Rabu, 18 Disember 2013

KAU YANG TERAKHIR

Credit for me : Bab 18



Perbincangan sepakat di ambil, memang pada mulanya mama Suhaida membantah untuk mereka berpindah,tetapi selepas mendapat persetujuan dan sokongan Tan Sri Hakimi akhirnya Puan Sri Marsila izinkan anak dan menantunya berpindah.Ilham memandang Suhaida yang tengah mengemas pakaian untuk di masukkan ke dalam beg."Za, ke sini sekejap.Saya nak berbincang dengan awak"Suhaida mendapatkan Ilham yang berada di sofa biliknya."Za, saya nak minta maaf pada awak atas apa yang saya telah lakukan dahulu pada awak,saya tahu saya terlalu ikutkan kata hati, sampai saya berkata sedemikian" Suhaida diam sambil menguis kakinya dengan permaidani yang di pijaknya,dia tidak tahu ingin berkata apa."Za,awak dengar apa yang saya katakan nie?""Saya dengar, dahlah awak, saya penat jika kita berbincang pasal ni, saya nak lupakan semua yang pahit tu,saya tak nak ingat balik""Za masih marahkan saya ker?"Suhaida menggelengkan kepalanya."Bagi saya masa boleh..."Suhaida memohon pengertian suaminya."Baiklah..tapi saya nak berbincang sesuatu dengan awak""Bincang apa?"

Ilham memandang isterinya."Esok kita dah nak berpindah, saya tak nak kita buat hal masing-masing.Kita belajar untuk terima sesama kita,boleh?""Maksud awak?""Za, saya nak awak panggil saya abang..""Apa?""Abang..tak salah sebab saya suami awak,tapi saya tak memaksa,saya akan tunggu masanya nanti,tak perlu berubah tanpa kerelaan"Berat mulut Suhaida untuk memanggil Ilham dengan panggilan tersebut,terlalu sukar."Abang nak Za belajar untuk terima abang di samping abang belajar terima diri Za,kita perbaiki baik buruk hubungan kita"Suhaida tergamam kerana Ilham terlebih dahulu menggelarkan dirinya abang, 'bagaimana ni, susahnya...tak suka'rungut Suhaida di dalam hati.Ilham memerhatikan sahaja gerak geri isterinya sambil tersenyum.Dia tahu Suhaida tidak selesa,tapi dia akan cuba belajar untuk terima isterinya.Biarlah isterinya menjadi yang terakhir menghuni hatinya.Insya Allah.

"Esok lepas kita hantar beg dekat rumah,kita keluar beli barang dapur sikit.Rumah tu dah lama abang tak duduk, balik sekejap,sekejap sahaja.Abang lebih suka duduk dengan ibu.Pernah juga abang ajak ibu duduk sana,tapi ibu tak suka.Lebih suka duduk rumah peninggalan arwah ayah,lagipun ramai kawan-kawan dia dekat sana""Nanti kita melawat ibu yea""Kenapa, dah rindu dengan ibu mertua ker"Usik Ilham."Ibu awak,ibu saya juga.Sama seperti mama dan papa saya""Baiklah,malam esok kita pergi rumah ibu,kita makan di sana,nak"Suhaida menganggukkan kepalanya."Za, jika dengan abang tak perlulah ikat rambut sanggul macam nie, lepaskan sahaja.Sepit kiri kanan cukuplah.Rambut yang cantik jangan di ikat sedemikian rupa"Merah padam muka Suhaida di perlakukan sedemikian oleh Ilham.

"Jangan malu Za, kita suami isteri.Segala yang kita sain dekat perjanjian dah tak wujud lagi, kita belajar terima perhubungan ini.Abang tahu Za boleh"Suhaida diam sahaja mendengar kata-kata suaminya."Saya sambung kemas dulu"Ilham menganggukan kepalanya.Tak banyak barang nak di bawa, hanya pakaian sahaja.Yang lain lebih senang di tinggalkan di rumah keluarganya, bukan mereka suami isteri tidak datang ke sini lagi.

"Cantik rumah ni, pandai awak hias""Abang hias simple jer, kalau Za tak suka kita boleh ubah nanti""Ehh tak payah, ini dah cukup bagi saya.Syukur alhamdulillah.arrr...awak,mana bilik saya?"Ilham memandang isterinya."Bilik Za sama dengan bilik abang,tak ingat" "Haaa..abis saya nak tidur mana?"Suhaida tahu bilik Ilham tiada sofa,habis di mana dia nak tidur."Za, kita kan nak belajar terima perhubungan ini, tak salah kita duduk sebilik,kita punya ikatan yang sah.Abang janji, abang tak kan apa-apakan Za selagi Za tak merelakan semuanya.Za jangan risau ok"Serba salah Suhaida di buatnya.Antara rela dengan tidak akhirnya Suhaida masuk juga ke bilik Ilham.Ketenangan bilik Ilham membuatkan Suhaida selesa.Gabungan wallpaper purple lembut dan biru membuatkan bilik Ilham selesa pada pandangan mata Suhaida.


"Kita mandi, solat,nanti kita keluar beli barang dapur kejap lagi""Haaa..mandi?"Ilham tergelak dengan reaksi isterinya."Nak mandi dengan abang ker?""Za mandi dulu,nanti baru abang mandi""Apa, abang tak dengar..ulang balik"Suhaida seolah-olah mengerti dia sudah tersalah memanggil Ilham, serta merta merah padam mukanya.Ilham ketawa makin kuat.Serta merta Suhaida mencapai tuala dan ke bilik air,Ilham hanya memerhatikan sahaja gerak geri isterinya sambil tersenyum lebar.'Aku rasa dia boleh terima aku,cuma mungkin masa sahaja kot.Thank you papa kerana buka mata Il terhadap anak papa,thank you Sya,walaupun nama Sya dekat hati Il,tapi Il terpaksa berikan ruang sedikit pada isteri Il, cinta Il pada Sya mungkin belum setanding cinta Il pada isteri Il,tapi Il akan belajar terima dia,Il janji'kata hati Ilham.


'Alamak,baju tertinggal pula.macam mana ni, aduhai...tak kan nak keluar dengan tuala, parah ni'Suhaida membuka sedikit pintu bilik air,matanya mencari Ilham, 'tak ada ni, selamat'Serta merta Suhaida keluar dari bilik air untuk mendapatkan baju di dalam begnya. "Suhaida Zaharah"Suhaida tergamam apabila namanya di panggil, dia ingatkan Ilham berada di luar bilik,rupanya dia ada dekat balkoni bilik,gelisah Suhaida bila mana mata Ilham memerhatikannya,Ilham berjalan mendapatkan isterinya yang sedang berkemban dengan tuala,terasa keasyikan bila melihat isterinya begitu.Kulit putih isterinya membuatkan Ilham memandang tanpa jemu,rambut yang basah membuatkan Ilham bergelora nafsunya.Ilham lelaki, dia juga punya nafsu seperti lelaki lain."A..awa...awak saya na..na ambil baju""Cantik isteri abang"Ilham memandang tepat ke wajah isterinya,perlahan-lahan leher isterinya di cium, wangi."Awak,awak...saya tak selesa"Ilham memandang isterinya sambil tersenyum dan terus memeluk isterinya.Terasa tuala yang di pegang oleh Suhaida hampir terlucut.


"Maafkan abang, abang terlalu asyik melihat keindahan pada isteri abang,jangan risau abang takkan paksa Za selagi isteri abang tak bersedia,ambillah baju cepat,nanti tunggu abang,kita solat sama"Suhaida segera ke arah beg nya,selepas baju di ambil dia ke bilik air semula."Za,nak ke mana?""Bilik air, pakai baju""Pakai sahaja di sini, tak perlu malu""Haaaa..tak..tak apalah, Za nak ambil air sembahyang sekali"Ilham tersenyum dan menganggukkan kepalanya.Selepas Suhaida keluar dari bilik air,dia segera mencapai telekung di dalam begnya."Za,maafkan abang tadi.Tapi lepas ni jika nak salin pakaian, salin sahaja dekat sini, jangan malu dengan abang sebab Za isteri abang,jika tak selesa abang boleh keluar time Za salin pakaian""Tak mengapalah, saya selesa salin pakaian di bilik air""Kalau Za dah kata macam tu,tak apalah.Abang mandi sekejap"Ilham membuka bajunya,serta merta Suhaida berpaling ke arah lain.Ilham ketawa sambil bergerak ke bilik air.'Dia ni nak goda aku ker,ehhhh seram juga ni,tapi...dia kan suami aku"Suhaida tahu suaminya mempunyai tubuh badan yang sasa,mungkin sebab Ilham kerap ke gim, semua perempuan yang memandang akan memandang sekali lagi, itu Suhaida akui, tetapi dia belum boleh menerima Ilham sepenuhnya.


Suhaida perasan, setiap selepas solat bersama suaminya dia akan merasa ketenangan bila saat Ilham mencium dahinya,setiap kali solat juga Ilham tidak pernah lupa doakan ibu serta kedua ibubapa Suhaida,sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Natasya dan hubungan suami isteri mereka.Terasa keasyikan saat Ilham mengalunkan doa, indah bunyinya."Za siap,nanti kita pergi beli barang dapur,""Baiklah".Ketika Ilham meletakkan songkoknya di atas meja solek,telefon Suhaida berbunyi.

Tiada ulasan: