Selasa, 3 Disember 2013

KAU YANG TERAKHIR

Credit For Me : Bab 3


"Cik Suhaida, Tan Sri nak jumpa dekat bawah""Sebentar yea bik,nanti saya turun"jerit Suhaida Zaharah dari dalam bilik."Kenapa papa nak jumpa yea?macam ada sesuatu jer.."bebelnya dari dalam bilik.Dengan segera dia keluar dan turun ke bawah mendapatkan papa dan mama di ruang tamu."Hai pa,ma..nak jumpa Za yea,kenapa?""Za, duduklah dulu, tak sempat-sempat yea kamu nak bercakap" Tersengeh-sengeh Za di tegur papanya.
"Za, papa nak bincang sesuatu dengan kamu"Pembuka kata papa mendebarkan hati Suhaida,semacam sahaja papanya bercakap."Usia kamu 2 tahun lagi 30 kan Za?"Suhaida menganggukkan kepalanya. "Papa nak kahwinkan kamu dengan..""Whattttttt!!!!apa ni papa,mama?Za belum nak kahwinlah, pleaselahhhh""Za, kamu dengar dulu apa yang papa cakap sayang""Tapi ma...""Dengar dulu Za,please"Suhaida buat muka masam di tegur mamanya."Za, kamu anak kesayangan papa dan mama.Selain kamu, kami hanya ada adik kamu sahaja,itu pun dia jauh dekat luar Negara.Kami memang teringin sangat nak bercucu,kamu pun dah hampir 30 tahun, kalau nak tunggu kamu cakap pasal nak kahwin, mesti mulut kamu tak akan terbuka bicara pasal benda ni""Papa, Za belum terfikir lagi,lagipun Za sibuk dengan bisnes pa, banyak benda Za kena uruskan"
Tan Sri Hakimi memandang isterinya,akan tetapi Puan Sri Marsila hanya mengelengkan kepalanya meminta suaminya yang terus berbicara."Papa tahu Za, bisnes Za papa tengok makin maju.Papa bangga dengan Za kerana di usia sekarang Za sudah memiliki perniagaan sendiri,walaupun papa mengharapkan Za menguruskan bisnes keluarga kita""Pa, hal ni kita dah bincangkan, kita sepakat nak bagi adik urus bisnes papa lepas dia habis belajar"'Yea sayang,papa tahu.Tapi sekarang papa cuma ingin Za tunaikan sesuatu sahaja, iaitu berkahwin,itu sahaja"
Suhaida Zaharah memandang papa dan mamanya silih berganti sambil memohon pengertian."Betul kata papa tue Za, mama pun teringin nak tengok Za naik pelamin,ada keluarga sendiri.Jika mama dan papa tiada,akan ada orang jaga kamu dan adik nanti""Ma..kenapa cakap macam tue?Mama nak tinggalkan kami ker?"Puan Sri dan Tan Sri ketawa melihat anaknya yang sulung.Jika sampai tahap blur, memang semua benda dia anggap blur sahaja."Papa,mama..Za serius ni..boleh gelak pulak,ni tak suka""Za,maksud mama tue sayang bukan kami nak tinggalkan kamu,kami nak kamu kahwin,ada orang jaga""Tapi Za belum nak kahwin pa,Za tak sedia lagi""Za, ini adalah wasiat arwah datuk kamu sayang,sebelum dia meninggal dahulu, dia nak sangat kamu kahwin dan dia juga dah carikan calon suami kamu""Calon?siapa pa?siapa ma?"terbeliak mata Suhaida mendengar apa yang di beritahu oleh papanya.
"Ilham Shafiq Dato Mansor"'Apa ma, budak tue?Za tak nak, Za tak ingin dengan dia,tak kan mama dengan papa tak tahu apa dia buat pada Za dahulu.Dia hina Za ma,please.."ada airmata mengalir di pipi anak kesayanganya."Za, papa tahu semua tue,tapi sekarang Ilham sudah berubah.Kamu juga papa tengok sudah berubah.Tak salah kita ubah semua nie, kita eratkan tali silaturahim keluarga kita.Ini wasiat arwah datuk dan arwah ayah Ilham, Za""Tapi pa,dia terlalu jengkil pa, dia buat Za malu sangat,dia hina Za pa""Sekarang Za buktikan pada dia Za dah banyak berubah,Za bukan macam dulu lagi.Sekarang pun papa puji Za.Jika dulu Za tak bertudung,sekarang anak papa comel bertudung. Za dah jarang keluar malam, Za selalu ambil berat pasal kami semua,Za dah berubah sayang. Tunjukkan dekat Ilham yang Za dahulu dah mati berkubur,biar mata dia terbuka kerana menghina kamu dahulu.Ini bukan untuk balas dendam Za, tapi ini sebagai pengajaran""Betul kata papa tue Za, tapi yang kami lihat sekarang Ilham juga banyak berubah.Dia lebih bertanggungjawab selepas ayahnya meninggal.Dia yang jaga ibunya sekarang.Ilham juga dah ada kerjaya yang bagus Za, dia sekarang doctor pakar, dia sahut cabaran kamu.Dia buktikan dia boleh menjadi doctor,dahulu kamu yang ketawakan dia bila dia cakap nak jadi doctor sakit puan"Suhaida terdiam,'mamat sengal tue dah jadi doctor, maknanya dia sahut cabaran aku'
"Esok Ilham dan ibunya akan datang ke sini untuk berbincang dengan kita majlis kamu.Za balik awal yea, mereka sampai selepas maghrib"Buntang mata Suhaida mendengar kata-kata mamanya."Za tak di beri peluang ke papa,mama?""Za,mama dengan papa tahu Za boleh tunaikan wasiat ni,kami tahu Za anak yang mendengar kata,anak yang baik"Za terdiam.Selepas perbincangan Suhaida meminta diri untuk masuk ke bilik bagi tenangkan fikiran dan berfikir.

Tiada ulasan: