiba abang urus syarikat besar ni,tapi Alhamdulillah abang boleh belajar walaupun bukan secara keseluruhan""Anak papa mesti tak tahu Ilham,dunia dia hanya bakery jer.Za,Ilham ni sekarang adalah seorang pelajar bidang perubatan,seorang doktor sakit puan dan juga seorang pelajar ijazah pengurusan perniagaan kalau kamu nak tahu"Suhaida memandang suaminya."Ala pa,buat apa di banggakan dengan tu,Il masih banyak lagi perlu belajar""Awak tak pernah cerita pun""Kita belum ada masa untuk bercerita semua ini Za,dalam perkahwinan yang singkat ni,tiba-tiba kita di uji dengan bermacam-macam.Tapi itu sudah lepas,kita sekarang kena tempuh apa yang mendatang sekarang.Papa, Insya Allah Il akan bantu apa yang termampu,tetapi Il rasa kami tetap akan minta adik uruskan,cuma kami pantau sahaja,Il harap papa bersetuju dengan cadangan kami""Baiklah,papa setuju.Tetapi apa juga keputusan adik nanti kamu kena tengok.Adik pun lebih kurang setahun lagi akan tamat belajar,nanti bila dia balik,kita berbincang semula"Ilham menganggukkan kepalanya.Keputusan di capai.Penerangan tentang Mutiara Holding di beritahu secara keseluruhan oleh Tan Sri Hakimi kepada anak menantunya.

"Za,Ilham,papa tahu perkahwinan kamu berdua terlalu drastik,tetapi papa hanya uruskan wasiat arwah.Tapi,dalam pada papa uruskan wasiat ni,papa dapat tengok sifat kepimpinan dalam diri Ilham, papa tahu dia boleh menjaga anak papa ni,boleh menjaga syarikat ni dan yang penting boleh menjadi nakhoda bagi keluarga ni""Pa,besar sangat pujian tu,Il masih banyak perlu di pelajari lagi""Tapi itulah kamu yang terbaik pada mata papa Ilham.Za kena kenal suami Za dahulu,baru Za boleh menilai segalanya.Papa susah untuk memuji orang,tapi bila papa sudah tahu luar dalamseseorang tu,papa akan jaga dia Za"Ilham hanya menundukkan kepalanya sahaja.Tiba-tiba Ilham teringat kata-kata arwah datuk isterinya semasa dia datang ke pejabat dahulu'jadilah seorang lelaki yang mampu memimpin,bukan lelaki yang di pimpin,kerana lelaki yang di pimpin itu adalah lelaki yang dayus pada pandangan mata manusia'Besar makna kata-kata arwah datuk dahulu.

Selepas berjumpa papa di Mutiara Holding,Ilham menghantar isterinya ke kedai yang di usahakan oleh isterinya."Besar kedai sayang"Terpegun Ilham melihat kedai suaminya,hiasan luar kedai sahaja sudah mengamit dia untuk masuk ke dalam,melihat apa yang di jual di dalamnya."Tak adalah besar sangat,ini saja yang saya mampu,ini pun saya usaha sendiri"Ilham menganggukkan kepalanya."Kak Su,wah...pengantin baru turun kedai...kenapa tak pergi berbulan madu,kedai ni janganlah risau,kami boleh uruskan""Akak nak tengok korang ponteng kerja ker tak""Kitorang tak akan ponteng,janganlah risau.Kedai ni sentiasa untung""Yealah tu"Cubit Suhaida pada pekerja kepercayaannya."Awak,ini saya kenalkan staff kesayangan dan yang paling saya percayai,Nita""En Ilham""Ehhh jangan panggil en,en...panggil abang Ilham sudahlah..abangkan suami kakak Nita ni"Nita tersenyum,terasa tidak kekok dengan suami bosnya."Duduk dulu,saya buatkan air"Ilham menganggukkan kepalanya, isterinya beredar ke pantry kedai.

"Abang jaga kakak baik-baik yea,dia kakak terbaik Nita tau,dia yang jaga Nita,bagi Nita kerja ni,Nita sayang sangat dekat dia"Ilham tersenyum"Nita sayang,abang lagi sayang tau.."Nita tersenyum lebar mendengar kata-kata Ilham."Dah lama Nita kerja sini?""Ada dekat 3 tahun,kak Su ambik Nita dekat rumah ank yatim,dia suruh Nita kerja dengannya,bagi Nita rumah untuk tinggal,jaga Nita,Nita memang terhutang budi dengan kakak,dia nyawa Nita sekarang""Maafkan abang,abang tak tahu Nita anak yatim""Tak apa,Nita dah biasa.Nita dah tiada sesiapa,itu sebab Nita sayang kakak,kakak bagi Nita kehidupan""Macam mana Nita kenal kakak?""Kakak selalu datang ke rumah anak yatim tempat Nita tinggal,kakak banyak bantu rumah anak yatim tu,dari situ Nita kenal kakak.Nita pun kenal Papa Kimi dengan Mama Sila...mereka baik dengan Nita,Nita sayang mereka"Ilham menganggukkan kepalanya."Awak,airnya,jemput minum"Ilham mengambil airnyang di uruskan oleh isterinya.

"Bagaiman perjalanan kedai sepanjang akak tak ada Nita?""Alhamdulillah semua berjalan dengan baik""Kelas kamu macam mana?""Baru habis kelas kak,tu yang Nita datang sini,tengok diorang wat keje""Kelas?""Nita ni belajar lagi awak,ambil diploma dekat kolej.Nanti dia akan uruskan kedai ni""Ohhhhh""Tolong-tolong jer,nak uruskan kedai besar ni takut Nita""Jangan takut Nita,nanti susah nak berjaya.Ingat kata papa tau"Nita menganggukkan kepalanya."Nita ni kalau awak nak tahu,dia ni adik angkat saya,anak angkat papa dengan mama yang paling penting buah hati adik saya,Fiq""Ehhh tak lah kak,jangan percaya cakap kakak ni,Nita berkawan jer dengan Fiq,Fiq boleh dapat lebih baik dari Nita""Nita,tak baik merendah diri tau,jodoh pertemuan adalah di tangan Dia,Dia yang berkuasa.Jangan kata tak nak, nanti Fiq datang meminang baru tau,setahun jer lagi tau,dia dah suruh akak jaga Nita tau""Kakak..dah lah,Nita ke belakang dulu,banyak kerja.Nanti nak balik panggil Nita tau"Suhaida tersenyum dapat mengusik gadis idaman adiknya.

Tiada ulasan: