Rabu, 4 Disember 2013

KAU YANG TERAKHIR

Credit For Me : Bab 15


"Za,semalam balik pukul berapa?mata sembap jer ni,kamu cukup tidur tak?Ilham mana?" "Mar,cuba tanya satu-satu,pening budak tue di  buatnya""Tak apa pa.Ilham dekat hospital, dia tak balik semalam.Za sampai pukul 3 pagi tadi ma""Ilham tak balik Za?""Yea ibu, dia jaga Natasya dekat hospital, Natasya nazak""Sakit apa Za?""Ilham tak pernah cerita pada ibu ker?"Suhaida bertanya kembali pada ibu mertuanya."Ilham ada cerita pada ibu dia ada kawan perempuan,sebelum bersetuju untuk berkahwin dengan kamu.Dia tak pernah kenalkan dengan ibu, dan tak pernah beritahu yang kawannya itu sakit""Ohhh...dia menghidap kanser otak bu, dah stage 4""Ya Allah, kesiannya..""Nasib dia ma, tak apalah Za nak ke hospital,nak hantarkan baju dekat Ilham""Ibu ikut boleh yea"""Mama juga Za" "Baiklah..kami pergi dulu papa""Hati-hati bawa kereta  Za,suruh Ilham bersabar.Kamu juga kena kuat""Tak apa pa,ini dugaan buat Za"Telefon Suhaida berbunyi."Suhaida, ini Mala kawan Natasya""Yea saya, ada apa-apa berita ker Mala?""Awak,Natasya dah meninggal subuh tadi""Ya Allah,innalillahwainalillahhirojiun""Awak datang sini ye,pujuk Ilham,saya tengok dia dah macam orang tak betul""Baiklah saya ke sana sekarang".Suhaida memandang ibubapanya dan ibu mertuanya"Natasya dah meninggal subuh tadi,Za nak ke sana""Mar,Ros kita bersiap,kita ke hospital sekali.Bagi penghormatan pada arwah""Za pergi dulu,nanti mama dengan ibu ikut ayah ye,Za nak tengok Ilham sekali""Baiklah Za, hati-hati bawa kereta".

Sampai sahaja di hospital, Suhaida melihat Ilham tidak terurus.Kusut masai dengan mata bengkak,rambut kusut.Lin yang ternampak Suhaida segera melambai supaya Suhaida datang kepadanya."Maaf,Ilham tak terurus.Tadi dia baru lepas menangis lagi""Tak apa,biar dia lepaskan kesedihan dia""Pergilah kepadanya,pujuk dia"Suhaida menganggukkan kepalanya.Suhaida menghampiri Ilham yang duduk di satu sudut,termenung. "Awak..." Ilham memandang orang yang memanggilnya,serta merta isterinya di peluk.Tergamam Suhaida dengan reaksi tiba-tiba suaminya."Awak,sabar ye,Tuhan lebih sayangkannya,kita kena redho dengan pemergiannya.Jangan di tangisi arwah ""Saya tak mampu,saya silap kerana memutuskan perhubungan saya dengan dia.Dia dah tinggalkan saya""Awak,jika awak tak putuskan perhubungan ini pun,dia tetap akan meninggalkan awak sebab Tuhan lebih sayangkan dia dari awak,dia hanya di pinjamkan kepada awak untuk di bahagiakan sementara""Ilham...""Ibu...""Maafkan ibu sayang,ibu tak tahu semua ini.Jika ibu tahu ibu takkan pisahkan kamu""Betul Ilham,mama minta maaf juga""Ilham pun baru tahu Natasya sakit bu,ma..tak mengapalah"Bahu Ilham di peluk oleh bapa mertuanya,"Sabar,ini ujian untuk kamu.Dia sudah bahagia kerana menemui penciptanya,kita kena teruskan hidup yang masih ada ni"Ilham menganggukkan kepalanya.


Jenazah Natasya selamat di kebumikan di tanah perkuburan berdekatan dengan hospital,oleh kerana Natasya tiada sanak saudara,segalanya di uruskan oleh pihak hospital dari mandi,sembahyang dan kebumikan.Ilham tidak kuat untuk menghadapi semua ini,beberapa kali dirinya hampir tumbang apabila kesedihan menyelubungi diri.Selesai semua urusan, Suhaida membawa Ilham pulang,majlis tahlil telah Ilham serahkan pada pihak masjid untuk di uruskan.


Selesai mandi dan solat,Ilham lebih banyak berdiam diri."Awak, kita bacakan Yassin untuk arwah,mari"Ilham memandang isterinya,anggukan di berikan.Kedengaran bacaan Yassin di alunkan,sebak dada Ilham mengingati saat-saat terakhir bersama Natasya."Awak,saya minta maaf jika kata-kata saya melukakan hati awak,tapi saya nak awak kuat,kalau awak menangis meratapi pemergian arwah tiada gunanya,kita doakan dia bahagia berjumpa pencipta.InsyaAllah satu hari nanti kita juga akan alami benda yang sama,cuma amal ibadat sahaja yang membezakannya""Saya faham,saya nak tidur dulu,saya penat. Maaf" Suhaida hanya memandang sepi suaminya.Mungkin perasaan cinta masih belum ada kerana perasaan benci masih menebal,tetapi Suhaida kesian melihat suaminya bersedih.Mungkin kali ini dia perlu memainkan peranan untuk mengembalikan Ilham yang lama.


Suhaida mencapai Al-Quran,niat hati ingin sedekahkan ayat-ayat suci kepada arwah, mungkin dia baru sahaja mengenali arwah,tetapi sesama manusia tidak salah jika kita hadiahkan sesuatu yang berharga.Alunan ayat suci kedengaran,Ilham yang masih belum tidur mendengar bacaan isterinya.Airmata mengalir deras kerana kesedihan di tinggalkan oleh orang yang di sayangi.Kata-kata Natasya sebelum meninggal Ilham akan ingat sentiasa.Perbualan singkat amat di hargai kerana Natasya beria-ia menceriakan hati Ilham walaupun dia tidak sihat.Mungkin dia sudah tahu ajalnya akan tiba tidak lama lagi.

Tiada ulasan: