Ahad, 29 Disember 2013

KAU YANG TERAKHIR

Credit for me : Bab 21


"Morning sayang"Ilham berkata bila isterinya membuka mata,serta merta muka Suhaida berubah kemerah-merahan."Janganlah malu,kita dah kongsi semuanyakan""Saya mandi dulu""Tak nak mandi dengan abang ker?"Ilham menarik tangan isterinya,terduduk kembali Suhaida di atas katil."Awak,please..""Ok,ok..cuma abang nak ucap terima kasih sebab bagi abang peluang untuk merasai nikmat kemanisan rumahtangga kita dan terima kasih juga kerana sayang abang pandai menjaga diri"Suhaida memandang tepat suaminya"Apa maksud awak?""Jangan salah faham sayang, selama ni abang ingat isteri abang seorang yang bebas,tingkahlaku sayang dahulu buat abang fikir ..." "Fikir apa?Walaupun saya bebas dahulu,keluar masuk kelab tapi saya jaga maruah,maruah saya hanya untuk suami saya,sampai hati awak cakap macam tu""Sayang,abang tak bermaksud begitu,jangan salah faham"Air mata mengalir di pipi Suhaida."Abang minta maaf sayang,abang tak bermaksud apa-apa,abang hargai sikap sayang dan yang paling abang tak sangka sayang memang pandai menjaga diri"Ilham memeluk isterinya dari belakang sambil mencium rambut dan leher isterinya.

"Maafkan abang sayang,abang tak bermaksud nak lukakan hati sayang.please"Suhaida tidak tahu apa yang perlu di ucapkan,hatinya terguris."Abang minta maaf,abang salah.Please sayang,kita baru berbaik,jangan begini""Saya nak mandi"Ilham melepaskan isterinya ke bilik air,selepas mandi Ilham nampak mata isterinya merah"Tunggu abang,kita solat bersama"Suhaida membentangkan sejadah,sementara menunggu Ilham mandi, Al-Quran di capai.Baginya,lebih baik mendekatkan diri KepadaNya dari memikirkan kata-kata suaminya tadi.Dari dalam bilik air,Ilham mendengar bacaan isterinya,'Za memang dah berubah,aku silap berkata-kata,maafkan abang sayang,abang tak pandai menilai mana yang permata,mana yang kaca'Keluh Ilham di dalam bilik air.Selesai menunaikan solat dan berdoa,Ilham memandang isterinya."Za,abang minta maaf banyak-banyak,abang akui salah abang berkata begitu,abang silap menilai insan di depan abang,rupanya prasangka abang memakan diri abang sendiri,abang akui abang khilaf dalam menilai Za.Abang janji untuk belajar mengenali Za,tapi abang silap,maafkan abng sayang"Suhaida melihat ada titisan jernih di mata suaminya."Saya dah maafkan awak,cuma lain kali awak kena kenal saya untuk menilai saya.Jangan pandang secara luaran,saya akui luaran saya dan dalaman saya tidak sama"Ilham tersenyum,menganggukkan kepalanya,terus di peluk isterinya."Awak!!Saya nak mengajilah,kan dah batal air sembahyang saya""Opssss sorry,abang tak sengaja,ambil balik yea"Suhaida geram."Kita mengaji bersama nak,mana tahu nanti kita boleh khatam sekali""Betul?"Ilham menganggukan kepalanya.Sejuk hati Suhaida mendengar kata suaminya.

Handphone Ilham berbunyi kuat."Ya Allah,dah pukul 10..awak bangun,dah lambat"Akibat keletihan dan tak cukup tidur,selepas mengaji mereka tertidur semula."Awak... bangun... bangunlah"Susah juga nak mengejutkan suaminya,handphone Ilham di capai. "Assalamualaikum papa""Waalaikumussalam,mana kamu berdua ni?Papa dah tunggu dekat office dari tadi tak sampai-sampai lagi""Maaf pa, kejap lagi kami sampai..letih sangat,terlajak tidur""Tidur??Papa menganggu ker?""Ehhh tak lah pa,memang dah nak bangun pun"Tan Sri Hakimi ketawa,dia faham orang baru berkahwin.Dulu pun dia hampir bangun dekat tengahari,siap kena perli dengan mak mertua lagi."Papa...janganlah ketawa""Oklah,papa tak nak kacau.Nanti dah siap sedia datang office,banyak benda nak di bincangkan""Baiklah pa,kejap lagi Za dengan Ilham sampai"Selepas memberi salam,Suhaida mengejutkan suaminya."Awak,bangunlah..dah pukul 10 ni...awak...awak... abang!"Jeritan Suhaida mengejutkan suaminya."Za,kenapa ni?Terkejut abang""Dah bangun,pukul 10 ni,lewat nak pergi office.Papa dah call""Astagfirullah Al Azim, dah lambat..penat sangat""Za mandi dulu yea""Yea lah"Ilham memandang isterinya,serta merta kenangan malam tadi bermain di fikiran,senyum lebar menghiasi bibir Ilham.'Thank you sayang'

Tiada ulasan: