Sabtu, 21 Disember 2013

KAU YANG TERAKHIR

Credit for me : Bab 20


"Za boleh terima anak ibu?"Suhaida memandang ibu mertuanya,Suhaida tahu naluri seorang ibu,mahukan kebahagiaan untuk anaknya"Tipulah bu kalau Za cakap Za boleh terima semua ni,tak sampai 3 bulan kenal dah kena kahwin,tapi Za cuba bu,Za perlukan masa untuk semua ni""Ibu tahu menantu ibu boleh bahagiakan anak ibu,mungkin dulu anak ibu mulutnya pedas sampai buat Za terasa,tapi itu semua zaman muda Za, ibu pun dah tegur anak ibu,dia akui kesilapannya" "Ehem.. ehem..ngumpat Il yea bu?""Pasang telinga jer budak sorang ni,tak ada maknanya ibu na ngumpat pasal kamu""Ibu jangan cerita buruk-buruk pasal Il dekat wife Il,nanti dia ngajuk ngan Il susah Il na pujuk,na minta maaf pun seksa bu"Suhaida menjeling mendengar kata-kata Ilham,geram."Dah,jangan di layan Il ni Za,jom kita ke depan.Minum dekat gazebo depan,sejuk sikit.Boleh tengok air kolam tu, segar sikit mata tu""Bu,malam dah ni,nanti sejuk""Alah sejuk mananya,kan ada atap,dinding..kalau kamu malas pergi tengok tv,biar ibu borak-borak dengan menantu kesayangan ibu""Mari bu, Za bawakan dulang ni"Ibu Ilham menganggukkan kepalanya,Ilham hanya memandang kedua-dua wanita kesayangannya beredar.
 
Sedang rancak Datin Rosmah berborak dengan menantunya,"Ilham!dah malam.Takkan kamu nak terjun kolam?"Ilham tersengih seperti kerang busuk."Awak,sejuklah""Tak apa,kalau sejuk nanti malam saya peluk awak"Ilham tersenyum penuh makna pada Suhaida,merah padam muka isterinya. "Ilham..kamu ni..dah kalau nak mandi cepat,jangan lama sangat berendam,nanti..."Tak sempat ibunya menghabiskan kata-kata,Ilham terlebih dahulu terjun ke dalam kolam."Budak bertuah ni,geram betul.Tak abis cakap dah terjun""Biar ajalah bu,nanti sejuk dia naiklah""Za kena tahan sikap dengan perangai anak ibu tu,kadangkala abis orang di usiknya.Ibu akui dulu dia memang lepas laku,tapi ibu tahu sekarang dia dah berubah"Suhaida menganggukkan kepalanya.
 
Lewat tengah malam,Ilham dan Suhaida memina diri unuk pulang."Tak nak tidur dekat sini ke?Dah lewat malam ni""Tak kot bu, nanti bila Il free Il datang dengan Za tidur sini yea,baju Za pun tak bawak""Yealah,bawak kereta elok-elok,jangan laju-laju,jaga menantu ibu baik-baik,kamu jangan nak usik Za jer,jaga tingkahlaku,jangan tinggal solat,faham?""Yea,jangan risau yea Datin Rosmah, menantu Datin akan Ilham Shafiq jaga betul-beul""Budak bertuah ni"Suhaida ketawa mendengar usikan Ilham kepada ibunya."Za balik dulu bu,nanti senang-senang Za datang sini,tidur sini.Ibu jaga diri yea""Yealah,pasal ibu janganlah kamu risau.Ibu ada Mak Temah yang akan temankan selalu""Ok bu,nanti apa-apa call Il yea"Ibu Ilham menganggukkan kepalanya.
 
Di dalam perjalanan,Suhaida lebih banyak mendiamkan diri sahaja."Za, penat ker?senyap jer" "Ermmm""Kalau penat tidurlah dulu,nanti dah sampai abang kejutkan""Tak apalah,dah tak jauh sangat""Penat sangat abang tengok, tadi abang pun tak di layan, mesti banyak cerita dengan ibu ni""Adalah borak-borak sikit,cerita hal perempuan jer""Oh yea ker?abang tak boleh tahulah ni apa yang di borakkan?""Tak,hal orang perempuan"Ilham ketawa."Tak kisahlah,janji isteri abang gembira lepas jumpa ibu.Oh yea,tadi papa ada call time Za borak dengan ibu dekat gazebo,papa suruh dating office sebelum bercuti panjang minggu depan""Datang office?Za baru ingat nak ke kedai esok,da dekat dua minggu Za tinggalkan kedai""Macam ni lah, pagi esok kita pergi office dulu,nanti petang abang hantar Za dekat kedai,nak juga abang tengok kedai isteri abang ni""Tengok kedai?ermm...baiklah"Kurang setengah jam,mereka sampai ke rumah.
 
"Za mandi dulu yea""Yea,mandi air panas,dah tengah malam ni"Suhaida menganggukkan kepalanya. Selang setengah jam,"Awak,awak bangun.Mandi dulu,nanti sambung tidur balik""Mengantuklah sayang""Mandi dulu,badan dah belengas tue""Yealah,yealah"Ilham bangun dan terus masuk ke bilik. Selepas mandi Ilham mencari isterinya,'Mana pulak Za ni,takkan tak tidur lagi,dah pagi ni'Ilham tersenyum melihat isterinya tidur di sofa sambil memegang buku berkenaan resepi membuat cup cake.'Dah tidur pun pegang buku resepi lagi,macam kahwin dengan chef pulak..sayang,sayang'Ilham mengangkat isterinya ke dalam bilik.Bila Ilham meletakkan Suhaida di katil,Suhaida tiba-tiba tersedar."Sorry kalau abang kejutkan Za,penat sangat abang tengok""Maaf..""Tak apa, dah sambunglah tidur dulu,nanti pagi nak bangun"Suhaida menganggukkan kepalanya.Ilham merebahkan badan di sebelah isterinya.Selang 10 minit,"Kenapa tak tidur lagi sayang?""Tak boleh tidur""Kenapa ni?ada yang merungsingkan ker?""Taklah,cuma tak boleh tidur saja"Ilham merapatkan badan ke isterinya."Abang peluk yea,abang dodoikan bagi tidur""Ha..."Ilham memeluk isterinya, "Dah jangan risau,abang peluk sahaja,tak lebih dari tu,kita tidur yea"Selepas Ilham habis bercakap,guruh di langit bergema kuat di bilik mereka,Suhaida menjerit ketakutan,serta merta di balasnya pelukan suaminya. "Ehh jangan takut,abang ada sini"Ilham cuba tenangkan isterinya,"Sayang...la..kenapa menangis ni,abang adalah.Tue guruh saja,kan tadi pun da hujan,dah..dah..jangan menangis"Tersedu-sedu Suhaida menahan tangisnya."Sayang,dahlah..abang ada ni,jangan nangis lagi"Ilham mengangkat muka isterinya,di cium dahi isterinya.Tergamam Suhaida dengan tindakan isterinya,matanya memandang mata Ilham.
 
Satu perasaan terbit di dalam pasangan suami isteri.Perlahan-lahan Ilham mendekatkan mukanya ke isterinya sekali lagi.Di cium lembut dahi Suhaida sekali lagi,beralih ke pipi kiri kanan,mata dan hidung.Ilham memandang isterinya,dia takut jika tindakannya akan membuatkan isterinya mengamuk."Izinkan abang.."Suhaida merasakan dia berkongsi perasaan dengan suaminya,anggukkan perlahan di beri tanda keizinan kepadanya.Perlahan-lahan mulut isterinya di cari dan di cium lembut,nikmat pasangan suami isteri sampai ke kemuncak.Terdengar perlahan bisikan Ilham,doa di bacakan 'Dengan nama Allah.Ya Allah,jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang akan Engkau kurniakan kepada kami' Suhaida merelakan apa juga tindakan suaminya,dia ikhlas memberikan apa yang sepatutnya menjadi hak bagi suaminya.Hujan lebat di luar tidak menganggu pasangan suami isteri ini menunaikan kewajipan mereka.Air hujan yang mencurah ke bumi seolah-olah merestui pasangan suami isteri ini,kehangatan hubungan di rasai.
 
 

Tiada ulasan: