Rabu, 4 Disember 2013

KAU YANG TERAKHIR


Credit For Me : Bab 12


"Kamu ke mana Za?Kamu lupa esok kamu nak nikah?Tak abis-abis merayap jer,mama cakap kamu langsung tak nak dengar!""Mama, Za tak nak nikah dengan orang macam Ilman tue, please ma, tolonglah""Za, jangan buat perangai.Esok majlis pernikahan kamu tahu tak.Semua dah sedia" Suhaida berperang dengan masalah, macam-macam jalan di buat untuk dia batalkan perkahwinan ini, tetapi tetap tidak berjaya.Ilham juga senyap, sudah dekat seminggu mereka tidak berjumpa.Cuma yang di dengar olehnya, Ilham menghantar surat perletakan jawatan kerana selepas berkahwin Ilham akan terus menguruskan kliniknya."Za, jangan main-main sayang.Majlis esok majlis besar, kalau Za buat perangai memang mama dan papa akan malu""Tapi Za tak suka Ilham ma,Za nak batalkan majlis ini""Apa Za!!!!"Jeritan papanya di ikuti dengan tubuh papanya jatuh tiba-tiba.
"Papa,papa..kenapa ni papa?Bangun papa""Abang bangun bang, jangan macam ni""Fiqri,Fiqri.. tolong  mama nak, papa pengsan"Jerit Puan Sri Marsila pada anak bongsunya.Nasiblah rumah tiada ramai orang,hanya mereka sahaja.Ini kerana majlis akad nikah akan di buat di hotel dan seterusnya majlis keesokan harinya juga di sana."Za, call Doktor Zubir cepat"Suhaida mendail nombor Doktor Zubir"Ma, tak dapat""Bukan Doktor Zubir tak ada ke ma, dia ke Indonesia, esok pagi baru balik""Aduhai..bagaimana ni?""Kaklong, call abang Ilham, dia mesti boleh tolong.Dia doktor""Betul kata Fiqri tu Za, Ilham ada dekat hotel"Teragak-agak Suhaida mendail nombor Ilham.Pertama kali berbicara melalui telefon dengan Ilham."Assalamualaikum, siapa tu?""Ilham, datang sini.Papa pengsan""Apa???"Terus talian di putuskan.Nasib Ilham baru sahaja keluar dari hotel untuk pulang ke rumah.Perjalanan yang sepatutnya menjadi setengah jam dari hotel ke rumah Suhaida, menjadi 15 minit kerana kerisauan Ilham terhadap bakal mertuanya.

Bergegas Ilham naik ke bilik yang menempatkan bakal mertuanya seperti yang di tunjukkan oleh Mak Jah.Kedengaran tangisan Suhaida dan Puan Sri di sebelah Tan Sri yang terbaring tidak sedarkan diri."Abang, tolong tengokkan papa.Papa tiba-tiba pengsan, tak sedar diri""InsyaAllah Fiq"Mungkin sebab Ilham seorang doktor, segala ketenangan dia dapat atasi.Selang setengah jam, Tan Sri membuka mata,cuma keadaannya masih lemah."Papa ada sakit jantung ker?"Tanya Ilham selepas Tan Sri terjaga,hanya anggukan di berikan untuk menjawab pertanyaan bakal menantunya."Papa kamu Il, macam-macam skit.Jantung,kencing manis,darah tinggi semua ada""Tak apalah pa,ma..sekarang papa berehat.Jangan fikir bukan-bukan.Il dah berikan suntikan,nanti lepas papa bangun tidur papa akan segar.Jangan banyak bergerak yea""Terima kasih Il""Jangan ucap terima kasih pa, memang tanggungjawab Il"Tan Sri tersenyum lemah."Papa, Za minta maaf.Semua salah Za""Dahlah sayang, papa ok"Ilham pelik kenapa bakal isterinya beria-ia menangis,mesti ada sesuatu.

"Papa, mama, Il minta diri dulu.Dah lewat ni.Risau pula ibu nanti""Baiklah Il, Za hantarkan Ilham" Za menganggukkan kepalanya."Awak terima kasih kerana selamatkan papa.."Terus di peluk Ilham selepas berkata sedemikian, Ilham terperanjat."Awak, kenapa ni..""Kak, sabar esok jer lagi.."Usik Fiqri.Serta merta Suhaida lepaskan pelukan tersebut."Maaf, saya tak sengaja""Za,Za..terkejut Ilham.Tue lah jual mahal lagi""Papa, sakit-sakit pun usik Za yea"merah padam muka Suhaida kerana ketelanjurannya tadi.Puan Sri hanya tersenyum melihat kerenah anaknya.Selepas berslaman sempat Tan Sri mengusik esok jangan lupa datang,nanti ada yang tak tidur malam dibuatnya, Ilham hanya tersenyum sahaja.

"Saya minta maaf tadi,tak sengaja""Tak apa, nanti tubuh inilah awak akan peluk setiap malam""Eh sorry yea, saya teremo saja,tak sengaja,takut sesuatu terjadi dekat papa"Ilham tersenyum."Oklah awak, saya penat.Nak balik dulu.Tak nak salam bakal suami ker?"Sambil tersengih-sengih Ilham mengusik."Nak kena tampar buatlah,kan bukan mahram""Abis tadi peluk saya tue?""Faham tak, saya tak sengaja.Jangan ingat saya dah maafkan awak""Oklah, saya gurau je..ok, sweet dream, esok dah tidur dengan saya""Arrrgggghhhh.."Ilham ketawa dan terus masuk ke dalam kereta.

Tiada ulasan: