Selasa, 17 Disember 2013

KAU YANG TERAKHIR

Credit For Me : Bab 16

"Sya, maafkan Il sebab minta perpisahan ini Sya""Il, jangan begini...Il tak salah pun.Memang pada mulanya Sya yang sebenarnya nak minta perpisahan ini, tetapi Il terlebih dahulu yang bersuara.Cuma Sya pelik kenapa insan yang Sya sayang tak tolak perkahwinan ini, sekarang baru Sya tahu kenapa""Apa yang Sya tahu?"Natasya tersenyum di dalam kepayahan.Insan yang dia sayangi akhirnya berjumpa dengan insan yang boleh menjaganya selama-lamanya, yang sudi menggalas tugas dia menjaga Ilham Shafiq seorang lelaki yang teramat mulia di pandangan Natasya.

"Il, kahwini dia bukan setakat syarat islam dan wasiat saja, tapi kahwinilah dia kerana diri Il sendiri""Maksud Sya?"Il bingung dengan kata-kata Natasya yang banyak bermadah dan memberi tanda tanya.Senyuman Natasya pada malam itu,malam terakhir bersama akan di ingati oleh Ilham selama-lamanya.Terlalu bercahaya."Kita di jadikan OlehNya untuk sementara, tetapi dalam tempoh itu kita berusaha menggembirakan mereka di sekeliling kita, kita jangan lupa PadaNya,Insya Allah kebahagiaan itu akan menjadi milik kita"Itulah kata-kata terakhir Natasya sebelum kembali ke rahmatullah.

Ilham tersedar dari tidur,tebayang di depan matanya Natasya yang sedang menghadapi saat terakhir nyawanya di ambil, terlalu senang dia pergi mengadap penciptanya.'Astagfirullah..'Ilham memandang di sebelahnya, kosong.'Mana dia?'Pandangan mata terarah di sofa bilik tidur,'La..dia tidur sini rupanya..nampaknya dia kotakan janjinya'.Ilham memandang isteri yang baru beberapa hari di kahwininya,'Maafkan aku, aku tak boleh berikan hati ini kepada kau,hati ini untuk dia seorang sahaja, tetapi aku akan cuba untuk terima kau menjadi isteriku, mungkin masa akan menentukannya.Aku rasa, sampai masa kita kena keluar dari rumah untuk bina kehidupan kita'.

"Edy,edy..."Ilham memandang wajah isterinya yang sedang memanggil seseorang yang tidak di kenalinya."Siapa Edy?"Makin lama makin kuat mimpi si isteri dan menyebut nama lelaki yang tidak dia kenali."Za...Za...bangun, awak mimpi...""Tidakkkkkk!!!""Za, kenapa ni,bangun"Kejutan Ilham membuatkan Suhaida tersedar, terus di peluknya Ilham."Awak, jangan tinggalkan saya,jangan tinggalkan saya"Terasa basah baju t-shirt yang di pakai oleh Ilham,Suhaida menangis,tapi kenapa? "Awak, kenapa ni?siapa nak tinggal siapa ni?"Suhaida bagaikan tersedar,terus pelukan di lepaskan, malu dengan tingkahlakunya sebentar tadi.

"Maaf, saya tak sengaja"Ilham memandang isterinya, "Pergi cuci muka, kita perlu berbincang""Ha... sekarang?""Yea"Suhaida memandang jam di dinding biliknya, pukul 4 pagi,gila apa lakinya ni suruh cuci muka,nak bincang apa pagi-pagi buta ni."Cepat, saya tunggu di balkoni"Ilham bangun terus bergerak ke arah balkoni bilik.Dalam keterpaksaan, Suhaida ke bilik air untuk mencuci muka.Bintang di langit tak kelihatan, cuaca sejuk terasa, macam nak hujan sejuknya.

"Siapa Edy?""Ha...Edy?"Ilham menganggukkan kepalanya."Tadi awak mimpi, saya dengar awak sebut nama Edy,siapa dia?kekasih awak ker?"Suhaida terus teringat panggilan yang di terima tadi sebelum dia tidur,nasib suaminya sudah tidur."Siapa Za?""Dia bekas kekasih saya"Ilham memandang Suhaida, kalau bekas kekasih kenapa sampai termimpi-mimpi, dia ingatkan lelaki itu lagi ker."Maafkan saya, mungkin kita bukan berkahwin atas dasar suka sama suka, tetapi saya hanya ingin tahu kenapa sampai termimpi-mimpikan dia?"Suhaida mengeluh, perbualan hampir setengah jam kembali di ingati olehnya.Terlalu sukar di gambarkan betapa terkejutnya dia menerima panggilan dari insan yang dulu dia cintai, tetapi melukai hatinya hanya kerna terpaksa berkahwin dengan keturunan Syed Syarifah.

"Maafkan saya kalau saya mimpi tadi buat awak terjaga""Saya sudah terjaga sebelum awak menjerit memanggil nama lelaki lain"Sinis kata-kata Ilham di pendengaran Suhaida."Awak ingatkan Natasya ker?""Sekarang kita berbincang berkenaan lelaki yang awak sebutkan tadi dalam mimpi, bukan berbincang pasal dia yang telah pergi tinggalkan saya""Awak cemburu ker?""Tiada istilah cemburu, cuma saya sebagai seorang suami perlu tahu kedudukan perkara sebenar agar tidak wujud perasaan buruk sangka saya terhadap awak.Walaupun kita di kahwinkan melalui wasiat, tetapi saya tetap suami awak"Suhaida mengeluh, sarat kepalanya dengan pelbagai masalah yang baru timbul.

Tiada ulasan: