Rabu, 18 Disember 2013

KAU YANG TERAKHIR

Credit for me : Bab 19



Ilham mengambil handphone isterinya, tertera nama bekas kekasih isterinya.Handphone dihulurkan kepada isterinya,teragak-agak untuk Suhaida menjawab."Jawablah, abang izinkan".Selepas mengambil handphone dari tangan Ilham,"Awak duduk sini, saya jawab depan awak"Pinta Suhaida,Ilham menganggukkan kepalanya dan mengajak Suhaida duduk di sebelahnya."Assalamualaikum""Waalaikumussalam,sayang awak dekat mana?""Awak jangan panggil saya macam tu,kita sudah tiada apa-apa lagi.Ada apa awak hubungi saya ni?Kan saya dah cakap jangan call saya lagi""Jangan marah sayang,abang rindu sayang sangat-sangat""Maaf,simpan rindu awak pada isteri awak,cukuplah awak buat saya derita dahulu,saya tak suka awak buat macam ni""Sayang,abang tahu sayang tak bahagia, please kembali pada abang,abang memerlukan sayang""Assalamualaikum En Syed Afenddy"Terkejut Syed Afenddy kerana tiba-tiba mendengar suara lelaki,bukan ker tadi dia bercakap dengan buah hatinya,Suhaida Zaharah."Ehhhh,kau ni siapa ha?Aku tak nak cakap dengan kau,mana sayang aku tadi?""Maaf,saya suami Suhaida Zaharah, saya minta agar En faham situasi dia sekarang,saya hormat En, so minta jauhkan diri dari isteri saya,sekarang dia milik saya dan selamanya""Ehhh,kau rampas dia dari aku,kau nak ceramah dekat aku pulak yea,kau pulang dia balik pada aku!""Maaf sekali lagi En, dia adalah isteri saya,bukan barang untuk saya pulangkan pada en, saya minta en faham, sayamasih ada hormat pada En""Peduli apa aku dengan hormat kau,siap kau nanti,kau akan terima balasan kerana rampas sayang aku!!!"Talian di putuskan oleh Syed Afenddy."Awak,saya minta maaf.Saya tak sangka dia akan cakap macam tu"Oleh kerana Ilham membuka load speaker, Suhaida dapat mendengar segala yang Syed Afenddy ucapkan."Tak mengapalah, dah kita bersiap,nanti lambat pula kita beli barang dapur,nak pergi rumah ibu lagi,siap yea"Suhaida pelik dengan sikap Ilham,seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku."Awak...""Za, please..jangan kusutkan keadaan.Kita banyak benda perlu di buat,nanti kita bincang lagi yea"Akhirnya dalam keterpaksaan Suhaida bangun dan bersiap untuk keluar.



Ilham memandu perlahan keretanya.Selepas membeli barang dapur,Ilham menghantar barang-barang yang di beli ke rumah.Suhaida hanya menunggu di dalam kereta, terasa dingin sikap Ilham kepadanya,hanya bercakap bila perlu sahaja."Awak,kenapa ni,senyap jer""Abang ok,jangan risau"Suhaida memegang tangan Ilham,terhenti pergerakan Ilham untuk undur kereta."Awak,please..""Za,abang ok""Abang..."Ilham memandang isterinya,"Saya tahu saya salah, saya tak sangka dia akan buat macam tu,saya minta maaf""Ni nak memujuklah yea,sedap dengar panggil abang,ulang balik""Awak!!!tak sukalah saya,benci""Ala sayang,janganlah marah,gurau jer,dah lah,abang malas nak fikir semua ni,sekarang ni abang hanya fikir satu sahaja, janji isteri abang tak melayan, isteri abang setia dengan abang dan tiada nawaitu untuk kembali kepadanya lagi""Saya tak akan kembali pada dia lah,saya dah buang dia jauh-jauh dari diri saya""Abang tahu,jangan risau.Isteri abang hanya untuk abang,dah lah..kita gerak pergi rumah ibu yea,tadi ibu dah call abang tanya bila nak sampai,rindu sangat dekat menantu dia ni""Mestilah,saya pun rindu ibu""Abang?""Dahlah, cepat jalan,merepek jer"Ilham ketawa dapat mengusik isterinya.


"Za,nanti minggu depan cuti dua minggu yea""Kenapa?""Abang nak bawa Za honeymoon lah,kan kita baru berkahwin""Honeymoon?""Yea sayang,tak kan abang tak nak bawa isteri abang honeymoon,sian isteri abang""Saya tak kisah awak""Dah panggil awak pula,kan sedap dengar panggil abang tadi""Awak...please""Ok,ok,ok...terpulang pada Za,abang tak paksa.Abang memang nak bawa Za pergi honeymoon,cuma abang tak sempat fikir ke mana,Za ada cadangan tak?""Tak ada,cuma kita pergi dekat sini-sini sajalah, kesian papa,lepas kenduri Za tengok dia bukan sihat,pagi tadi pun sebelum kita pindah papa dah pesan suruh datang pejabat dalam masa terdekat,papa suruh bagitahu awak sekali supaya datang""Abang bukan tak nak datang pejabat Za,papa dah banyak kali ingatkan abang sebelum kita keluar rumah lagi,tapi abang punya bidang berbeza,bagaimana dengan klinik abang?Abang memang impikan untuk ada klinik sendiri""Abis,saya pun sama,macammana,apa kata kita bincang dengan papa kita handle sampai adik abis belajar,nanti kita serahkan dekat adik,Za tak minat bisness papa,bukan bidang Za,Za sayangkan kedai bakery Za,itu matlamat Za sejak dari kecil""Tak apalah,nanti kita bincang dengan papa,Za teruskan saja dengan kedai tu,sekurang-kurangnya abang tahu kesukaan isteri abang,cuma bilalah nak masak untuk abang yea,nak juga rasa air tangan isteri sendiri""Saya bukan pandai masak,kat kedai tu pun orang yang masak,saya upah diorang""Yea ker, tapi mama kata Za memang pandai masak""Ishhh mama ni,percaya sangat cakap mama tu""Tak kisahlah,tak pandai belajar,kalau dah pandai nanti hari-hari masak untuk abang ok"Suhaida diam sahaja mendengar permintaan Ilham.


"Awak,awak tak rasa sedih ker kehilangan Natasya.Maaf kalau saya salah cakap,saya bertanya je""Za,Natasya memang orang yang abang sayang,dia insan pertama yang ada dekat hati abang sebelum Za miliki, tapi dia dah jadi sejarah.Mungkin sudah di takdirkan dia akan pergi dulu mengadap Pencipta kita,abang akan teruskan hidup selagi abang bernafas di dunia ni,abang tahu abang sudah ada isteri,abang kena pandai uruskan semua ni.Za jangan risau,abang sekarang tengah cuba untuk menerima perhubungan kita,abang tetap letakkan Za di dalam hati abang.Mungkin Natasya orang pertama di hati abang,tapi biarlah sayang abang ni menjadi yang terakhir untuk memiliki hati abang.Abang akan cuba bahagiakan sayang abang"Ilham memegang tangan isterinya dan di ciumnya."Terima kasih awak, saya cuba.Tapi saya perlukan masa""Tak apa,abang faham,jangan risau ok sayang"Mendengar kata-kata Ilham membuatkan Suhaida rasa tenang,cuma dia perlukan masa untuk perhubungan yang sah ini.

Tiada ulasan: