Rabu, 4 Disember 2013

KAU YANG TERAKHIR

Credit For Me : Bab 7


'Aku kena jumpa Sya,kena bincang.Aku mesti cari dia.Semua ini silap aku'Ilham termenung di dalam bilik, hatinya kuat mengatakan dia bersalah.Memang dia bersalah, kerana dia meninggalkan Natasya Idayu, insan yang bertahta di hatinya.Tetapi dia tidak di beri peluang untuk membetulkan semua ini.Hatinya langsung tiada pada bakal isteri yang di tetapkan oleh ayahnya.Bagaimana dia nak melayari rumahtangga jika hati tidak dapat di beri kepada dia kerana ada insan lain yang lebih berhak ke atas hati ini.

Tok,tok...bunyi pintu di ketuk."Siapa?Masuklah"Orang yang di tunggu oleh Ilham muncul."Hai abang sepupu, kenapa memerap dalam bilik ni?Kejap lagi nak gerak dah ni""Adik kat mana tadi?Abang cari tak jumpa pun""Sorry bang, adik keluar sekejap tadi,beli barang..sekarang taraaaaa...depan mata abang"Nadia angkat tangan tanda minta maaf dia tiada semasa abangnya balik."Ni kenapa? muka tu kelat jer, kan kejap lagi nak jumpa bakal isteri"Bantal kecil di baling ke arah Nadia. "Ok,ok,ok.. sorry.Adik minta maaf.Maklong dah cerita semua dekat adik""Ibu cerita apa?""Bang, adik tahu dia bukan wanita pilihan abang, dia pilihan arwah paklong.Tapi kita kena think positif kenapa paklong nak dia jadi bakal isteri abang""Abang tak bolehlah dik, abang pernah caci dia.Lagipun dah ada insan lain bertahta dekat hati abang,seorang perempuan yang lebih berhak,yg memiliki apa yang abang mahukan daripada seorang isteri"Nadia memandang abang sepupunya, macam tidak terurus.

Ilham bercerita segalanya, termasuk perihal Natasya yang berhenti kerja di sebabkan perpisahan  mereka."Bang, adik faham masalah abang.Mungkin adik tak alami semua ini, tapi adik rasai keperitan abang.Tapi abang juga bagitahu yang Natasya dah tinggalkan abang, sekarang abang tak boleh meratapi  kesedihan perpisahan ini.Abang kena kuat.Abang lakukan ini untuk siapa?Maklongkan?Maklong hanya menyuarakan hajat wasiat arwah, jika abang tak nak abang cakap terus terang""Abang ada pilihan ker dik?Abang pernah bagitahu ibu, tapi ibu memang berharap abang berkahwin dengan pilihannya,abang tak di beri ruang dik""Bang, kadangkala kita kena korbankan kebahagian kita untuk seorang insan yang telah melahirkan dan membesarkan kita.Pilihan ibubapa kita bukanlah yang teruk untuk kita,mereka juga mahukan yang terbaik untuk anaknya.Kadangkala mereka yang lebih tahu apa yang terbaik untuk anaknya.Memang mereka bukan Tuhan yang boleh tentukan semuanya, tapi mereka mempunyai satu naluri yang kuat untuk sesuatu yang baik terutama jodoh abang, maklong bukan seorang yang sihat, bukan seorang yang kuat,kita tak tahu dia menangis  ke apa jika abang terima atau tolak permintaan arwah paklong.Maklong hanya menjalankan tugas dan amanahnya.Mesti maklong dah tengok dan nilai bakal isteri abang sebelum memutuskan semua ini.Seorang ibu yang melahirkan kita, tak akan memberikan penderitaan pada kita kecuali penderitaan itu kita sendiri yang cari.Natasya sedia undur diri kerana dia mahu abang patuh pada ibu abang.Penilaian adik memang Natasya insan yang mulia.Kita doakan kebahagian dia.Mungkin pemergian dia nanti kita doakan agar dia berjumpa dengan yang lebih baik.Kita tak di jodohkan untuknya, mungkin kita boleh berkawan dengannya kerana berkawan lebih baik untuk meluahkan segalanya"panjang lebar kata-kata Nadia kepada Ilham."Abang faham dik, abang memang dah bagitahu diri abang, abang buat semua ini untuk iu,arwah ayah""Bahagiakan mereka bang selagi mereka ada, jangan jadi macam adik.Mak ayah dah meninggal""Dik...jangan sedih..""Tak lah, adik dah boleh terima,jangan risau ok"Ilham mengangguk kepalanya.

Betul kata Nadia, dia masih lagi bernasib baik kerana masih mempunyai seorang ibu,berbanding denganNadia yang kehilangan mak ayah sejak kecil kerana terlibat kemalangan.Nadia anak tunggal,kerana itu ibu dan arwahnya mengambil dan menjaga dia sehingga sekarang.Sebab itulah dia lebih rapat dengan Nadia dan suka bercerita dengannya kerana Nadia lebih matang ada kalanya dari dirinya sendiri.Mungkin pengalaman hidup mengajar dia untuk lebih dewasa dan matang.

Tiada ulasan: