Rabu, 4 Disember 2013

KAU YANG TERAKHIR

Credit For Me : Bab 13


 "Kejap lagi Ilham akan nikah,kau tak nak pergi ke Sya?""Kau gila Mala, tak kan Sya nak pergi dengan keadaan dia macam nie""Sorry Sya""Tak apa Mala,Lin.Aku memang tak pergi.Tapi korang pergilah wakilkan aku""Aku nak jaga kau Sya, kau makin teruk aku tengok"Natasya tersenyum. Selepas perpisahannya dengan Ilham, sengaja Natasya memberitahu bahawa sudah mendapat kerja lain dan tidak tinggal dengan rakan serumahnya.Natasya tak nak Ilham tengok keadaan dia yang makin tidak sihat.Kanser otak yang di alaminya makin teruk,nasib Natasya suka menyimpan duit gaji yang dapat tiap-tiap bulan, simpanan itulah di gunakan untuk teruskan hidup selepas berhenti kerja.Nasib rakan serumahnya, Lin dan Mala banyak membantu.Natasya tahu dia tidak akan lama hidup di dunia ini, mungkin esok atau lusa nyawanya di ambil olen Pencipta, dia redho.

"Kau ni makin teruk Sya, aku ajak pergi hospital kau tak nak""Tak apalah Lin, aku dah boleh terima semua ni.Maaf aku susahkan korang,aku tak bagitahu korang sakit aku dah makin teruk""Tak apalah Sya,mungkin ini ujian buat kau,kami akan jaga kau walau macam mana sekali pun""Terima kasih korang, korang kawan aku hidup mati"Lin dan Mala berpelukan dengan Natasya.Segala kesengsaraan Natasya mereka yang tahu.Memang Natasya redho perpisahan dengan Ilham, doa di hulurkan untuk kebahagian insan yang pernah bertahta di hatinya.

"Lin,kepala Sya sakit.Boleh ambilkan ubat,lepas makan ubat Sya nak tidur.Sya letih""Kejap yea Sya".Ketika Lin mengambil ubat Sya di dalam biliknya,tiba-tiba dia terdengar jeritan Mala. "Kenapa?""Sya jatuh bila dia bangun tadi, tak sedarkan diri""Kau call ambulances Mala, aku angkat dia kejap"Tergesa-gesa Mala mendail.Selang 20 minit Sya di masukkan ke hospital di mana dia pernah bekerja dahulu."Mala,Azlin saya dapat tahu Natasya pengsan,kenapa?"Terkejut Mala dan Lin dengan pertanyaan tersebut,rupanya Doktor Zawawi yang bertanya.Akhirnya Lin menceritakan semuanya dengan doktor Zawawi."Kenapa kamu tak bagitahu saya?Kenapa senyapkan?Doktor Ilham tahu ker tak?"Mereka mengelengkan kepala."Ya Allah kenapa Natasya buat macam ni""Kami juga baru tahu dia sakit dah sampai stage 4 minggu lepas doktor, sebab dia makin teruk kami tengok""Dah hubungi Doktor Ilham?""Hari ni Doktor Ilham kan akad nikah doktor, rasanya baru selesai majlisnya. Tak perlulah ganggu doktor, kami ada untuk menjaga Sya""Lupa saya..baiklah,saya masuk dulu,nanti saya bagitahu perkembangan Natasya".

Natasya di tempatkan di wad khas untuk pesakit kanser dan masih belum sedarkan diri sejak semalam, sejak di masukkan ke hospital."Azlin, saya rasa kita patut beritahu Doktor Ilham mengenai Natasya sebab dia makin nazak"Lin memandang Mala dan memandang Natasya yang berselirat dengan wayar di tubuhnya."Baiklah doktor".Doktor Zawawi mendail nombor handphone Ilham.Dia tahu majis persandingan Ilham sudah selesai siang tadi, harap Ilham masih belum tidur kerana jam sudah pukul 9 malam."Ilham, saya minta maaf tidak dapat ke majlis awak, ada sesuatu yang perlu saya buat di hospital""Tak mengapa doktor, saya faham""Saya hubungi kamu sebab mahu kamu datang ke hospital sekarang""Datang ke hospital?Kenapa yea doktor?" Suhaida dan ahli keluarga yang lain ada di ruang tamu memandang Ilham.Baru sahaja dia dan Ilham menandatangani perjanjian yang di beritahu oleh Ilham sebelum turun ke bawah bersama-sama keluarga yang lain.Doktor Zawawi bercerita serba ringkas berkenaan Natasya."Ya Allah, kenapa dia tak bagitahu saya doktor?" "Kamu datanglah sini, sebab dia makin nazak sejak di masukkan ke hospital semalam""Baiklah, saya ke sana sekarang"Talian di matikan."Pa,ma,ibu Il nak ke hospital sekejap, ada kecemasan""Kenapa Il?"Ilham memandang ibunya di ikuti isteri yang baru di kahwininya."Natasya bu..""Siapa Natasya Il?""Kawan yang Il bagitahu ibu, dia sedang nazak, Il minta diri dulu""Saya ikut awak"Ilham memandang isterinya,"Please...saya ikut""bawalah Za sekali Il, bahaya kalau bawak kereta dengan perasaan bercelaru""Baiklah pa""Za ambil tudung jap, tunggu yea"Berlari Suhaida ke bilik mengambil tudung dan handbag.

Di dalam kereta Suhaida dapat lihat kerisauan di wajah suaminya.Mungkin wanita itu adalah insan yang di cintainya.Ingin sekali dia melihat wajah wanita yang berjaya mencuri hati suaminya.Bergegas Ilham ke wad yang menempatkan Natasya.Di luar bilik, dapat di lihat Lin,Mala, Doktor Zawawi dan beberapa orang jururawat hospital."Ilham""Doktor, bagaimana  keadaan Natasya?""Kamu lihatlah sendiri, pergilah masuk tengok dia.Dia baru sedar,Cuma badan dia teramat lemah"Ilham memandang isterinya, Suhaida seolah-olah mengerti, dia menganggukkan kepalanya tanda mengizinkan suaminya berjumpa Natasya.

Di luar bilik, dapat di lihat Ilham menangis."Sya, Il datang sayang,buka mata sayang"Mata Natasya bergerak perlahan-lahan dan terbuka.Pandangan sayu di lemparkan ke arah Ilham, satu-satunya insan yang berjaya mencuri hatinya."Il..Il datang yea""Kenapa Sya tak cakap dengan Il Sya sakit?Kenapa buat Il macam ni?Il sayang Sya"Natasya tersenyum."Wife Il ada?Sya nak jumpa"Ilham mengangguk, dia berpaling.Dapat di lihat di cermin bilik, Suhaida memandang ke arahnya dan Natasya.Lambaian di berikan oleh Ilham kepada isterinya."Puan, pergilah.Suami puan panggil"kata Doktor Zawawi.Lin dan Mala juga menganggukkan kepalanya.Tombol pintu di buka, serba salah Suhaida berada dalam situasi sekarang.Jelas di matanya ada air mata di pipi suaminya.Terlalu bermakna wanita ini bagi dirinya.

Tiada ulasan: