Selasa, 3 Disember 2013

KAU YANG TERAKHIR

Credit For Me : Bab 4


Kenangan silam tersingkap."Kau ni bodohkan?Kau ni memang perempuan murahan.Tak reti jaga diri,asyik masuk kelab malam jer,kau ingat kau bagus ker,tak ada lelaki yang nak kat kau tau tak!""Eh budak sengal, kalau aku masuk kelab malam mana pun, kau peduli apa?Aku guna duit kau ker?Eh, kau ingat kau tu bagus sangat ker?Muka macam rumah tak siap""Kau cakap apa?""Apa?Kau nak tampar aku?Tamparlah.Lelaki dayus yang akan tampar perempuan tahu tak!!""Aku tak akan kotorkan tangan aku dengan  perempuan yang dah memang kotor,hina!""Kau!!!!""Ilham Shafiq, Suhaida Zaharah!!"Bergema rumah dengan suara garau seseorang."Atuk.."sahut mereka berdua.

"Kenapa dengan kamu ni ha??Kenapa cakap benda bukan-bukan?Kenapa mulut tue lancang sangat tuduh orang macam-macam?"Kedua-dua menundukkan muka,takut untuk menjawab.Jika datuk Suhaida sudah naik angin, tiada siapa boleh menjawab,jika menjawab memang cari pasal jawabnya."Il,Za..kenapa ni sayang?Kamu ni baru 2 kali berjumpa, asyik bergaduh jer.Apa masalahnya ni?Tak baik tahu cakap benda bukan-bukan Il,itu mendoakan orang namanya.Ibu tak pernah ajar Il cakap macam tue"Ilham menundukkan muka, Suhaida tersengeh-sengeh sambil menjelirkan lidah kepada Ilham tanda suka Ilham di tegur oleh ibunya."Suhaida Zaharah, kamu nak kena potong lidah tue?""tak..tak tok..ni budak macam bagus ni, ada ke cakap Za macam-macam,dia ingat dia baik sangat""Menjawab,menjawab..kamu ingat apa yang dia cakap tu salah,memang betul pun.Kalau anak dara asyik keluar kelab malam bagus ker?""Atuk!!""Apa atuk-atuk?Kau jangan nak suka Ilham, kau pun sama je, mulut kita ni kena kawal.Ingat apa yang kita cakap itu akan melambangkan keperibadian kita,mak ayah kamu berdua didik kamu dengan ilmu agama, ini ker yang kamu balas pada mereka?Malu atuk dengan kamu tahu tak!"Suhaida dan Ilham diam.Tadah telinga dengar bebelan dan nasihat datuk Suhaida.Papa dan mama serta ibu ayah Ilham hanya mengelengkan kepala sahaja.Mereka membiarkan sahaja Tuan Hashim bersuara dan menegur anak-anak mereka.Sudah puas di marah, di nasihat, ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Langsung tidak makan nasihat.

Kerana kes itulah Suhaida Zaharah lancarkan perang habis-habisan dengan Ilham Shafiq.Nasib selepas kes tersebut, Ilham tidak lagi turut serta datang ke rumah Suhaida walaupun ibu dan ayahnya puas mengajak.Serik kena marah dengan datuk Suhaida yang dulu merupakan bekas tentera.Bila di ingat semula, mereka bergaduh sebelum ini hanya berpunca kerana Suhaida tidak sengaja tersiram Ilham semasa Ilham sekeluarga datang ke rumahnya pada pertama kali.Kononnya, nak siram kereta selepas di cuci, tapi tersiram orang.Suhaida memang suka memcuci kereta sendiri, itu juga di labelkan kedekut oleh Ilham.Sejak itu, mereka langsung tidak berjumpa sehinggalah papa dan mama nak satukan mereka berdua."Berat sungguh dugaan aku ini, kenapa aku di uji sedemikian rupa Ya Allah?'rintih Suhaida.

Ketukan di pintu mematikan lamunan Suhaida."Masuk"Apabila pintu di buka, kelihatan mamanya tersenyum manis memandang ke arahnya."Ye mama..masuklah""Za,kenapa sayang?duduk gelap ni?""Maaf ma,Za terlupa nak pasang lampu,jap yea.."Terus lampu bilik di hidupkan oleh Suhaida."Za marah mama dan papa sebab aturkan perkahwinan Za ker?""Tak lah mama,cuma Za tak sangka dengan budak jengkel tue pilihan arwah atuk,Za tak suka dia""Za, Za kena ingat satu.Percaturan yang di buat oleh arwah datuk mungkin ada sebabnya.Pandangan mata orang yang lebih berpengalaman mungkin lebih bagus dari kita yang muda ini.Za mesti kena tahu kenapa arwah datuk dan arwah ayah Ilham nak kamu berkahwin""Kenapa ma?""Kerana arwah datuk pernah bermimpi semasa arwah ke Mekah dahulu, dia pohon di tunjukkan jodoh buat kamu.Kuasa Tuhan tiada siapa dapat tandingi sayang,Tuhan tunjukkan dalam mimpi datuk kamu wajah Ilham, bukan sekali sayang,tapi 3 kali berturut-turut.Datuk kamu yakin bahawa Ilham memang jodoh kamu""Tapi ma,itukan mimpi.. mimpikan mainan tidur.""Yea sayang,tapi jika kita ikhlas meminta pertolongan dengannya,tak mustahil Dia akan membantu Za,ingat Allah SWT maha berkuasa Za,kalau Dia kata 'kun fa ya kun' maka jadilah ia.Kita tidak dapat elak"Mengeluh Za mendengar kata-kata mamanya."Za, tak baik mengeluh sayang, ini adalah salah satu ujian untuk Za,mama yakin Za boleh laksanakan dan tunaikan impian arwah datuk""Bagi Za fikir dahulu ma,please..""Baiklah sayang,tapi kalau boleh Za solat taubat,istiqarah mohon petunjuk DariNya,tak salah sayang""InsyaAllah mama" Puan Sri Marsila memeluk anak kesayangannya.

Tiada ulasan: